Day III (Part II) : Kanchanaburi - Bangkok

Friday, February 07, 2014

Day III (Part I) : Hellfire Museum & Hellfire Pass, Kanchanaburi

Dari Hellfire Pass kami bergerak menuju Sai Yok Waterfall. Oleh kerana kami dah melihat 'kehebatan' Erawan jadinya masing-masing kurang bernafsu bila melihat Sai Yok Waterfall. Kami sekadar lepak sekejap aje di situ dan masing-masing ambil keputusan untuk kembali ke Kanchanaburi.

Sai Yok Waterfall; air memang keruh huhuhu
Kami diturunkan di terminal bas oleh driver tuk tuk. Masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada PM, Anne, Izza dan Nik yang akan meneruskan perjalanan ke Sangklaburi manakala kami berempat (saya, Irdhi, Pijah Pelangi dan Meda) akan kembali ke kota Bangkok.
 
 Sempat layan pancake kelapa di Sai Yok Waterfall

Kononnya kali ini nak naik merasa naik bas (105 baht) pula tapi bila kami bertanya untuk kos minivan, bezanya cuma 15 baht sahaja so kami decided untuk ambil minivan dengan harapan cepatlah sampai ke kota Bangkok tapi sebaliknya berlaku. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa sekitar 2.5jam - 3jam menjadi 4.5jam gara-gara kesesakan yang luar biasa saat minivan pula memasuki pinggir kota Bangkok hinggalah memasuki pusat bandar. Haishhh!!

Gara-gara kesesakan ini, driver minivan turunkan kami di New Mo Chit Terminal Bus. Haru sungguh. Stesen BTS terdekat adalah Chatucak tetapi takde sebiji teksi pun sudi bawa kami ke sana kerana jaraknya yang katanya agak dekat (tapi kalau jalan kaki, sure pengsan). Mundar-mandir kami di situ. Akhirnya dengan bantuan sorang minah saleh, dia guide kami ke local terminal bas. Fuhh, memang berpusing. Nak cerita pun tak tahu macam mana cara menuju ke terminal bas tersebut huhuhu
 
Tak tahulah apa nama terminal bas ne;menapak agak jauh jugalah dari New Mo Chit Terminal
Dari terminal bas kami mengambil bas no.136 dengan tambang 6.500 baht. Sekali lagi perlu mengharungi perjalanan yang sangat panjang untuk tiba di BTS Queen Sirkit Station dan dari situ perlu menapak ke dalam menuju ke De Talak Hostel, tempat penginapan kami malam ini. 

Check in di De Talak (240 baht/night). Masuk je bilik, seorang terus tumbang gara-gara kepenatan. Sian sangat melihat keadaannya. Check di bilik sebelah, sorang lagi tengah ketakutan untuk turun dari katil (haih, macam2 hehehe). Maklumlah ini pengalaman pertama beliau tinggal di dorm dan memanjat katil 'double decker'. Jejakn idaman Medan tu pula tak payah cakaplah; hebat ke sana/sini. Saya? Melangut menunggu giliran untuk mandi hehehe. Bila badan dah bersih, mata terus segar; hilang terus ngantuk. Tak sedar jam berapa baru terlelap...
Keadaan bilik di De Talak Hostel

*bersambung

You Might Also Like

3 comments

  1. Sedap eh pancake kelapa tu..? authentic nampaknya letak dalam kelapa bagai

    ReplyDelete
  2. "jejaka idaman" ? ayat propa sungguh...:D ...cerita di MBK yang ditunggu...:D

    ReplyDelete
  3. Haa..baru dapat gambaran keluasan sebenar hostel ni. Tq tq

    ReplyDelete

Subscribe