2D 1N : Star Cruise Libra, Penang ~ Part I

Saturday, July 13, 2013

Susulan dari kes hajat tak kesampaian nak naik cruise di Langkawi tempohari, tak sangkalah pulak kawan saya tu, gigih nak jadikan juga impian saya tu jadi kenyataan hehehe. Extra credit untuk beliau. Walaupun tak sempat nak beraksi 'you jump, I jump' kat atas tu gara-gara tak ketemu dengan 'jack' yang dicari tetapi saya tetap berpuas hati. Impian dan nyata, yeayyyy!!

Kali ini kami memilih untuk menaiki flight ke Penang. Last minute beli tiket flight AA KL-Penang dengan harga RM47/one way; kebetulan AA buat promo. Alhamdulillah, tak payah nak naik train lagi hehehe. Untuk baliknya pula kami menaiki MAS, kebetulan jugalah ada promo dengan harga RM75/one way. Bukan mudah nak dapat harga seperti itu untuk MAS. Rezeki tak boleh ditolak; terus kami rembat. Manakala untuk pakej cruisenya, kami dapat diskaun 30% untuk room package. Jadinya, kami hanya perlu membayar sebanyak RM188 dari harga asal RM245.

Jumaat : Hari yang dinanti ~ cewah

 
Oh teruja...

Check in jam 5.30pm. Memang on time derang buka counter. Bertapa kitaorang harini sementara nak menunggu jam bergerak ke angka 5.30pm huhuhu.

 
Baru lepas hujan time ne. Risau jugalah dengan keadaan laut, harap-harap semuanya akan berjalan lancar.

Prosedur biasa, sila print booking slip masing-masing dan check in di kaunter. Sertakan sekali ic atau pun passport. Nantinya kita akan diberikan sekeping card pelbagai fungsi yang tertera nama masing-masing, nombor bilik, cabin type dan sebagainya [sila lihat gambar di bawah]. Card ini juga berfungsi sebagai kunci bilik masing-masing. Untuk makan atau shopping pun kena tunjukkan kad ini. Kalau ada perkara yang melibatkan bayaran (misal kata kita beli mineral water dan sebagainya) semuanya akan dikreditkan ke dalam kad masing-masing. Make sure jangan hilangkan.


Ramai orang petang ini. Majoriti adalah Chinese. Macam-macam gelagatlah. Ada yang bawa beg banyak giler seolah-olah macam nak berlayar berbulan-bulan. Ada juga Melayu sombong nak mampuih, macam dia saja yang mampu naik cruise (please lah!!!) - tak faham, kenapalah nak kekwat sangat. Manakala staf cruise memang terdiri daripada pelbagai negara. Di name card tertera negara masing-masing; Philippines, Indonesia, Nepal, China dan sebagainya. Kagum sekejap hehehe.

Line untuk boarding punyalah panjang. Di sini beg akan discan untuk memastikan kita tidak membawa sebarang alatan/bahan yang merbahaya. Untuk masuk ke dalam kapal sekali lagi perlu beratur. Sekali lagi kad berserta ic/passport akan diperiksa tetapi hanya kad sahaja yang akan dikembalikan manakala untuk ic/passport mereka akan simpan buat sementara waktu.  


 

Melangkah masuk, memang giler jakunlah hehehe. Terasa macam berada dalam Titanic lah pula [over kan?hahaha). Bilik kami berada di deck 3. Masuk aje di deck 3, saya dah blur.. Err banyak sangat bilik, jenuh nak cari bilik masing-masing. Seperti biasalah saya share bilik dengan tasyha manakala adik dengan yana. 

 
Ruangan dalamannya.Jangan pula lupa bilik di lorong mana hehehe.

 
Bilik kami, oklah selesa je. 

 
 Yang dikanan tu bilik air. Memang sempitlah, ngam-ngam untuk seorang sahaja [haruslahkan?]. Televisyen, telefon, almari semuanya turut disediakan. 

Penting ne...

Hadiah katanya. Dalam tu ada 2 set teh serbuk.

 Bilik dah dapat, aktiviti wajib pun sudah jadinya ke mana kami seterusnya??

*bersambung

You Might Also Like

27 comments

  1. Replies
    1. hahaha..entah bila zamanlah tu Nieda...lebih2 lagi bulan pose ne, berganda2 malasnya hehehe

      Delete
  2. teringat pulak kenangan naik cruise ni time new year eve. best best. jadiklah wlpn 2d1n pun. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu John..kalau sayalah, 2D ajelah yang saya mampu..nak bercruise sampai ke siam, tak mampu...mahal hehehe..apa pun mmg enjoy sgt2.

      Delete
  3. menarik..camner nak dapat diskaun 30% tu yer???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ain, kena selalu masuk website derang utk latest promo...

      Delete
  4. Waaaaaaaa rindu gile nak naik cruise.
    Now ada promo kat groupon RM596 for two (1nite kat cruise & 1nite kat flamingo hotel).
    Aku dah emel groupon tu tapi tak response pun lg.. kena call le gamaknya.. nak hanimun yang entah ke berapa kali pulak bawak laki aku tak penah naik cruise hehehe opsss luahan perasaan plak :P

    Tapi kitorg gi aritu, kitorg setinggan 5org 1bilik.. group 1 lg6org 1bilik.. imagine la cemana rupanya dgn bilik sempit tu :P

    Haaa cepat sikit sambung cite :D

    ReplyDelete
  5. Sambong..sambong..nk tay xtvt seterusnys7...

    ReplyDelete
    Replies
    1. la ne busy sgt...kena tunggu weekend baru boleh update hehehe

      Delete
  6. Zilla, mana korang dapat diskaun 30% tu? bilik tu kan, kalau 2 adult, sorg budak 2 tahun + 1 baby okay tak? haishh.... rakyat dah ramai. tp nak jgk kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tom, untuk bilik seperti kitaorg ne mcm tak sesuai je..sempit...sian budak2 tu takut tak selesa nanti..apa pun tom boleh check kat website starcruise ne..mungkin blh dpt bilik yg besar sikit dgn harga promo...

      Delete
  7. adoi zila...syok eh naik cruise...aritu nyaris dah nk rembat voucher bank naik cruise...tapi kawan2 takut...mengimbau kenangan titanic la apa la...5h4m..penang-phuket-krabi-penang....kos around 900++....

    rugi plak x beli...kalo x merasa dah hehehe

    ReplyDelete
  8. bapak syok gile naek stra cruise...
    nak menangis tengok..hehehhe..

    ReplyDelete
  9. Nice...... Very nice story and infos....... Update laju laju yek...... Nak masuk dlm wish list nih

    ReplyDelete
  10. keren nih. Boleh deh kapan-kapan dicoba

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. kalau setakat ambil pakej di perairan negara, tak perlu passport..blh tunjuk ic..

      Delete
  12. Ade sterika x dlm tuuu
    Cam mne nak sterika semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam takde je....bawa pakaian yang tak payah sterika sis..lebih mudah...

      Delete
  13. salam... nak promo sikit. kami ada menawarkan pakej star cruise dengan harga yang murah. layari laman web kami untuk maklumat lanjut.

    terima kasih tuan tanah ;)

    ReplyDelete
  14. mna nk dpt ctc person in chrge tuk pcutian cmni..plz spa2 wazup sy 0149721125 mis nana..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya utk star cruise libra ini dah takde..kalau ada pun utk beberapa hari perjalanan terus ke phuket nun...maybe boleh masuk websitenya utk info lanjut

      Delete

Subscribe