Winter Trip : Day 3 ~ Welcome to Seoul
Friday, February 28, 2014
26.01.2014 : Gyeongju - Seoul
Last day di Gyeongju. Kami cuma ada beberapa jam sahaja lagi untuk jalan-jalan di sekitar town sebelum berangkat ke Seoul dengan KTX.
Konon nak singgah di Bomun Lake, ada lokasi best untuk ambil gambar di situ tetapi bila difikir-fikirkan balik, confirm akan ada yang terlepas train nantinya. Maklumlah masing-masing kalau dah pegang kamera, memang lupa bab masa. Nak melepak aje di guesthouse, macam bosan. So saya ambil keputusan untuk singgah semula di Tumuli Park. Maklumlah cuaca hari ini sangat cantik - Alhamdulillah.
Sunyi sepi, nak guling-guling atas jalan pun boleh.
Layan gambar yang tak seberapa - tumuli di Noseo-ri.
Main entrance.
Matahari pertama di Gyeongju.
Di sini terdapat beberapa buah kubur yang dah pun digali.
Antaran barangan yang ditemui dalam salah satu kubur yang digali.
Me - gambar halus macam ne, beranilah nak share dalam blog hehehe. Lihat betapa tingginya kuburan di sini.
Berani buat aksi laghu ne kat tanah perkuburan di Malaysia?hehehe
Dah puas beraksi di sini kami kembali ke guesthouse, angkat beg, ucap selamat tinggal pada owner dan terus menapak ke Gyeongju Station. Maklumlah dari 1st day saya dimaklumkan oleh owner guesthouse Gyeongju Station dan Singyeongju Station (station for KTX) adalah station yang sama. Tak tahu kenapa hati saya kata sebaliknya; musykil dengan info yang diberikan. Singgah di Information Counter untuk double confirm lokasi station KTX. Nah, rupanya kedua-duanya adalah lokasi yang berbeza. Jam dah 11.30am dan train akan berangkat jam 1.14pm. Nak naik bas? Sah lah tak sempat. Mana nak tunggu bas lagi, kan? Setelah berbincang sesama sendiri, kami ambil keputusan untuk ambil teksi ke Singyeongju Station. Perjalanan dalam 30 minit dengan tambang 19,000won/taxi (mujur berempat, kalau sorang-sorang memang rabak poket).
Sedikit gambar sekitar Singyeongju Station.
Bas ini menuju ke Bulguksa Temple, Bomun Lake, Folk Village dan beberapa lokasi lain sekitar Gyeongju.
Salji pertama di South Korea - entahapapakan?hahaha. Jadilah dari takde. Tercapai juga hasrat nak tengok salji di Gyeongju hehehe.
Tepat jam 1.14pm kami berangkat menuju ke Seoul. Perjalanan mengambil masa 3 jam untuk tiba di Seoul Station. Singgah di 7E untuk beli T-Money card (2,500 won) dan terus bergerak menuju Kimchee Sinchon Guesthouse.
*bersambung
4 comments
Tumuli Park tu sangat unik..busut dan pokok2 nampak cantik..
ReplyDeletemenanti cerita di Seoul pula..
Waaaa tak sabar nk pi korea ag...bertabahlah,pic cantik sy suke hehe;-)
ReplyDeleteTeringat betapa aku beku sebaik keluar dari Singyeongju haritu...ok, cerita Seoul bakal diupdate. Yeah.
ReplyDeletealamak.. sikit je snow.. takpe.. sabar ye...
ReplyDelete