Winter Trip : Day 7 (Part III) ~ Jiktang Waterfall, Labor Party Building, Memorial Hall & Seung-il Bridge, Cheorwon

Saturday, March 29, 2014


Entry kali ini sangat panjang dan banyak gambar..

Dari sungai kami berpatah balik menuju ke Iron Triangle. Sekali lagi bayang transport memang tidak kelihatan. Putus asa? Yupp dan saya tak pernah rasa seteruk ini. Kami stop di depan satu restoran dan berharap akan adalah sesiapa yang akan bantu kami. Tunggu punya tunggu akhirnya ada satu family menawarkan bantuan. Kami cuma meminta beliau menghubungi teksi. Ke mana destinasi berikutnya, nanti ajelah kami putuskan yang penting sekarang ada transport dan kami tidaklah bersadai di sini sehingga gelap. 

Hampir 20 minit menunggu, akhirnya teksi pun tiba. Macam biasalah bahasa memang menjadi penghalang. Niat untuk kembali ke Seoul kami tangguhkan dulu (dah alang-alang ada transportkan). Mujur jugalah ahjussi tu pun faham apa yang kami cuba sampaikan walaupun kami menggunakan bahasa Melayu dengan beliau.

Satu perkara yang buat darah naik ke kepala (pitam dan terus pitam) bila melihat meter teksi yang bergerak laju. Waaaa, stress!! Ejin kereta dimatikan pun meter tetap bergerak. Sampai satu tahap tak sanggup dah nak tengok meter teksi hehehe. Setiap lokasi yang kami singgahi cuma sekitar 5 minit sahaja untuk bergambar. Takdelah nak setting kamera atau buat pose ala-ala supermodel. Turun teksi, berlari ke lokasi berkenaan dan cepat-cepat ambil gambar dan cepat-cepat jugalah kembali ke teksi. Setiap detik sangat berharga ok huhuhu.

1. Jiktang Waterfall
Akhirnya, sampai juga ke waterfall ini. Jaraknya dari Iron Triangle memang jauh (walaupun atas kertas tercatat cuma 2km). Tiada bayaran masuk dikenakan, lagi pun lokasi waterfall ini pun letaknya di pinggir jalan dan dibina titi/jambatan kecil untuk laluan kereta dan kenderaan kecil yang lain untuk melalui merentasi waterfall ini. Kiranya memang menariklah.
  
Bagi yang berminat dengan aktiviti lasak boleh try bungee jumping di Cheorwon Taebong Bungee Jumping yang terletak bertentangan dengan waterfall ini. Bab harga, tak dapek nak nolong sebabnya masa kami ke sini semuanya sedang cuti "raya".
  
Dari Jiktang, kami request untuk ke Woljeongni Station yang terletak bersempadan dengan North Korea tetapi....[malas nak sambung ayat ne...]
 
Yang ahjussi sibuklah dok membebel pasal 2nd tunnel. Haih, bahagianya kalau faham apa yang disampaikan. Namun dapat jugalah dok tangkap beberapa perkataan yang disampaikannya. 2nd tunnel memang tidak dibuka kepada pengunjung. Hanya 3rd tunnel sahaja yang dibuka tetapi lokasinya adalah di Panmunjom. Sambil-sambil tu dok bodek ahjussi untuk bawa kami ke Samgakji Observatory tetapi cepat-cepat dia geleng kepala. Katanya tempat ini hanya dibuka kepada local aje. Hampa sebab saya dah usha gambar untuk view dari Samgakji ini sangatlah cantik (sebab atas bukit). Kalau teringin nak singgah pun, kena ikut tour tak boleh memandai p sendiri huhuhu (katanyalah).

2. Labor Party Building
Sebelum tiba di Woljeongni Station, ahjussi stop di satu kawasan tinggal. Waktu ne pun dah risau nak turun ke idak sebab tengok meter teksi terasa macam nak pitam!!! Tetapi bila ahjussi sibuk dok halau kami keluar, nak tak nak kenalah keluar. 
 
North Korean Labor Party Cheorwon Office

"North Korean Labor Party Cheorwon Office Building used to enhance communist politics and control people before the Korean War. For 5 years, North Korea ruled this area committing numerous brutal acts such as torturing and killing people. The building was so notorious that people used to say 'anyone who goes in there never comes out intact'. At the back of this building, bullets shells and iron wires are found that were used for unforgivable brutality..."[google]

Walaupun pengunjung dibenarkan memasuki bangunan ini tetapi waktu kami ke sini, gate dikunci so hanya mampu lihat dari luar ajelah.
 
View dari main gate.
Serius, tak sempat pun nak rasa apa-apa kat sini dah berlari masuk ke teksi. Haih, stress gilerlah berjalan gaya macam ne huhuhu. Beberapa langkah dari building, kami dibawa bergerak ke pos pengawal menuju ke DMZ. 

Awal-awal lagi ahjussi dah bagi arahan untuk kami menyorokkan kamera masing-masing.
 Post kawalan.

Tiba di post kawalan, sekali lagi ahjussi memberi arahan supaya kami diam dan kononnya biar dia yang handle semuanya. Ok lah. Ahjussi diminta untuk menyerahkan sejenis kad (seperti pengenalan diri) dengan logo bintang ditengahnya. Selebihnya saya tak faham apa yang mereka bualkan tetapi lama jugalah ahjussi ditemubual oleh tentera yang bertugas.

Tiba-tiba kami diarahkan untuk berpatah balik dan punah harapan nak singgah di Woljeongni Station yang bersejarah tu huhuhu. Saya dimaklumkan oleh ahjussi bahawa hari sudah pun lewat petang, dan mustahil buat kami untuk kembali ke situ sebelum jam 5.30pm (last kenderaan dibenarkan melepasi pos kawalan). Nak buat macam mana, dah takde rezeki.

3. Baengmagoji Cenotaph & Memorial Hall

Seterusnya kami di bawa ke Memoril Hall. Agak jauh juga lokasi ini dari Labor Building. Bila dah sampai lokasi dituju macam biasalah ambil gambar di bawah aje.
Oleh kerana stress melihat angka di meter teksi, kami mengarahkan ahjussi untuk kembali ke pekan Sincheorwon untuk kembali ke Seoul. Sebelum itu, kami request untuk singgah di Seungilyu Bridge yang penuh dengan kontroversi.

4. Seung-il Bridge
Kenapa saya kata bridge ini penuh dengan kontroversi? Kalau kawan-kawan google mengenai bridge ini, macam-macam cerita akan keluar (silalah google). Tak tahulah mana satu yang betul. Yang pasti, bridge ini tidak lagi digunakan dan digantik dengan Hantan Bridge (warna merah).  Tetapi untuk pengunjung boleh ajelah berjalan-jalan di atas bridge ini cuma satu je, gayat tak tahu nak cakap. Nak pandang bawah pun tak berani. Anhar yang hebat tu pun dok bising gayat so memang betullah gayat. Ada beberapa bahagian jambatan ini yang dah pun retak.
 Yang merah tu Hantan Grand Bridge manakala yang disebelah itulah Seung-Il Bridge.
Dari bridge kami kembali ke bus station. Ngam-ngamlah, sebab dapat rembat tiket 4.40pm ke Seoul. Oh ya, tambang teksi untuk keseluruhan lokasi yang saya singgah hari ini hinggalah kembali ke bus station adalah 59,000 won *pengsan hahaha. Mujurlah share bertiga, kalau sorang tu memang pengsan sampai  bila-bilalah hehehe. Maklumkan budget kami memang terhad dan ada beberapa hari lagi di South Korea. Jadinya, kami memang agak berkira berkenaan dengan budget.5.00 pm barulah bas tiba. Itu pun nasib baik ada seorang rakyat Nepal yang memaklumkan kepada kami ketibaan bas ini. Kalau tidak, memang kami terlepas bas tersebut. 6.45pm tiba di Seoul dan terus kembali ke hostel.

Malam tu rehat aje di hostel. Perjalanan yang sangat panjang. Frust juga sebab tak sempat nak singgah di Sambuyen Falls tetapi dengan apa yang kami lalui hari ini sebenarnya jauh lebih bererti dari Sambuyen. Kalau ada yang bertanya, berbaloi tak ke Cheorwon? Dengan mengabaikan perihal transport, jawapan saya memang berbaloi lebih-lebih lagi kalau anda pencinta sukan extreme. Jangan pergi balik/hari seperti yang saya lakukan tetapi bermalamlah di sini at least semalam untuk pusing habis kawasan ini.

*bersambung

You Might Also Like

6 comments

  1. Tempat banyak sejarah macam ni memang fav ah. Thanks sharing banyak info Zilla. Walau pun kena berlari kat tiap lokasi demi xnak pengsan kering tengok meter teksi. Rezeki Ahjussi juga tu, dalam cuti raya dia dapat tambah duit poket.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Bie..kitaorg pun ckp benda yg sama 'duit raya bt ahjussi'..

      Cherwon ne memang aku rekemanlah utk singgah..tapi jgn buat style kami, tak berapa nak enjoy nanti hehehe..

      Delete
  2. Sejarah dia kemain kan. Sungai tu sangat lawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, Ren..sungai tu lawa kalau tak membeku lah kot..

      Delete
  3. mrs ada sorang kawan ambil gambar dekat celah celah lekuk Seung-Il Bridge tu..
    mesti dia tak gayat...dan hasilnya sangat cantik

    ReplyDelete
  4. best tgk tempat zilla pegi..mcm nak pegi sana lagi..hehe korea bnyak tmpt yang cantik..

    ReplyDelete

Subscribe