Winter Trip : Day 7 (Part II) ~ Iron Triangle & Hantangang River, Cheorwon
Sunday, March 23, 2014Sambungan dari sini -> Winter Trip : Day 7 (Part I) ~ Goseokjong Pavillion & Rock, Cheorwon
Dari Goseokjeong kami sengaja berjalan di sekitar Iron Triangle.
"The Iron Triangle Battlefield is the area that connects Gimhwa,
Pyeonggang and Cheorwon. This area had the highest number of casualties
during the Korean War with the Baekmagoji Battle and Oseongsan Battle.
The Iron Triangle Battlefield was prohibited to the public after 1953
when the war ended in a ceasefire. Yet the reality of the war only began
surfacing from November 1989. The Iron Triangle Battlefield was the headquarters and frontline of the
North Korean Army. This is also the area where the 2nd tunnel, 108km north from Seoul, was
made by North Koreans who were planning to invade South Korea...." [visitkorea]
O-1G (Bird Dog)
Nak kena perkenalkan ke apa bendanya ne?? Rasanya tak perlulah, kan??
Lim Kkeokjeong atau dikenali juga sebagai 'Robin Hood'. Terletak di sisi bangunan Iron Triangle Tourist Office.
Dari Iron Triangle kami bergerak menuju ke Jiktang Waterfall. Dalam map nampak dekat bebenor dari Iron Triangle so nak lah mencuba nasib. Sambil-sambil tu berharap adalah bas atau pun teksi tetapi sampai ke sudah bayang pun tak nampak. Penat dan kesejukan, kami ambil keputusan untuk singgah di CU Family Mart untuk cari nasi dan tumpang panaskan lauk (daging dendeng). Perut dan kenyang barulah bergerak mengikut kaki melangkah. Takde idea mana arah yang patut kami pergi. Map yang ada pun terlalu simple keadaannya.
Map ini yang sempat saya rakam di Iron Triangle.Tiap kali nak tengok, tiap kali itulah kena on kamera dan besarkan huhuhu.
Sunyi giler tapi saya suka suasana di sini; terasa sangat aman.
Sunyi giler tapi saya suka suasana di sini; terasa sangat aman.
Siap redah kebun orang, gigih sungguh!!
Dari jalan besar, kami sepakat untuk berjalan di pinggir Hantangang River dengan arah yang bertentangan. Harap-harap bertemulah air terjun di penghujung jalan.
Sebahagian daripada Hantangang River.
Sebahagian dari trek yang kami ambil.
Waaa, terasa kurus betis dan paha tapi bayang air terjun tetap juga tak kelihatan. Dari suasana yang berkabus tebal bertukar kepada mendung dan hujan kami tetap terus berjalan. Serik!! Lain kali memang tak nak dah pergi tempat-tempat terpencil begini waktu public holiday huhuhu. Serba-serbi payah!! Bosan dengan pergerakan kami yang tiada kesudahan akhirnya kami ambil keputusan untuk turun ke sungai. Tengok view dari atas agak cantik so apa salahnya mencuba nasib, mana tau akan jumpa sesuatu yang menarik, betul tak?
Perlu redah semak samun, dan batuan untuk tiba di sungai (gambar ne saya rakam waktu kami ingin kembali ke atas).
Ini bukan sungai tetapi longkang..
Inilah yang menyambut kami. Separuh daripada sungai ini masih lagi membeku. Bangunan yang kelihatan itu pula adalah hotel dan minsu/guesthouse.
Oleh kerana cuaca pun kurang ok, jadi suasana keliling pun turut jadi suram. Kalau cuaca baik dan langit membiru saya yakin tempat ini tersangatlah cantiknya.
Ada yang kata ini cherry blossom; entahlah betul ke tidak.
Lama jugalah kami lepak di pinggir sungai ne. Bila tengok keadaan semakin mendung kami ambil keputusan untuk kembali ke main road dengan harapan dapatlah apa-apa transport untuk ke Jiktang atau setidaknya dapat membawa kami kembali ke bus terminal.
Frust!! Namun menjadi kenangan terindah bila dikenang semula.
*bersambung
2 comments
gambar yg awesome...
ReplyDeletezilla...mrs suka sangat dengan gambar no. 9
ReplyDeleteyes rasanya time autumn atau spring mesti lagi cantik sini....