Winter Trip : Hwaseong Guesthouse, Suwon

Sunday, April 06, 2014

Plan mengejut. Sepatutnya dari Seoul, kami bergerak ke Jeonju dan lepak di situ untuk 2 malam tetapi bila lihat kondisi kawan-kawan kurang ok (ada yang dah mula nak demam dan sebagainya), cancel ke Jeonju. Takpelah, next time kalau ada rezeki singgah di Deongyusan dan Naejangsan National Park. Untuk kekal di Seoul saya dah tak sanggup. Malam terakhir saya di Kimchee Guesthouse, saya try cari lokasi di sekitar Seoul yang boleh kami bergerak secara santai dan akhirnya saya ambil keputusan untuk kembali di Suwon. 

Nak cari budget hostel di Suwon ne pun bukan mudah; tak banyak pun. Nak try book di hostelworld, saya tiada kad kredit. Booking.com pula semuanya hotel berbintang berpinar mata melihat harganya. Dari hostelworld dan bantuan dari neo saya ambil keputusan untuk try dapatkan bilik di Hwaseong Guesthouse; direct email kepada mereka memaklumkan kami akan tiba keesokan harinya kalau takde bilik kita tidur bawah jambatan hehehe.
 
Untuk direction ke Suwon, boleh lihat entry saya yang lepas -> Suwon. Untuk ke guesthouse ini pula, cara yang sama juga untuk ke Hwaseong Haenggung, turun di Padalmun dan terus berjalan menuju Hwaseong Haenggung. Bila jumpa bus stop kedua (kira dari Padalmun), ada lorong di situ (sebelah bakery shop). Masuk ajelah lorong tu (map ada tapi lupa mana campak, tapi kalau ikut kiraan bus stop tu confirm takkan sesat punyalah). 
Awalnya, memang ada sedikit isulah sebabnya ahjussi yang baik hati tu takde pun terima email saya. Puaslah dok "pungg..panggg..pung...panggggggg", akhirnya dia kata "ok", dapat jugalah bilik untuk kami berempat, mix dorm dengan harga 18,000 won/person. Bilik memang luas dan selesa yang amat. Part paling best, buka je pintu bilik dah dapur. Yeayyyyy!! hehehe.
Bilik kami.
Ini pula bilik untuk bertiga - best pula tengok bilik ne.
Ruang dapur yang paling saya suka. Luas dan bersih.
Memang terasa di rumahlah suasananya. 

Ownernya, Mr.Ho (kalau tak silap namanya) sangatlah baik. Beliau ne dah taraf 'atuk-atuk' dan dia tinggal di bahagian atas guesthouse. Sesekali dia akan turun ke bawah dengan cucu-cucunya untuk layan kami berbual. Satu yang saya tak boleh lupa dengan gelagat Mr.Ho ne, bila "bedebukkk", dia tepuk belakang saya dan ketawa...Tulah gedik sangat nak ber'araso' bagai namun salah sebutan. Saya p tukar menjadi 'aroso', so mendapatlah hehehe (sakit woo dia tepuk hehehe).

Untuk yang berminat menginap di sini, boleh masuk sini -> Hwaseong Guesthouse.

You Might Also Like

12 comments

  1. Wah guesthouse nya memang berrsih banget ya.. lumayan mahal juga ya harganya..Mbak Zilla

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..jgn diconvert..

      18,000 won itu dikira murah lebih2 lagi di kota besar seperti di Suwon...

      Delete
  2. Orang Korea ni suka sangat mendebuk kat belakang kan... Singgah kedai souvenir diaorang pun kena debuk.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, En. Mie..debuk yg betul2 bagi..sakit wooo hahaha...

      Delete
  3. bersih gak temat ni, leh di KIV kan for future trip

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt bersih lily..ahjussi tu sat2 turun bawah utk check guesthouse dia ok ke tidak..so kiita yang sebagai tetamu ne pun rasa macam tak sampai hati nak kotorkan guesthouse dia ne..tiap kali lepas masak mesti kami cari air freshner utk kasi wangi ruangan dapur hehehe...

      Delete
  4. orang korea mmg cengitu ramahnya...asyik nak debuk kiter jer,
    terpaksa lah senyum padahal sakit oooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mrs.smile..sekali tgk memang rasa mcm kurang ajar je tapi satu perkara kita perlu tahu, dah memang itu budaya dia...jadinya terima ajelah dgn hati yang terbuka walaupun perit kena tepuk hehehe

      Delete
  5. kene ketuk sbb aroso tu is bahasa between orang sebaya (or if high note in the end, it means u want to ask question). kalo dgn orang lagi tua, kene cakap arasoyo. ngee

    love your blog! ;) Great!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..tak tahulah macam mana blh spontan keluar perkataan aroso tu..tapi uncle tu mmg baik, wpun bedebuk kena tepuk belakang tapi dia bgth apa yang sepatutnya saya sebut..pengalaman, best heheheh

      Delete

Subscribe