Transjava 2014 (Part VIII) : Terima Kasih Regulo

Sunday, May 25, 2014

02.05.2014 : Regulo - Bromo


Hari terakhir di Regulo. Janji kami dengan Pak Eddy, jam 2.30pm di depan warung bakso, desa Ranu Pane. 

****
Terjaga sekitar jam 4.30am. Aduhh, sejuk beku. Jenguk ke luar,  indah sekali pemandangannya. Kabut tebal menghiasi permukaan danau, rasanya ini moment yang tak boleh kami lepaskan. Capai kamera dan tripod terus ke titi yang ada.

Layan.
Apa yang pasti memang tak dapat sunrise mahupun sunset di Regulo ini kerana dibatasi oleh bukit-bukau. Tau-tau, matahari dah naik/turun.
Puas di danau, kami kembali ke khemah untuk prepare breakfast. Simple breakfast, milo cicah biskut hehehe. Nak goreng-goreng, stok minyak masak takde. Takpe, simpan perut untuk bakso di desa Pane huhuhu.
Kenyang perut, puas melayan Uno, kami ambil keputusan untuk mandi di danau (giler ke apa hehee). Siap cari lokasi tersembunyi, asalkan dapat mandi. Maklumlah last kami mandi adalah di Stasiun Jogja. Sedang syok menyental kepala, tiba-tiba datang bapak-bapak petugas (kot) mengarahkan kami untuk naik kerana menurut bapak-bapak tersebut air di danau ini adalah dalam kategori rawan (serius tak tahu tak boleh mandi-manda di sini). Kami diarahkan untuk ke toilet kalau mau mandi-manda. Air di toilet?? Tak ubah macam mandi dengan air ais. Sejuk yang tak tahulah macam mana nak citer tersentap urat-urat badan dibuat huhuhu.

Kalau mahu dibuat perbandingan antara kesejukan di Rinjani dan Regulo, Regulo lebih extreme keadaannya. Kalau di sini pun kami tak mampu bertahan, bagaimanalah keadaannya misal kata kami lepas ke Kumbolo? Silap haribulan ada yang beku di atas tu. Pengajaran buat kami. Dengan apa yang kami lalui di Regulo, sebenarnya kami tak bersedia dengan tentangan di Kumbolo. Syukur untuk semuanya....

Sekitar jam 12.++pm, kami meninggalkan Regulo dengan 1001 cerita yang akan dikenang hingga ke akhir hayat. Apa-apa pun, kita pekena bakso dululah (lapar weiii) hehehe. Time ne pun ramai pendaki yang cuba mendaki Semeru menggunakan 'jalan belakang'. Takpe-takpe, ada rezeki Insyallah kami pasti akan kembali semula di sini.
Sekitar jam 4.00pm, barulah Pak Eddy tiba. Lama giler menunggu. Menurut Pak Eddy, ada jeep terbabas di trek yang kami lalui hari sebelumnya terus masuk ke gaung gara-gara kabut tebal. Seriau jugalah nak membayangkan.

Destinasi seterusnya adalah Bromo. Plan nak camping di Penanjakan 1 kami batalkan kerana info terkini yang kami perolehi angin bertiup agak kencang dan tak sesuai untuk camping di Bromo. Selain dari itu, saya sendiri pun dah jatuh sakit. Demam selsema. Stop di savannah, saya dah start muntah-muntah. Saya sms Mr.Wong untuk memaklumkan status saya. Tiba-tiba terasa bayang Mt.Batok semakin menjauh...
 
Dari desa Pane ke savannah mengambil masa sekitar 45minit - sejam. Beginilah keadaan savanah sekitar jam 4.++pm; sunyi sepi dan berkabut tebal.
Dari savanah sepatutnya kami terus ke Penanjakan untuk melihat sunset tetapi bila melihatkan keadaan semasa; kabut dan awan tebal rasanya takde guna kami ke Penanjakan. Sah tak nampak apa. Kami ambil keputusan ke Cemoro Lawang ajalah. On the way, singgah di Watu Singa yang selalu disebut-sebut itu. Err saya tak turun pun, cuma kamera sahaja saya serahkan pada Pijah.
 Watu Singa - ada rupa singa tak?? Lokasinya, kalau dari savanah kita akan lalui Watu Singa ini dulu sebelum tiba di Pasir Berbisik.
Kami memang takde book penginapan di Cemoro Lawang. Redah ajelah untuk lihat mana bilik yang available. Mula-mula singgah di homestay A (biarlah dirahsiakan namanya). Kami ambil dua bilik dengan harga Rp250,000. Sedang lepak-lepak di bilik (saya share dengan Pijah), sekali jiran sebelah datang. Bilik mereka ada 'sesuatu' dan saya sendiri pun sebenarnya tak boleh nak masuk bilik mereka. Rasa yang tak enak. Oklah, kami berbincang dan akhirnya keputusan dibuat, tukar bilik. Sayangnya, hanya 2 bilik itu sahaja yang ada. Pak Eddy bantu kami mencarikan homestay lain. Lokasi homestay (Rp500,000) kali ini dekat bebenor dengan Lava Cafe. Nama homestay?? Serius tak ambil tahu dan tak tahu pun hehehe.

Mula-mula masuk ok. Waktu saya ingin mandi (diarahkan mandi oleh kawan-kawan untuk kurangkan panas), saya rasa tak sedap. Pandang semua sudut; terdetik di hati saya "poc**g...". Betul-betul waktu itu tak tahu nak fikir apa. Yang ada dalam kepala saya ne, nak mandi cepat-cepat dan nak elok dari demam. Selesai mandi, saya maklumkan rasa tak sedap hati saya tentang rumah yang kami duduki ini. Salah seorang dari kami juga mengakui perkara yang sama (kawan saya ne special sikit sebab dia boleh nampak benda-benda yang kita tak boleh nampak). Esoknya bila bercerita dengan yang lain, rupanya yang lain pun turut nampak. 'Benda' itu 'tidur' di bawah katil tasyha dan yana. Apa pun, syukur tiada kejadian yang tidak diingini berlaku malam itu. Saya sendiri sah tak sedar apa. Betul-betul pengsan gara-gara panadol dan ubat selsema.

*bersambung untuk hari baru

You Might Also Like

17 comments

  1. tgk photo semua lawa..teruja....baca pengalaman...bulu roma tegak...errrrrrr

    ReplyDelete
  2. habis kedamaian muncul pulak misteri.. =)

    ReplyDelete
  3. subhanallah cantiknya :D

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, tabah betul korang. Ditakdirkan aku kat tempat ko, sah2 mau demam berpanjangan. Siap ada yang nampak bawah katil pula. Memang mengundang jerit pekik kalau aku yang nampak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mgkn sebab masing2 dah kepenatan...dah tak larat dah nak pikir..dalam kepala cuma pikir nak tidur aje...aku pun tak tahu derang turut nampak...esoknya bercerita barulah derang bgth pasal bawah katil tu....ini 2nd timelah aku nampak pocong...1st time, kena kat hotel di labuan bajo...tu lagi lah..dia dok tepi kepala katil kitaorang...tapi sebab aku dh penat sgt, 2x aku pandang pastu aku tarik selimut dan tidur...malas nak pikir hehehe...

      Delete
  5. debor baca citer last paragraph tu. malam tu takde bunyik-bunyik aneh ke.

    tu la kekadang kalau gi hotel ni kena tengok gak hotel ni jenis ramai orang duduk or jarang ada orang..
    tapi kekadang tu hotel ramai org duduk pun ada bebenda aneh gak..
    macam satu hotel kat ipoh tu...tengah malam bunyi main air, buat plumbing..aircond lak kejap panas kejap sejuk..sabo je la...asalkan benda tu tak menjelma depan kita cukuplah kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nana, tak tau lah...saya ne kalau telan ubat memang hanyut terus...apa pun dah tak sedar...

      tulah dianya...homestay ne pun bukan kosong..memang tuan rumah dok situ..kalau ada tamu baru dia keluar..

      Delete
  6. erk...p*****??scary...sbaik la xde ape2 yg terjadi..

    ReplyDelete
  7. orang Puchong jumpa pocong...say hi la...:D

    ReplyDelete
  8. wohooo seram giler laaa....takleh bayang...mau takut dah pasni nakpi bromo!sib baik dah lepas!hahaha

    ReplyDelete
  9. Seramnya.... selalunya tempat-tempat seperti itu ada mitos, legenda, mistik, misteri. Mudah2an kita tetap ada dalam Iman dan Islam.

    ReplyDelete
  10. Nasib baik bawah katil... Kalu atas katil disangka bantal panjang... he he he...

    ReplyDelete
  11. wah..seramnya..nasib baik tidur lena ye...hehe

    ReplyDelete

Subscribe