Journey to heaven 2014 (Day 5 - Part II) : Nugget Point, Catlins, South Island

Sunday, October 05, 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Pasti semuanya sedang sakan beraya, kan? hehehe.

Ok, alang-alang takde buat apa kat rumah ne (dah tak larat nak buat aktiviti makan-tidur-makan-tidur) baiklah saya update blog ne.  

Untuk entry sebelum ini, boleh lihat di sini -> Journey to heaven 2014 (Day 5 - Part I) : Dunedin, South Island

Dari Botanical Garden kami bergerak menuju ke Nugget Point, Catlins yang terletak kira-kira 113km dari Dunedin. Perjalanan ambil masa lebih kurang 2jam jugalah melalui Southern Scenic Route. View giler awesome tapi sayangnya untuk pictures melalui scenic route ini saya terdelete. Habis, yelekkk sekeping pun takde. Sepanjang jalan ini juga, banyak lokasi menarik yang boleh disinggah. Oleh kerana kami dah kesuntukan masa, memang takde singgah pun. Kaka Point pun tak singgah walaupun ada yang offer untuk berhenti di situ.
Menuju Catlins.

4km terakhir menuju ke Nugget Point memang tak bertar. Nak merempit pun tak boleh kat sini, mau jahanam kereta dibuatnya.
Sampai pun.

Mana lighthousenya??

Gilak!! Ingatkan keluar kereta dah sampai lighthouse tapi...
Tu dia, kena menapak dalam 1km jugalah untuk sampai ke lighthouse *nanges. 

Nak-tak nak-nak-tak nak; akhirnya kami ambil keputusan jomlah ke lighthouse. Alang-alang dah sampai, kan? Check baju hujan ada tak dalam bag sebabnya cuaca memang dah mendung saat ini. Lagipun, cuaca di sini memang susah nak diramal. Dalam beberapa saat, boleh bertukar dari panas ke mendung, berkabus tebal dan sebagainya. So, memang kena bersedia dengan pelbagai kemungkinan.
Lighthousenya betul-betul dihujung huhuhu
South Pacific Ocean. Lihat awannya..
Kalau nasib baik boleh nampak fur seal dan penguin di sini. Kalau perasan, ada seekor fur seal dalam gambar ne (sorrylah lens hanya mampu p takat ne aje)
 Tu sayup kelihatan, lighthousenya tapi ehh nape bumbungnya kelabu? Bukan merah ke??haha. Bumbung pun boleh jadi isu, kan? hehhe
 Dah dekat dah pun..
Nugget point. Ada rupa nugget tak?
 Zoom sikit di salah satu 'nugget' yang ada..

Dah puas bergambar kami, haruslah berpatah balik. Tasyha bagi cadangan untuk singgah di Purakaunui Fall tapi kami tolak. Malas hehehe. Sebenarnya risau lewat sangat nanti tiba di Te Anau. Kami cuma singgah sebentar di Catlins untuk solat dan ke toilet.
 Suka dengan suasana di Catlins, rumah-rumah di sini sangat unik dan comel.

Catlins ke Te Anau mengambil masa lebih kurang 3.5jam perjalanan dengan jarak 240km. Jauh tu. Suasana pun dah gelap gelita saat kami mula memasuki Manapouri, kira-kira 20km dari Te Anau. Di sini, kami tinggal di Home Cottage melalui AirBnB. Rumah serius best tapi sayangnya berhantu!hahaha. Sengal. Ingatkan kat negara omputih takdelah terkena bab-bab momok ne tapi terkena juga. Haihhh!!hehehe
Home Cottage, Manapouri

Untuk penginapan ini, saya akan cerita di entry yang berasingan.

*bersambung untuk hari baru.

You Might Also Like

8 comments

  1. Sayang sekali fotonya ter-delete. Jalanan sempit ke lighthouse tu masih bisa dilalui kereta ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia, sayang sekali.jika bisa diundur waktu...jalanan sempit itu nggak bisa dilalui kenderaan..bahkan speeda motor juga nggak bisa masuk..nggak ada option, samada mau atau nggak tetap harus berjalan...

      Delete
  2. Asyik banget suasana di sana Mbak Zilla. aman damai dan sepi.. indah memang sudah ngak bisa di ucapkan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepi itu indah, mas hehehe...dan ternyata NZ salah satu lokasi wajib yang harus dikunjungi jika ingin lari jauh dari kemodenan :D

      Delete
  3. Selamat hari raya Aidiladha buat Zilla sekeluarga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya juga buat Bearcat sekeluarga

      Delete
  4. entry momok ni xsbr nk bce. moga ade gambr momok skali. heheh ttb!

    ReplyDelete
  5. Salam AidilAdha buat zila....mrs suka jalan nak menuju ke lighthouse tu

    ReplyDelete

Subscribe