Bukit Keluang, Besut, Terengganu

Thursday, February 26, 2015

Memang ngidam nak p sini lepas hajat nak ikut Jard ke sini tak kesampaian. Kebetulan pula, waktu CNY kami sekeluarga ke Besut untuk hantar sepupu nikah di sini, teruslah ambil kesempatan yang ada. Nasiblah rombongan 'kak kiah' kali ini ramai sepupu-sepupu lelaki yang turut serta. Macam biasa tabur racun kat derang ne "view atas Bukit Keluang macam New Zealand....", semua pakat teruja hehehe.

Oleh kerana kami dari Kg.Lok Lak, jarak dari kampung ini ke Bukit Besut ini sekitar 20-30 minit sahaja. Direction berpandukan arahan yang diberikan Jard dan pekerja di stesen minyak. 

Direction
Kalau dari Kg.Lok Lak, di simpang empat berdekatan Masjid Ulul Albab masuk kiri (Petronas) dan terus aje. Nanti akan jumpa bulatan, terus juga sampailah korang masuk pekan Kuala Besut (jeti ke Pulau Perhentian) ambil kanan dan naik jambatan, terus je sampai hujung. Dari sini dan banyak singboard ke Bukit Keluang, ikut aje.Di penghujung jalan, kiri untuk ke pantai (ada trek bertangga di sini) manakala kanan juga ada trek (ada parking dan pondok); terserahlah nak ambil trek yang mana satu.

Kami belok ke kanan sebab tak tahu pun ada trek dari pantai huhuhu. Sampai-sampai je, tengok depan erk! Macam tak ready je. Mana taknya dalam kereta dah macam-macam yang kami sumbat masuk perut. Saya sendiri pun tak bawa kasut yang bersesuaian cuma pakai sandal dengan tapak yang tak berapa nak ok (tunggu masa nak putus huhuu). Jadinya, belasah ajelah huhuhu.

Saya pegang kata-kata Jard, 50minit sahaja masa yang diambil untuk naik dan turun dari bukit ini. Namun, saya lupa bertanya mengenai treknya. Dari awal lagi, trek mendaki dan terus mendaki. Keadaan treknya agak licin, berbatu dan kurangnya dahan untuk berpegang dan berpaut. Jadinya, pandai-pandailah nak adjust diri agar tak tergelincir sebab treknya yang licin.
 Sebahagian trek
Akar bonsai
 Dalam 25 minit berjalan semput macam nak mati, kami tiba juga di puncak bukit. Subhanallah, tak tau nak kata apa. Lautan lepas saujana mata memandang!
Mereka tanpa saya huhuhu
 View dari puncak, fuhh tak tahu nak kata apa. Korang patut try ke sini pula..
 Pondok rehat.

You Might Also Like

25 comments

  1. Haish... tak blh jadi ni org Ganu pun x sampai lg ni zilla. Huahuahua

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..nani, kalau plan nak ke sini rogerlah saya ekk..manatau kena date boleh trun sana sekali lagi..kita camping kat pantai, nak? hehehe

      Delete
    2. ntah nya, kita baru riki2, sekali tgk zilla dah sampai...

      Delete
    3. anne, korang bila2 boleh p kot..izinkan org jauh ne jejak dulu ekk hehehe

      Delete
    4. erk, selalunya orang dekatlah yang susah nak jejak. orang jauh selalunya jejak dulu... hihihi

      Delete
  2. Replies
    1. sangat cantik anil..blh layan sunrise juga di sini..

      Delete
  3. lawaaa...budak kecik tu pun lepas naik..hebatlah semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. semput dzu..budak tu antara yang trawal sampai kat atas..org lain tercungap2 tak cukup oksigen, dia boleh berlari naik ke atas...mmg tak terlawan stamina dia huhuhu

      Delete
  4. Canitk view.....menambat jiwa.....thank you...insyallah bila saya ke Besut nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. En.Khai, wajib singgah di sini tau..pantai dia pun cantik utk lepak2 (wpun byk sampah huhuhu)

      Delete
  5. Ni dekat dgn tempat saya belajar ni...

    ReplyDelete
  6. Macam mana saya boleh tak tahu tempat ni?
    Ini tidak adil...nak kena pegi jugak ni kekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..pergi jgn tak pergi...nanti menyesal ;-)

      Delete
  7. mmg berbaloi lah view kat atas tu selepas 25 jln semput sampai nak mat* tu heheheeh

    cute2 je adik2 dan sepupu Zilla tu...mcm Zilla gak..

    ReplyDelete
  8. hahahaha... sorry zillaaa... apsal tak pakai kasut yg sesuai..??

    ReplyDelete
  9. Hi, nice to view your blog. I'm planning to have a visit to bukit Keluang too. Wanna ask if we need a tour guide to reach hill top?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Young,

      No need to take tour guide..just follow the trek to reach hill top..

      Delete
  10. Terima kasih for the info, dah 2 kali sampai pantai tu sebelum ni tapi dalam tahun lepas baru tau ada bukit boleh panjat gak. Trek dari pantai macam mana pulak? Bertangga sampai atas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk trek pantai saya tak pasti mcm mn keadaannya sebab tak try pun...

      Delete
  11. Kne pakai tourist guide tak naik? Trek jelas tak? Heheh takut sesat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emm, saya tak pakai guide pun..guna konsep aci-redah..actually, treknya jelas dan ada penanda yang disediakan..lagi satu, ramai je pendaki yang naik bukit ne..kalau tak confident, boleh join mereka ini..InsyaAllah takkan sesat..

      Delete

Subscribe