Winter Trip : Day 2 (Part III) ~ Gyeongju Gyochon Culture Village, Gyeongju
Wednesday, February 26, 2014
Masih lagi di hari kedua.
Memang tiada dalam perancangan nak singgah di Culture Village ini. Kewujudannya pun saya tak tahu. Biasanya kalau sebut mengenai Culture Village di Gyeongju, cuma Andong ajelah yang terlintas kat kepala otak ne. Gara-gara kaki melangkah, kami bertemu dengan tempat ini. Dah alang-alang sampai singgah ajelah dan saya ambil keputusan untuk cancel singgah di Hanok Village di Seoul.
Tiada bayaran masuk yang dikenakan. Cuma satu yang saya nak bagitahu, kawasan ini sangatlah luas. Kalau berhajat nak singgah di sini peruntukanlah beberapa jam untuk tawaf satu kawasan ini dan datanglah di siang hari agar dapat join/melihat semua aktiviti yang disediakan untuk pengunjung. Kami tiba pun dah lewat sangat, semua aktviti dah tiada huhuhu. Apa yang pasti memang tak mampu nak pusing habis. Kaki memang dah sakit sangat saat ini. Bila kawan-kawan yang lain usul nak balik rasa macam nak melompat kegirangan; terima kasih kerana memahami hehehe.
Layan gambar; tak tahu nak citer apa.
Sebenarnya sebelum tiba di Culture Village ini, kita akan melalui satu lagi Tumuli Park tetapi kami tak singgah pun cuma waktu dalam perjalanan pulang dari Culture Village ini dan melalui kawasan tumuli ini tiba-tiba kabus datang secara tiba-tiba dan menghilang juga secara tiba-tiba. Emm, moment terindah buat kami dan sempatlah masing-masing capai kamera dan capture moment tersebut.
Royal Tomb Of King Sinmun Complex
*bersambung
9 comments
Subhanallah cantik sangat gambar berkabus tu. Memang moment terindah! Thanks Zilla sharing pasal Culture Village ni. Aku dah masukkan Andong in next visit, dah alang2 dapat tau pasal tempat ni haruslah kena pegi juga. Gambar BNW memang akan tinggal feeling classic, aku suka.
ReplyDeleteBB, rezeki tu dan tak sangka sgt2 pasal kabus tiba2 muncul dan 'pap' tetiba hilang...Alhamdulillah, ada juga moment indah wpun hujan dari awal pagi..Andong tu awalnya memang nak singgah..konon nak singgah situ sebelum gerak ke Seoul tapi bila dah tahu jaraknya dari Gyeongju City, memang tak berani nak ambil risiko..cancel terus..so u should go there..shoot awesome pics dan share dgn saya ya hehehe...
Deletelupa pula, jgn lupa singgah di Bomun Lake..naik bas yang sama ke underwater lake...bas tu akan lalu di situ..
Deletesuka tengok hanok building...cultural village ni kawasan perumahan ke..
ReplyDeletecantik gambar2 di Tumuli Park..walaupun hanya tanah perkuburan..
taklah, nohas...kawasan ini mmg dah direserve sbgai kawasan pelancongan dan persekitarannya adalah kawasan perkampungan....nak real sebenarnya baik masuk kwasan perkampungan tu cuma berani dgn tidak je nk redah...
Deletemmg sngt suka gyeongju ni..best kan jalan-jalan santai dkt area sini..btw kabus tiba2 itu sungguh WAH!!!! cantik.
ReplyDeleteYa-Allah zilla sukernya ms tengok gambar-gambar dalam entry nie terutama gambar hitam putih tu...
ReplyDeleterasa mcm nak mintak soft copy nak wat wallpaper kat laptop :P
Jauh tak dengan se young observatory?mcm mana nk pergi se young tu ye?
ReplyDeleteemm dekat bebenor observatory tu dengan tomb ini..
Delete