Winter Trip : Day 6 ~ Namdaemun, Itaewon & Ssamziegil

Wednesday, April 02, 2014

29.01.2014 : Seoul

Winter Trip : Day 5 (Part III) ~ Hwaseong Train, Suwon

Shopping time!!!

Hari ini kita mulakan aktiviti perabih duit di Namdaemun Market. Patutlah orang kata sini heaven untuk kaki shopping; barangan memang giler murah dan sebut ajelah apa nak, semua ada kat sini. Cuma bila dah terlalu banyak pilihan kita akan jadi blur "err, aku nak beli apa..". Alih-alih hanya bookmark dan cekak rambut aje yang dibeli buat diri sendiri. Kekawan pula tak usah cakaplah, agaknya kalau boleh dengan kedai-kedai kot derang nak angkut bawa balik huhuhu.

Direction:
Hongik Uni. Station - transfer to Line 4, Dongdaemun History & Culture Park - Hoehyeon Station, Exit 5.

Sebenarnya ada beberapa benda yang berlaku kat sini. Salah satunya, saya kena serang dengan seorang ahjumma. Katanya saya rakam gambar dia. Err musykil gak "bila masa..". Kamera memang ada kat tangan tapi saya tak on pun. Orang lain yang sah-sah dok petik sana-sini dengan dslr masing-masing takde pula kena marah. Emm susah juga nak bagi dia faham, alih-alih saya angkat kaki dan masuk ke dalam salah satu kedai yang ada untuk bertemu kekawan yang lain. Insiden kedua, tak perlulah saya ceritakan di sini. Cuma apa yang berlaku buat saya serik dan terus terang saya tak pernah rasa semarah ini. Kalau tak mengenangkan kawan, memang saya dah tinggalkan mereka di situ...
 
Ini di E-Lendang; takde beli apa pun kat sini.
Dari apa yang berlaku takde maknanya saya nak tunggu lagi di situ. Saya buat keputusan untuk ke Itaewon. cari makan dan singgah di Seoul Central Mosque. Dalam banyak-banyak restoran yang ada, saya bawa kekawan singgah di Murree Rest. Itu pun ada yang dok persoal status halal-haram. Emm, kalau dah sah-sah terpampang perkataan halal nak bising apa lagi; serabut...

Direction:
Hoehyeon Station, Line 4 - transfer to Line 6 at Samgakji Station - Itaewon Station, Exit 3.
Dalam dok "pung..pang.." tu pun, licin..

Perut dah kenyang, jom solat. Tak jauh pun masjidnya. Di hujung jalan, arah bertentangan ke Murree.
Jalan aje sampai ke hujung pasti akan jumpa masjidnya.
Settle urusan wajib, salah seorang dari kami beria-ia nak singgah di HRC Seoul. Mana nak cari cheq?? Bukan dah lama tutup ke?? Tapi bila dia berkeras nak p juga siap gigih tunjuk bukti dari intenert, oklah. Meh lah kita cari. Kalau takde siap (tetiba tukar karakter jadi garang huhuhu). Jenuhlah mencari arah berdasarkan google map yang dia berikan tapi sampai satu tahap, dia angkat bendera putih. Hehehe. Saya minta dia tanya pada ahjumma yang kebetulan ada kat pinggir jalan tu. HRC memang berada bertentangan dengan kami tapi itu dulu. La ne, bangunan itu dah bertukar menjadi Hamilton Hotel. Degil lagi, kan??
Masing-masing dah bising ajak balik. Ehh, saya tak mahu balik lagi. Ada satu tempat yang saya nak sangat pergi (paksa relalah derang ikut jugalah). Jom ke Insadong untuk Ssamziegil. Bukan nak shopping pun. Sekadar nak cuci mata melihat hasil seni dan kreativiti orang tempatan.

Direction:
Itaewon Station, Line 6 - transfer to Line 3 at Yaksu Station - Anguk Station, Exit 6. Go 100m straight and then turn left.
Cafe ne khas untuk couple kot sebabnya di kiri-kanan penuh dengan "love notes".
Agak-agaknya yang mana saya punya?? hehehe.

Lama juga kami lepak di Ssamziegil ne sebelum berangkat balik ke hostel. Malamnya memang tak masak. Malas. Alas perut dengan milo dan biskut jagung. Jadilah dari takde kan?? Makan, mandi dan membuter; satu kombinasi yang sangat indah...

*bersambung

You Might Also Like

19 comments

  1. Zilla! Kejadian kedua kat Namdaemun jadi kat aku juga. Aku telah bertukar menjadi naga tapi xsempat keluar api sebab mengenangkan xbest jadi naga kat kampung kedua. Huk!

    Next time turun Seoul akan ku laksanakan misi untuk naik Ssamziegil sampai atas. 2x aku gi, takat kat ground floor je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg spoil moodkan bibie bila jadi macam ne?? huhuhu

      Ssamziegil, mmg best...wajib singgah kat sana...aku suka tgk crafts yg derang jual..ikut hati nak je borong semuanya tapi bila tgk kocek, geleng kepala *sebak hehehe

      Delete
  2. apakah insiden kedua tu ye...stress jg kalau jadi mcm ni..

    ReplyDelete
  3. Tak singgah restn siti sarah ke..ikan gurame dia sedap...owner dia indon baik sgt,baik2 pon xbrani nak mntak mkn free hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lah wak...saya memang sengaja bawa derang makan di murree..nak derang rasa korean food..patutnya awak try usha2,kenyit2 mata dgn ownernya, mana tau dapat mkn free kan??hehehe

      Delete
  4. Ish.... Hard Rock tuh dah lama tutup. Nie pegi website yg expired la nie...heheheh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...betul tu owen, dah berkurun abad HR ditutup di Seoul..

      tu lah gunanya buat research dulu sebelum ke mana2 tapi tulah dianya...hehehe

      Delete
  5. waah..kesian zila. stress ke trip kali neh melayan kerenah pelbagai org?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt stress agip..bukan tak biasa bawa org..dah biasa..dah jumpa mcm2 kerenah tapi tak macam ini..mungkin sebab derang anggap saya ne tour guide derang so dari A-Z saya yang perlu dipertanggungjawabkan..itinerary bukan takde,ada..tapi peram dlm hp..tak baca langsung pun..unfair buat saya...

      * ada beza bawa kaki travel dengan kaki shopping...

      Delete
  6. payah ni kalo travel dgn manusia suka mempersoalkan banyak benda walhal bukti dah ade depan mata. bersabarlah zilla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju...tak salah nak persoalkan tapi berpada2lah..

      Delete
  7. sabar Zilla..bukan senang nak jadi ketua rombongan kan...dah ramai memacam kerenah kan

    ReplyDelete
  8. zila di korea orang guna kereta hyundai dan kia yaa.. hebat mereka cinta produk dalam negeri hehe :)

    ReplyDelete
  9. tinggalkan aje dorang tu, travel kalau menyusahkan hidup lelain kali jangan bawak tau, inilah sebab kenapa kita rela travel sesorang masa single, so tak perlu nak layan orang :)

    ReplyDelete
  10. apakah kejadian kedua tu...heheh
    bertabahlah...takpe2 pasni kita pergi bersama pulak yer :)

    ReplyDelete

Subscribe