JFC 2013 : Ijen yang mempesona

Tuesday, September 03, 2013


Seharusnya pagi ini saya menghabiskan masa saya seharian di Baluran. Tetapi entahlah, rasa macam dah alang-alang sampai apa salahnya kalau saya singgah di Ijen terlebih dahulu. Dah check dengan supir, harga tetap sama walaupun terdapat pertambahan lokasi yang ingin dikunjungi.

 
Nak beli tak mampu, dapat naik sekejap kira oklah hehehe. Mobil sewa dari Grand Cars Jember. 

Untuk supir dan mobil saya ambil dari Grand Cars Jember dengan harga Rp450,000 (mobil dan supir) + Rp200,000 (minyak). Perjalanan ke Ijen bermula jam 6.00am. Ringkasan perjalanan kami lebih kurang begini dengan perlu melepasi 2 pos pengawal :

Jember - Bondowoso : 1 jam perjalanan
Bondowoso - Jampit - Sempol - Ijen : 3 jam perjalanan.
Ijen - Licin - Banyuwangi - Situbondo (Baluran) : 3 jam perjalanan

Pos pertama.

"mas, berhenti...airnya itu...hijau..."

Sangat teruja dengan keadaan sekeliling.

"air belerang tu, mbak..."


Bau menyengat menyapa pancaindera saya saat saya keluar dari kenderaan. Sah, memang bau sulfur/belerang. Sangat kuat!! Tak buang masa, terus saya berlari ke gigi air. Memang airnya berwarna hijau. Macam air kathira hehehe.

"airnya ini dari kawahnya Ijen, mbak..."

"patutlah.."

 
Buat mereka yang mempunyai penyakit kulit, boleh cuba mandi-manda di sini.

Sekejap aje pun kat sini sebab perlu berkejar ke Pos Patulding secepat yang mungkin. Tiba di Patulding, ingat nak lapor diri dahulu tapi petugas di situ memberi info tak perlu lapor diri kerana status kawah adalah di tahap siaga. Katanya, mereka tidak mahu mengambil risiko terhadap pendaki/pengunjung yang ingin ke kawah.


200 meter berjalan, saya pandang keliling, sunyi sepi. Takde sesiapa pun. Uittt, mana boleh tahan buka langkah seribu untuk kembali semula ke Patulding hehehe. Takutlah nak daki sorang-sorang. Mujurlah time saya tiba di pos Patulding ada satu group anak-anak yang baru ingin memulakan pendakian. Jadinya, saya buat muka tak malu follow group mereka ini hehehe.

Bergerak sendiri, memang tak fikir apalah. Kepala ne cuma fikir nak cepat sampai ke kawah je. Budak-budak tu pula pun boleh tahan lajunya berjalan; so nak tak nak kenalah ikut rentak mereka. Setelah 1jam 15minit berjalan akhirnya saya dan adik-adik tiba di kawah Ijen. Alhamdulillah.

 
Di sini ada sebuah kantin. Jadinya, kalau kehabisan bekalan minuman dan makanan boleh singgah di sini. Harga? Entahlah, tak singgah pun.

Jom layan gambar



Kalau nampak pemandangan seperti di atas, dah boleh start lompat bintang. Maknanya dah nak sampai dah tu ke kawah. 

 
Pemandangan pertama yang menyambut saya. Subhanallah.

 

 
Boleh nampakkan aktiviti di bawahnya?

Saya tak dapat membayangkan bagaimanalah penambang di Ijen ini melalui rutin yang sama setiap hari. Nyawa dipertaruhkan demi sesuap nasi.

 Ini pun nak dicontengnya huhuhu. Apalah salahnya kalau biarkan ianya tidak diusik.

Penambang belerang tradisional kawah Ijen.

20 minit sahaja saya di kawah. Masa untuk turun semula ke pos Patulding. Cabaran untuk turun adalah, treknya yang licin. Dua kali jatuh bedebukkkk bak nangka busuk. Semuanya gara-gara tak sempat nak brek. "Zupppppp"..."makkkkk...tolongggg..." dan "argghhhh". Sakit montot. Mujurlah tiba-tiba muncul 2 orang penambang yang dalam perjalanan turun. Mereka meminta saya mengikut step mereka. Lega. Rupanya ada cara berjalan di atas permukaan yang licin seperti di Ijen - manalah saya tahu, kan?? 45 minit mengekor montot pak penambang, akhirnya saya tiba di pos Patulding. Sempatlah layan instant noodle sat sebelum perjalanan dilanjutkan menuju ke Baluran di Situbondo.

Tips tambahan:
Ini pandangan peribadi saya, lain orang mungkin lain pandangannya:
* Buat teman-teman yang mempunyai budget terhad, apa kata kalau dari Bromo/Surabaya terus aje ke pos Patulding tanpa perlu menginap di mana-mana penginapan. Di Patulding sendiri ada beberapa rumah rehat yang boleh digunakan untuk merehatkan badan. Atau pun, kalau nak lagi best boleh aje bawah khemah dan berkhemah aje di kawasan lapang yang ada di pos Patulding. Kalau khemah pun malas, tidur aje dalam kenderaan - banyak boleh jimat ok.
* Mengenai guide, kalau trekking di siang hari tak perlulah nak ambil guide kerana treknya memang sedia ada. Follow aje dan Insyallah, trekking di Ijen takkan sunyi tanpa pengunjung lain.
* Waktu mendaki. Sebelum ini saya pernah mendaki sebelum Subuh ke kawah tetapi sayangnya hanya kabus yang tebal menyelubungi sekeliling. Jadinya, saya beranggap kalau mahukan view yang cantik mendakilah lewat sedikit. Sekurang-kurangnya bila dah sampai kawah, kabus dah pun berlalu (tak banyak sikit) dan orang pun tak terlalu ramai atas tu. So, tak perlulah nak bersesak.
* Fikir masak-masak kalau berhajat untuk turun ke kawah. Bahaya, ok..

Grand Cars Jember
Tel : +623317819329
Website : grandcarsjember.com

*bersambung

You Might Also Like

22 comments

  1. saya pun tak pernah ke ijen, menarik pemandangannya

    ReplyDelete
  2. Subhanallah.. Zilla, lawanya view kat ijen. ni yg buat makin tak sabar ni. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM, hopefully semuanya nanti berjalan lancar ya..hati2 di kawah :)

      Delete
  3. Zilla.Dpt turun ke kawah x? Hehe. Saya dh give up sbb 2 kali pergi..x dpt turun ke bawah. Rindu gak tempat neh, walaupun pnat. Nxt time maybe nk try night trekking tgk api biru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. taklah agip..memang takde plan pun nak trun ke bawah wpun ada yang offer utk jadi guide..bila tgk keadaannya tak berani nak ambil risiko...kalau dah rindu, apa lagi..tu blue fire memanggil2 hehehe

      Delete
  4. Waa.. lawa nyer.. tunggu masa je nak redah ke ijen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang tempatan datang situ nak cari rezeki.. pelancong datang sekadar tengok.. :D

      indah sungguh ciptaan Allah

      Delete
  5. Replies
    1. yuppp, mrs.smile..tak terkata indahnya tempat ne..cuma bab mendaki tu, tak laratlah..semput!!huhuhu

      Delete
  6. Setuju ngan semua tips yang diberikan. Teringin nak repeat, nak tengok Ijen waktu siang yang xde kabus.

    Tapi Alhamdulillah dapat tengok fenomena Blue Fire pukul 2 pagi.

    Nak follow belog buleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Jea

      Terima kasih sudi singgah sini..silalah, kalau sudi nak follow hehehe

      blue fire??cukuplah dgn blue fire di madura aritu..tak sanggup rasanya nak korbankan waktu tidur hehehe...

      Delete
  7. Salam. Saya suka sangat tengok blue fire. Tapi dah tak sanggup mendaki buat kali ke 2. Cukup le sekali. Macam tak cukup nyawa. Pasal bertolak pukul 12 tengah malam. Tak tidor-tidor. Anyway seronok sangat dengan blue fire tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya untuk lihat blue fire di Ijen tak perlu tunggu lewat malam/pagi utk ke sana..lepas maghrib pun dah boleh nampak...saya dpat info ini pun dari satu blogger di Indonesia..dia naik ke Ijen lewat petang, pasang khemah kat situ sat sementara tunggu gelap dan memang jelas kelihatn..cuma mungkin ramai yang tak tahu pasal benda ne..

      Utk blue fire, hati2 especially kalau turun ke dasar kawah..silap langkap memang habislah..maklumlah gelap dan kita tak tahu apa yang menanti kita di hadapan...

      Apa pun, saya dah lihat blue fire di Madura..cukuplah :D

      Delete
  8. TIdak dinafikan tempat ini memang cantik..so ko pegi ke tak Baluran tu? aku plan nk pegi tahun dpan, insya Allah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baluran? haruslah p..ini agenda utama aku selepas JFC hehehe..tahun dpan??syokkk weiii!!!make sure p waktu musim kering...baru best nak layan keindahan baluran tu :D

      Delete
  9. Thanks Zilla telah menggunakan jasa kami.,
    Semua hasil fotonya bagus.,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello mas..

      terima kasih ya untuk jasanya..servicenya bagus sekali...oh ya, dari mana dapat alamat blog saya ini? hehehe...

      Delete
    2. Sama2., :)
      Search d google keyword grandcars jember, salah satu yang muncul blognya Zilla,.,

      Delete

Subscribe