Thailand 2014 : Day 3 (Part II) ~ Phu Foi Lom, Nong Saeng

Tuesday, January 20, 2015


Dari Kumphawapi kami minta atuk songthaew bergerak ke destinasi seterusnya. Kemana? Kami sendiri pun takde idea. Perjalanan, jauh giler ok. Bangun-tido-bangun-tido-makan, tetap jugalah tak sampai. Mujurlah kami berlima dalam songthaew tu, nak buat asik lentang dalam tu pun takde siapa yang kisah.

"Atuk, kita nak ke mana ne?"
 Takde idea ke mana dan di mana kami berada saat ini..

Lapar weii! Walaupun, lepas satu, satu plastik biskut kami buka tapi manalah kenyang huhuhu.

Bila perjalanan mula mendaki, rentak songthaew yang dah sedia semput bertambah semput. Janganlah buat pasal. Kami buat kesimpulan, kami menuju ke kawasan pergunungan tapi masih takde idea mana penghujungnya. Bila songthaew mula memasuki kawasan 'taman' dengan bungaan pelbagai warna, kami dah start teruja. Cantiklah pula tapi tunggu dulu....
 Phu Foi Lom

Kami takde idea apa nama tempat ini (dah balik, google barulah tau kami ke Phu Foi Lom). Tiada bayaran masuk di sini. Turun songthaew konon terus nak p ke taman bunga tapi bunga tapi kena perambat dengan atuk songthaew ke trek hutan. Errr, takkan nak kena trekking kot? Panas terik macam ne? Tak sanggup!
Hah, ada sapa-sapa yang boleh tolong translate?

2 kali kot kami cuba larikan diri dari dipaksa trekking masuk hutan, tiap kali tu jugalah kantoi dengan atuk. Sianlah pula sebab atuk kata view kat atas tu cantik. Dalam terpaksa-rela kami turun jugalah ke trek, demi atuk songthaew huhuhu.  Dalam terik matahari tu pun kami startlah trekking masuk hutan. Benci, banyak anak tangga huhuhu. Tiba-tiba,

"kus semangattttt!!"
Motip ada dinosaur dalam hutan?

Apa kes derang letak replika binatang liar tengah-tengah hutan macam ne?Haih, nak je patah balik tapi bila tanya kawan-kawan derang bagi idea teruskan sampai ke puncak. Alang-alangkan? Melepasi dinosaur dan model 'revolusi manusia', trek adalah bongkah batuan. Tapi jangan risau, treknya pendek aje pun. Bila sampai ke puncak, dapatlah tengok view Udon Thani (saya tak ambil gambar pun, malas hehehe). Sambil lalu di puncak kami turun dan bergerak keluar.
 Trek menuju ke puncak
Hah ko, yang ne memang hampir nak tercabut jantung dibuatnya sebab terkejut huhuhu

Sebenarnya trek di sini dalam bentuk bulatan; tak kisahlah nak start dari mana dulu pun..
Di trek menurun, ada harimau. Nasiblah bukan harimau betul, kalau tidak harus jadi lauk kami tengahari tu huhuhu.

Sedikit info, Phu Foi Lom ini terletak 30km dari Udon Thani dan 50km dari Kumphawapi. Ianya merupakan sebahagian daripada Pan Don Pa Ko National Reserve Park, dengan keluasan meliputi 60,000 ekar. Trekking dan camping merupakan antara aktiviti utama di sini.

Dari kawasan trekking kami bergerak menuju ke taman bunga. Fuhh, panas terik menggiler. Tak sanggup ok nak berjalan. Sementara kawan-kawan dengan dunianya, saya ambil kesempatan untuk berteduh di bawah pokok. Apa yang pasti, takde nafsu pun nak ambil gambar. Puas di sini, kami bergerak ke songthaew dan minta atuk untuk kembali ke Udon Thani ajelah. Tak perlu dah nak singgah di mana-mana, tak sanggup.
 Cafe

Menarik atau tidak Phu Foi Lom ini? Secara peribadi, setelah kami singgah di Jim Thompson Park dan melihat red lotus, tak singgah di sini pun tidak mengapa. Tak rugi pun. Kalau nak singgah juga, apa salahnya. Di sini juga ada air terjun yang tidak kurang menariknya cuma kami tak sempat nak nak singgah kerana cuaca yang terlalu terik dan kami sendiri dah terlalu penat dan kelaparan.


*bersambung untuk perjalanan menuju Loei.

You Might Also Like

13 comments

  1. Replika kincir angin Belanda itu ukurannya kecil kah Mbak Zilla ? Boleh masuk manusia ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak ayam aje yang lepas masuk mas gunadi..nampak je besar tu sebenarnya kecik aje...sebelah kaki saya pun tak muat nak masuk hehhee

      Delete
  2. cantiknyaaa, bertuah dapat jalan jalan weeee

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. bolehlah..nak kata cantik sgt tu, tidaklah kot... *jujur ne!hehehe

      Delete
  4. Replies
    1. acik smile, deco di Thai mmg cun..kreatif derang ne..toilet pun cun giler derang deco, kalau cafe apatah lagi heheh

      Delete
  5. Replies
    1. normal lah tu En.Khai...perjlanan panjang, rehat pun tak berapa nak cukup...penat tu harus hehehe

      Delete
  6. Kesian Atuk tu ,sampai semput songtheaw tu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. En.Khai, atuk tu mmg epik ahhh..rasa mcm nak tolong je dia tekan minyak kasi laju sikit :D

      Delete

Subscribe