Day 1 (Part III) : Lopburi - Bangkok - Kanchanaburi ~ pengsan kepenatan
Wednesday, January 08, 2014
Tak plan pun nak masuk ke dalam Wat Phrasrirattana Mahathat. Ingat nak
ambil gambar dari luar aje tapi bila tiba-tiba muncul Pijah dan Meda, dan
masing-masing setuju nak redah masuk ke dalam kami terus ke kaunter tiket.
Bayaran masuk adalah 50 baht untuk 3 Wat di sekitar Lopburi.
Senibina di sini mengingatkan saya pada Angkor Wat dan
Prambanan. Cuma keadaan di sini tidaklah ‘sesesak’ di kedua-dua tempat
tersebut. Kawasannya takdelah sebesar mana, sempatlah kami pusing habis
keliling dalam masa 20 minit sebelum kembali ke stesen keretapi.
Emm, awalnya memang risau juga nak pijak batu-bata ini sebab penuh dengan perkataan yang tidak difahami maksudnya. Bila tengok mereka selamba aje lalu-lalang atas batu ne, ohh ok. Maksudnya boleh dipijaklahkan?
Main building - dalamannya memang dah runtuh, tinggal ruangan kosong.
Ini pemandangan dari belakang.
Macam pernah tengok senibina mirip seperti ini tapi tak ingat kat mana...
Patung-patung Buddha yang ada di sini semua tanpa kepala...
"Wat Mahathat is mainly a Bayon and Lopburi-style temple with some elements from Baphuon and Angkor Wat.." [wiki]
Hampir 30minit jugalah menunggu, baru train tiba. Seat kali
ini better dari paginya. Di sini juga kami bertemu dengan Abby, katanya geng dari Backpacker
Malaysia di FB. Oh,ok. Start dari sini kami bersama hinggalah ke Kanchanaburi.
Santai habis makcik ne ~ train menuju Bangkok
Kami tiba di Hua Lamphong dalam 3.++ pm. Perut memang dah
mendidih saat ini. Kami ikut Abby ke salah sebuah restoran halal yang terletak
di luar stesen keretapi. Follow ke arah KFC, seberang jalan, nanti akan nampak
Station Hotel. Masuk aje lorong tu sampai ke hujung, ambil kiri. Restoran ini terletak beberapa lot aje dari Station Hotel. Pemiliknya memang boleh ‘kecek' Kelantan.
Inilah kedai yang kami singgah petang tu. Lauk-pauk memang banyak yang dah habis.
Alhamdulillah, lega perut dah pun
terisi. Seterusnya kami bergerak pula ke Victory Monument Station
dengan menggunakan subway dari Hua Lamphong Station. Dari
Victory Monument kami akan ambil minivan menuju ke Kanchanaburi pula. Tambang, 120baht. Lega, tak perlu menunggu lama kerana
dengan kehadiran kami seramai 9 orang terus memenuhkan semua seat kosong yang ada
hehehe.
Minivan terminal di Victory Monument.
Kanchanaburi, kita bertemu lagi selepas 4 tahun ~ nostalgianya huhuhu.
Perjalanan sebenarnya sekitar 2 – 2.5j tetapi dengan heavy
traffic di Bangkok dan van beberapa kali berhenti menurunkan penumpang, sedikit
melambatkan perjalanan kami. Kami diturunkan di terminal bas Kanchanaburi ingatkan terus hantar ke guesthouse macam penumpang yang lain huhuhu. Ada
beberapa drama terjadi di situ. Haish, macam-macam. Kami terus mencari public phone untuk memaklumkan pihak VN Guesthouse tentang kehadiran kami dan meminta mereka menjemput kami (macam hebat aje bunyinya tapi mereka memang ada service untuk free pickup). Tak lama selepas itu muncul wakil dari
guesthouse. Beliau mengarahkan kami untuk menaiki tuktuk dengan tambang
ditaja oleh pihak guesthouse ~ jimat 20baht hehehe.
Raft room di VN Guesthouse. Biliknya adalah terhad. Kalau plan nak menginap di sini, silalah book dari awal.
Saya booked 4 bilik di VN Guesthouse dengan harga
280baht/night. Oleh kerana kami ada pertambahan ahli, so kami minta satu extra
bed (100baht/night). 3 bilik adalah raft room manakala 1 bilik lagi
terletak di main building (berhadapan sesama sendiri).
Beginilah keadaan biliknya sebelum disumbat dengan extra bed. Heater, kipas, aircond dan balcony semua ada. Jangan berani-berani buka kipas dan aircond kalau tak nak menggigil. Sejuknya di sini rasa macam nak selubung dalam 10 helai selimut hehehe.
Sangat puas hati dengan
biliknya. Selepas berehat dan membersihkan diri kami bergerak ke cafe guesthouse untuk dinner (pop mie aje pun). Sempatlah minta info yang berkenaan lokasi yang kami nak terjah dalam 2 hari ini. Saat itu juga kami setuju ambil tour ke Erawan dan Death Railway dengan harga 750baht (diskaun 40baht sebab ramai) - nanti saya cerita kenapa kami ambil keputusan untuk ikut tour. Settle semua perkara wajib terus zzzzzzzzzzzzz. Hari yang sangat
panjang; saya terlalu letih tetapi dalam hati penuh dengan sunflower. Dua
tempat impian telah saya jejaki, Alhamdulillah.
*bersambung
14 comments
bestnya tengok guesthouse tu ;)
ReplyDeletekebanyakan guesthouse di kanchanaburi gitulah gayanya...simple, sempoi dan murah heheheh
Deletenice. mcm mini angkor ..hehe.
ReplyDeletehah, agaknya lah kot..hehehe
DeleteKedai makan tu, sama mcm kedai makan yg saya pergi tu ke? hehe. yg saya citer kat dalam ni: http://kairulizwan.com/2012/02/07/solo-trip-to-thailand-part-ii-ayutthaya/
ReplyDeletehahaha..betullah..sebenarnya saya tak tau pun pasal kewujudan kedai ne..kalau tak kerana bantuan abby, memang belasah ajelah apa yang ada...lupa nak buat research pasal tmpt makanan halal di bkk hehehe.
DeleteMurah betul harga bilik nya. Suka cara zilla tau setiap kali travel mesti semua budget murah dan selesa lak tu
ReplyDeletebudget terhad JM.so kenalah cari yg murah2 je..lagi pun, lepak bilik cuma belah malam je...so rasa macam tak berbaloi bayar mahal2 tapi kebanyakan masa berada di luar *beginilah bezanya pemikiran org yg takde duit tapi ada hati nak jln2 dgn org yang ada duit :D
DeleteMcm mnarik je guesthouse tu.
ReplyDeletesgt menarik, Ren..wpun simple tapi sgt selesa + murah pula tu hehehe
DeleteAkk . Mcm yg anje thu . Ke sunflower farm da pakej dan date. Kalo maen pergi je . Boleh je kan
ReplyDeleteitu kalau nak ambil pakej yang dioffer oleh train thailand..pergi sendiri, boleh belasah je bila2 nak p anje...
Deleteharga bilik 280/night 1 bilik atau 4 bilik ye?
ReplyDeleteharga utk 1 bilik tu..
Delete