Thailand 2014 : Day 4 (Part II) ~ Phu Kradueng, Loei

Thursday, January 29, 2015


Saya sendirian di khemah. En.AB dah pun patah balik ke trek awal untuk cari dan tunggu kawan-kawan yang lain. Nak masak, sah lah tak boleh kan? Nak tidur, tak lalu ahhh. Sambil-sambil mengisi masa yang ada, kita jalan-jalan sekitar Phu Kradueng; kita tengok apa yang ada di sini.
Mereka yang baru tiba di tapak perkhemahan
Visitor center; kalau teringin nak charge hp, camera dan sebagainya boleh buat di sini. Saya tak ingat berapa bayaran yang dikenakan untuk sekali service.
Ingat tak entry sebelumnya saya ada ingatkan suruh simpan resit sewa alatan perkhemahan? Di sinilah, kawan-kawan perlu kemukakan resit tersebut. Nanti ranger akan check satu-persatu sebelum bagi kebenaran untuk kita ambil barangan yang disewa
Toilet perempuan, bersebelahan dengan kaunter penyewaan barang perkhemahan. Jangan risau, di sini banyak disediakan kemudahan toilet. Kebersihan toilet memang terbaik; orang Thai memang pembersih

Porter sedang beristirehat
Khemah-khemah untuk disewa, pilih aje mana yang berkenan. Tak perlu nak berebut sebabnya di sini ada beratus khemah yang dah sedia untuk diduduki
Khemah kami. Sebenarnya khemah-khemah ini max hanya untuk 3 orang tapi kami sumbat 4 orang.

Puas bergambar apa yang patut, saya kembali ke khemah dan angkut barangan peribadi terus ke toilet untuk mandi dan sebagainya. Air, tak ubah macam mandi dengan air batu. Kejung urat-urat dibuatnya. Tak sanggup; mandi pun style bujang lapuk hehehe (yang penting, mandi :D). Hot shower jangan berangan lah derang nak sediakan. Satu yang saya perasan di sini, minah-minah Thai memang sangat menjaga penampilan diri. Berjam mandi, tak tahulah berapa tebal lapisan kulit masing-masing huhuhu. Siap basuh rambut lagi, adehhh wa salute berganda ahhh. Tu baru bab mandi, belum lagi bab derang makeup, siap pakai bulu mata helang pelsu lagi, perghhhh sangat! Kalau nak buat perbandingan antara kami dengan mereka ini, memang bak langit dengan bumi *selekeh hehehe.

Settle perkara wajib, mati kutu tak tau nak buat apa hehehe. Dalam jam 4.00pm, kedengaran pengumuman dari ranger bertugas untuk mereka yang berhajat untuk layan sunset perlu berkumpul di hadapan pejabat ranger jam 5.00pm. Untuk sunset, pengunjung akan diiringi ranger ke Pha Lom Sak Cliff, berjarak hampir 10km/one way dari tapak perkhemahan. Giler babeng ok!hahaha. Sedar diri, tak sangguh ahh nak menapak sejauh itu hanya untuk sunset. Lagi pun kawan-kawan masih belum kelihatan, takkan saya nak tinggal mereka macam itu sahaja. Kata, susah senang sama-sama, kan?. Lain kalilah. 

Di sini juga ada disediakan service sewa basikal. Kuantitinya memang terhad, jadinya siapa yang cepat dialah yang dapat. Harga, sorry tak ingat hehehe.
Kalau ke Phu Kradueng wajib singgah di air terjunnya. Boleh pergi dengan berbasikal atau pun trekking.
Selain air terjun, di sini juga banyak cliffs yang boleh kita singgahi; mau dengan tidak aje nak terjah kesemua tempat yang ada.

Dalam 4.30pm, saya nampak kelibat JM. Happynya tak tau nak cakap. Terus tanya khabar kawan yang injured katanya kedua belah kaki beliau mengalami kekejangan. Kesian, mesti seksa giler nak menapak di 1.3km terakhir. Saya biarkan JM berehat terlebih dahulu, dan kami ambil keputusan untuk ke gerai yang ada mencari hot water untuk buat milo.
Tiba di gerai makanan, tiba-tiba nampak kelibat rusa liar. Besarnya. 

Dari nak beli hot water kami borong terus makanan untuk dinner. Macam biasalah jenuh nak bagi mereka paham apa yang boleh dan tak boleh kami makan. Kami cuma order nasi putih, telur dadar dan somtam. Itu pun kami diberi kebenaran untuk masuk ke dapur mereka dan pilih apa yang ingin kami tambah dalam telur dadar dan somtam. Selebihnya, tawakal; makan tanpa rasa was-was.
Layan sunset dari tapak perkhemahan berdekatan warung makanan

Kembali ke khemah, happy tengok PM dan Nik dah pun sampai. Alhamdulillah. Bangga dengan semangat Nik, walaupun sakit tapi berjaya juga sampai ke puncak. Bila semuanya dah ready, kami layan dinner depan khemah dengan bertemankan head lamp sahaja huhuhu.
View senja dari khemah kami.

Dalam jam 9.00pm, sekali lagi kedengaran pengumuman dari ranger untuk sunrise keesokan paginya. Kami diminta berkumpul jam 5.00am di hadapan pejabat ranger. Sunrise, haruslah pergikan?

Hari yang sangat panjang dan meletihkan. Apa yang dilalui kami berlima sepanjang hari ini memang diluar jangkaan. Namun, syukur semuanya selamat.

* bersambung

You Might Also Like

17 comments

  1. Wah akhirnya juara ke-2 sampai puncak Mbak JM. Tahniah.
    Unik Puncak Phu Pradueng, Datar banget. Tidak seperti puncak-puncak gunung yang ada di Jawa. Gunung setinggi itu, masih hidup Pohon-pohon besar. Pelik. Kalau di Jawa, puncak-puncak gunung hanya bisa tumbuh perdu kecil atau savanah saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah dianya mas gunadi...masing2 ada keistimewaannya..kalau ikut sejarah yang saya baca, phu kradueng ini dulu sebenarnya sebahagian dari lautan dan kerana itulah puncaknya berpasir halus seperti di pantai..mungkin kerana itu juga, tumbuhan yang ada kawasan ini juga berbeza seperti lain2 tmpt :-)

      Delete
  2. kagum semangat semua yg mendaki:)priceless experience..

    ReplyDelete
  3. Besaq gila rusa ! Memang dia berkeliaran gitu je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rusa liar tu dan memang dia berkeliaran di situ..siap masuk dalam warung nak cari makan...derang kata bukan takat rusa je ada di situ, binatang2 liar yang lain pun banyak..gajah dan sebagainya tapi kami tak pula nampak yang lain..

      Delete
  4. bestnya bermalam dalam khemah sambil tengok sunset.. perlu dicuba juga ni nanti.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. silalah cuba anil hehehe...sesekali berkhemah, syok apa ;-)

      Delete
  5. Aduhai Zilla..nekcik mapu tengok gambar jerlah..tak mampu nak ikut orang muda nii

    ReplyDelete
    Replies
    1. nekcik, takpelah.doakan saya sihat sejahtera ya agar byk lagi tmpt mampu saya explore..saya ne bebenornya bukannya muda lagi, dah tua pun nekcik ;-)

      Delete
  6. Tido dlm khemah yg sejuk gila, fuhhh baju 2 lapis ,jaket lgi masuk dlm
    sleeping bag pun sejuk lagi. Tambah kedengaran muzik org mengorok pulak.....kruuukkk kraaakkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. muzik lantar tu haruslah en.alias...nak meriahkan suasana hehehe...

      Delete
  7. Tabik sungguh aku dngan semangat ko dan kawan-kawan Zilla. Aku baca dari awal kisah ko mendaki berdup dap. Itu baru baca. Kalau sendiri buat, mahu manangis berkati-kati. Sekali lagi, aku sangat tabik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih BK...alahai, bebenornya kalau aku sorang2 pun belum tentu lagi aku mampu buat...

      Delete
    2. ape yg penting...kerjasama!! salute lah...

      Delete

Subscribe