Day 2 (Part II) : Kanchanaburi Tour ~ Train Ride & Bridge Over The River Kwai
Friday, January 31, 2014Day 2 (Part I) : Kanchanaburi Tour ~ Erawan Waterfall
Dah lama sangat tertangguh entry mengenai Kanchanaburi ne. Takde idea nak mengarang + stress dengan lambakan pelbagai perkara harian.
Dari Erawan kami berangkat menuju ke Thamkra Sae dengan perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. View sepanjang perjalanan mirip seperti di Guilin (walhal Guilin pun belum sampai lagi hehehe).
Kami dimaklumkan, train akan tiba sekitar jam 4.15pm. Masa yang tak berapa nak ada tu kami follow tour guide untuk masuk ke dalam gua tak ingat nama yang sesak nafas dibuatnya gara-gara baunya yang tak berapa nak enak. Layan ajelahkan sambil tahan nafas. Sat ajelah dalam tu terus saya ambil keputusan untuk keluar dan jalan-jalan di landasan keretapi.
Untuk cerita detail mengenai landasan ini, boleh singgah di blog Anne dan PM atau kalau nak tengok VLog yang Pijah buat boleh singgah di blog Pijah Pelangi.
View dari landasan. Yang kelihatan itu semuanya resort.
Dalam 4.15pm (lebih kuranglah), train tiba. Dari awal lagi kami dah dimaklumkan untuk duduk di belah kanan untuk view yang cantik dan gerabak yang dibelakang adalah untuk tourist. Dasar degil, mana yang dilarang itulah nak dibuat, kami naik di gerabak pertama dan nahhh ko, penuh dengan murid-murid sekolah yang dok teruja macam kami juga. Bising kalah pasar malam. Senak dibuatnya. Dalam sesak-sesak tu pun, budak-budak tu bangun nak bagi seat mereka pada kami. Yeayyy!!hahaha. Tak payah nak berebut-rebut untuk ambil gambar.
Kami tiba di Wan Sing Station 30 minit berikutnya. Di sini, tour guide dah menunggu dengan kenderaan untuk membawa kami ke next destination, bridge over the River Kwai. Perjalanan mengambil masa sekitar 30 minit.
Buat makluman kawan-kawan setiaap weekend ada 1 day tour dengan train dari Bangkok - Nam Thok. Tour ini bermula dari stesen Hua Lamphong dengan kos sekitar 350baht. Untuk detail boleh check dalam website mereka. Tour tak boleh book melalui online kena beli di kaunter pada hari keberangkatan.
Ngam-ngam tiba di River Kwai matahari sedang galak nak menyorokkan diri. Waktu ini dah tak ingat dah kawan-kawan yang lain hehehe. Dari atas jambatan, Pijah bagi cadangan untuk turun dan shoot gambar dari bawah jambatan pula. Saya setuju ajelah janji dapat capture moment matahari terbenam.
Sekali lagi saya dan Pijah lupa diri di sini sampai kena panggilah dengan tour guide memberi arahan untuk kembali ke van. Ishh, inilah satu perkara yang tak berapa nak syok kalau ikut tour, kan? huhuhu. Dari River Kwai kami dihantar kembali ke guesthouse. Sempat berkejar ke cafe untuk sambung ambil gambar tapi sayangnya petang tu langit tak bertukar warna huhuhu.
Sunset dari guesthouse.
* bersambung untuk makanan halal di pekan Kanchanaburi
13 comments
yeay..tahniah, akhirnya blog ini update lagi pasal di Thailand hari tu...:D
ReplyDeletehahaha.ne perli ke apa, cheq?? :D
DeleteSubahanallah cantiknya zilla... sunset tu buat akak teruja ;)
ReplyDeleteapa lagi kak, moh kita ke Kanchanaburi hehehe
Deletesangat antik train tu...
ReplyDeleteview sunset at the bridge over the Kwai River tu sangat cantik..awesome..
mmg antik pun nohas...padanlah dgn harga tiketnya hehehe...terfikir gaklah macam manalah derang survive dgn harga tiket semurah tu...haish, hehehe..
DeleteWah cantiknya train tu...klasik.
ReplyDeletesgtlah klasik..kalau kat Msia, sah dah jadi tukun hehehe
Deletesuka sangat baca blog awak ni zila... tahan napas je bila tgk awak ke sana sini. saya ni boleh tahan suka nak jalan2 travel tapi tak ada gang... masa cuti pun terbatas... tang korea tu paling tak tahannya... x_*
ReplyDeleteterima kasih kak sudi singgah sini...jgn tahan napas lelama, bahaya hehhee..
Deletesuka tengok gambar no. 3 tu....zilla lepas nie nak kemana? nak ikut lah :P
ReplyDeletesbb blog ni.. aku bjaya travel ke lopburi n kanchanaburi solo...thanks a lot... Mmg ikot betol2 tips yg diberikan.....TQ
ReplyDeletetahniah, rosidi...happy sebab apa yang saya share kat sini dapat bantu kawan2 yang lain :-)
Delete