Winter Trip : Day 2 (Part I) ~ Underwater Tomb, Gyeongju-Si

Friday, February 21, 2014


Hujan!!!

Hari ini sepatutnya kami ke Bulguksa tetapi atas faktor semasa (tiada snow) kami ambil keputusan untuk cancel. Saranan yang diberikan oleh owner guesthouse agar kami mendaki Mt. Namsan pun kami batalkan kerana hujan. Jadinya, setelah puas berbincang kami sepakat untuk meneruskan perjalanan menuju ke Upcheon Port, North Gyeongsang Province. Apa yang ada kat sini, kami pun takde idea. Belasah ajelah. 

Selepas breakfast (disediakan oleh guesthouse) kami bergerak meredah hujan ke Gyeongju Post Office untuk ambil bas nombor 150 ke Bongil Beach. Tambang bas adalah 1,500 won/one way dengan perjalanan sekitar 1 jam.
Tak jauh pun lokasi post office dari guesthouse, menapak sekitar 5 minit.

Tak lama pun menunggu, bas tiba membawa kami ke destinasi pilihan. Sepanjang perjalanan hujan terus turun dan semakin lebat. Hanya mampu berdoa.  
 Jadual bas nombor 150 yang menghubungkan antara Gyeongju-Yongnam-Gyeongju.
Simpang yang berbeza untuk Bulguksa Temple.

Tiba di satu lokasi, kelihatan batuan muncul di tengah lautan. Macam menarik aje. Terus saya kejutkan kawan-kawan yang asyik bertafakur dan kami turun di stesen seterusnya. Menapak jauh sedikit tetapi tak mengapalah. Hujan renyai-renyai mengiringi  kami di sini.  
Kami turun di sini. Sunyi sepi, sesekali aje akan ada kenderaan yang lalu-lalang.
Inilah batuan yang saya maksudkan,  Underwater Tomb of King Munmu.

"King Munmu (661-681 A.D.) who unified the three kingdoms and became the 30th ruler of the Silla Kingdom. The king gave specific instructions to be buried in the East Sea after his death so that he would become a dragon and protect Silla from Japanese intruders. The rocky island, about 200m in circumference, is divided by a cross-shaped waterway, forming a pool at the center, at the bottom of which is a granite 3.6 meters long, 2.9 meters wide and 0.9 meters thick. Legend has it that the remains of King Munmu’s cremated body are buried under this rock" [source : visitkorea].

Lokasi underwater tomb ini terletak di pinggir Bongil Beach, salah satu lokasi yang menjadi pilihan local people merentungkan kulit sewaktu musim panas.

Ngam-ngam tiba di pantai hujan turun dengan lebatnya. Menumpang berteduh di salah satu kedai yang ada sambil berharap keadaan akan kembali reda. Emm, serius memang tak berapa nak ada mood berjalan waktu hujan.
Sepanjang Bongil Beach ini juga banyak kedai-kedai menjual seafood. Bab harga, nggak tahu.

Bila keadaan kembali reda, kami bergerak menuju ke pantai. Layan beberapa keping gambar sendu di sekitar underwater tomb.
Bongil Beach
 Dari jauh kelihatan underwater tomb yang menjadi dipenuhi dengan seagull pelbagai saiz.
Part ne paling best, bila tabur biskut beratus seagull datang menghampiri.
 Gigi pantai memang penuh dengan batuan seperti batu sungai. Tak tahulah ianya semulajadi ada di situ atau diletak oleh penduduk tempatan sebagai salah satu cara untuk mengurangkan hakisan.
Ini pula dilokasi yang berbeza. Kawasan ini memang penuh dengan bongkah batuan yang besar dan ianya keadaannya seperti satu teluk. Cuma di sini tidak menjadi lokasi pilihan seagull melepak; tak tahulah kenapa.

Puas di sini, kami ambil keputusan untuk kembali ke Gyeongju. 2 orang dari kami hilang di balik batuan di pantai. Gara-gara itu kami perlu menunggu sejam lagi untuk next bus ke Gyeongju jangalah budak berdua tu hilang lagi, penat nak cari. 
Layan sotong bakar sambil menunggu next bus.

Dalam 12.45pm, bas tiba dan kami berangkat meninggalkan Bongil Beach. Hujan lebat sepanjang perjalanan.

*bersambung

You Might Also Like

11 comments

  1. Ganbar yang ada seagull tu sangat lawa. Alasan xnak gi Bulguksa sebab xde snow tu memang kan. Penangan ngn entrance tix tempat tu lah, siap bumbung covered snow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BB, kalau takde snow tak lawa mana pun Bulguksa tu hehehe..sebut pasal snow memang agak frustlah...target spot kami semua kena cancel tau huhuhu..

      Delete
  2. macam korang nak kena merepeat je ni, hehe...mungkin ada hikmah hujan turun time ni, papepun gambar-gambar semua ohsem :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau repeat pun orga, confirm tak singgah tempat yg sama hehehe....apepun, terima kasih..

      Delete
  3. pantai yang dramatik..ada batuan besar2..nice pix!

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tambah sikit...

      pantai yang dramatik..ada batuan besar2...tahi burung bersepah2..dan bau yg agak kurang menyenangkan hehehe...apa pun tq, nana :)

      Delete
    2. kehkekeh... baik taik ke... tak sesedap mate memandang la gitu! =p

      Delete
  4. memang menarik kubur tengah laut tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nohas dan sejarahnya juga agak menarik utk dibaca..

      Delete

Subscribe