Rinjani 2015 : Day 1 ~ Menuju Desa Sembalun

Monday, July 06, 2015

Rinjani 2015 : Persediaan Awal

Kami tiba di Ngurah Rai sekitar jam 12.00 tengah malam. Memang takde rencana pun nak bermalam di Bali. Keluar dari balai ketibaan kami terus bergerak mencari surau untuk menyelesaikan urusan tertunda. Boleh tahan tersoroknya juga lokasi suraunya. Puas kot kami mundar-mandir mencari di mana kedudukannya.  Selesai semua urusan, kami didatangi oleh Pak Komang dengan menawarkan servicenya. Kami ditawarkan Rp400,000 untuk ke Pelabuhan Lembar. Err untuk kami berdua memang mahal lah walaupun kami dah sedia maklum memang itulah harganya. Setelah puas tawar-menawar dan memujuk rayu, harga terakhir adalah ke Rp350,000. Oklah tu. Jimat Rp50,000 hehehe.

Perjalanan ke Padang Bai diiringi dengan hujan renyai-renyai. Pandang ke atas awan juga kelihatan agak tebal saat itu. Cuak dan doa tanpa henti moga perjalanan kami malam ini akan selamat semuanya. Kami tiba di terminal feri Padang Bai sekitar jam 2.++am. Keadaan terminal pagi ini memang sangat lenggang. Kami terus ke loket/kaunter tiket untuk beli tiket penyeberangan ke Pelabuhan Lembar, Lombok dengan tambang Rp44,000/person. Nasib kami agak baik pagi tu sebabnya feri dah memang sedang bersedia untuk berangkat. Dalam jam 2.30am feri mulai bergerak perlahan-lahan menuju Lembar.

Perjalanan dijangka mengambil masa sekitar 4 - 6 jam bergantung kepada keadaan laut. Doa tak henti ok, moga perjalanan kami ini dilindungi-Nya. Ubat muntah memang kami dah telan, dan gara-gara itu memang pengsan seketika dibuatnya. Saya tersedar kembali sekitar jam 3.30am bila merasakan pergerakan feri yang tak ubah seperti roller coaster. Kecut perut! Mulai saat itu, keadaan makin terasa menyeksakans. Lori-lori yang berada di bahagian bawah mulai menghentam dinding feri; makkk, takut!! Dalam membayangkan yang bukan-bukan, tengok partner di sebelah wahhh sikit punya syok dia layan tidur. Apa pun tak sedar!hahaha! Keadaan kembali tenang sekitar jam 5.++am. Bila merasakan keadaan feri yang sudah stabil, saya kejutkan teman sebelah dan kami bergilir ke musholla untuk urusan wajib. Sempatlah layan sunset dari bahagian atas feri.
Matahari mulai kelihatan. Gunung yang kelihatan, itulah Rinjani.

Ketibaan kami di Lembar disambut oleh Pak Tofan. Kos penjemputan ini sudah termasuk dalam pakej yang ditawarkan oleh Pak Madil. Saya sebenarnya sudah lama mengenali Pak Tofan ini kerana sewaktu kunjungan kali pertama ke Rinjani 2 tahun lepas, beliau merupakan salah seorang dari porter yang mengiringi kami. Kiranya pertemuan kali ini seperti pertemuan teman lama. Dari Lembar, kami berangkat menuju ke Mataram untuk menjemput Jard dan Acat yang menginap di Minabi Guesthouse. Bila semua dah ada, perjalanan sebenar bermula menuju ke Desa Sembalun di mana Pak Madil sedang menunggu ketibaan kami.

Perjalanan ke Desa Sembalun adalah melalui Lombok Tengah. Jadinya, pemandangan memang sangat memukau. Dari kejauhan lagi Rinjani dah kelihatan dengan gagahnya tanpa sebarang halangan yang menutupi puncaknya. Memang saat ini terasa terujanya. Pemandangan lebih memukau bila kami mulai memasuki daerah Sembalun. Tiba satu lokasi, Pak Tofan memberhentikan mobil dan kami berehat di situ menikmati secawan kopi panas.

"Nah, itu yang kelihatan adalah Desa Sembalun..seperti sebuah  kota yang hilang ya"..

"SubhanaAllah..." 

Tak tergambar dengan kata-kata keindahannya. 

Nun yang kelihatan, itulah Desa Sembalun
Laluan menuju ke Desa Sembalun
Sebahagian gunung-ganang yang ada.


"Pak Madil nelpon. Katanya mau makan apa? Mee atau nasi goreng? Mau disiapin."

Siap ada pilihan menu buat kami tengahari tu. Oleh kerana masing-masing memang kelaparan haruslah nasi goreng dengan tambahan sambal cili special Pak Madil menjadi pilihan kami. 

Puas berehat, perjalanan kembali diteruskan. 
Menghampiri Desa Sembalun.

Oleh kerana pemandangan di kiri/kanan sangat memukau kali ini kami meminta Pak Tofan berhenti untuk foto-foto.
Bukit Pergasingan?
Kami berempat
Macam-macam jenis tanaman yang kelihatan; sawah padi, kentang, tomato dan sebagainya.

Tak lama pun kami berhenti kali ini sebab perlu bergegas ke rumah Pak Madil. Tiba di sana, tak panas pun montot bersantai di lantai rumah kami dihidangkan dengan makan tengahari.
Nampak je sikit tapi banyak giler. Boleh makan 2 orang kot - pecah perut kekenyangan.
Dari awal lagi saya dah request sambal cili Pak Madil ini. Terbaik!!
Rinjani dari halaman belakang rumah Pak Madil

Kenyang! Kami dimaklumkan oleh Pak Madil sekitar jam 3.00pm kami akan bergerak menuju Bukit Pergasingan. Tengok jam, lambat lagi. Tak sanggup dah nak tunggu. Jadinya kami buat keputusan unuk mendaki Bukit Pergasingan sejurus selepas solat Zohor. Sekurang-kurangnya biarlah sampai awalkan?

*bersambung

You Might Also Like

27 comments

  1. fuhhhh bestnya......zilla ...sah tak sampai la sya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi aje encik....kalau x mendaki pun byk tmpt menarik di kawasan sekitar tu..

      Delete
  2. Kawan ada sebut pasal Rinjani ni, teringin juga nak tengok maccam mana tempatnya. Update blog cepat ye hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Radin, rinjani x byk gmbr..tak larat nak pegang kamera..penat hehhee

      Delete
  3. kena badai di laut memang menakutkan. untung semua selamat. memang selalu beruntung mbak Zilla kayaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu lah saya x suka laut mas gunadi kerna pgalamannya tidak pernah bersahabat huhuhu

      Delete
  4. siapalah teman Zilla tu kan,,,tido mati...kalau feri tenggelam pun belum tentu dia sedar ahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, JM.saya terfikir juga benda yang sama..mulanya maybe sebab ubat muntah tu kot sampai pengsan laghu tu tapi bila difikir2 kan balik rupanya semua tmpt dia boleh bantai tidur lena walaupun mcm2 jadi di luar khemah..untung betul jadi dia hehhee

      Delete
  5. Errr! Boleh imagine apa yg Zilla cerita keadaan di dalam feri. Takutnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bearcat, saya paling takut waktu lori2 tu dok hentam dinding feri sebab saya tau ombak mmg tinggi..waktu tu mmg tak tau nak bt apa dah..mmg doa byk2 jgnlah karam tengah laut tu..tapi yg syok dlm takut2 tu saya terlena sat siap mimpi feri karam dan dolpin dtg selamatkan saya hehehe

      Delete
  6. Subhanallah. cantiknya!!! akak pergi lagi tak tahun depan? nak ikut!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg ada plan nak repeat syza..cuma x tau bila..

      Delete
  7. takutnya naik ferri cenggitu. salute lah jm boleh lena tido. JM! sila turunkan ilmu!!! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jea, tak penah ada pgalaman manis pun tiap kali sebarang ke lembar
      ..sebab tu saya agak fobia bila memikirkan perlu ambim feri lagi..mmg dah agak dah perkara mcm ne akan jadi...

      Hahhaa..JM, apa lagi sila turunkan ilmu anda...

      Delete
  8. cili Lombok memang pedas ! btw, sanggup naik feri di tengah ombak kuat Selat Lombok tu...saya hari tu pun terasa pening...

    ReplyDelete
    Replies
    1. awalnya nak ambil flight irdhi tapi lagi seriau kot...nak tak nak kena ambil feri juga...saya x pening sebab dah makan ubat muntah dari awal..lagi pun kami dapat baring atas bangku kongsi so kurang sikit rasa alunan lombak..klau tidak agaknya saya mesti dah tersungkur melayan mabuk

      Delete
    2. Saya dulu 8 jam di atas kapal, siap borak ngan aunty German dan anaknya berjam-jam...haha...gegara kapal tak boleh masuk Padang Bai, dermaga rosak...
      seronok kan naik kapal, diayun ombak...:D

      Delete
    3. saya pnh ada pengalaman seperti ini 2 tahun lepas..siap boleh layan dolphin lagi dari feri hehehe...

      seronok yang amat, irdhi! :D

      Delete
  9. Cantiknyaaaa Lombok Tengah. Kami hari tuh sampai dah nak dekat maghrib. Memang xnmpk apa. Hihi

    ReplyDelete
  10. which one is u in the group photo??? hehehe

    ReplyDelete
  11. ya Allahhhhhhhh... sedapnya makanan sepanjang trip pendakian ini.. kan zilla.. jadi rindu pada makanan dia. hahaha

    ReplyDelete
  12. wahh bestnye dapat hiking kesana! mudahan sy dpt kesana one day :) amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..mudah2an satu hari nanti impian tu tercapai :-)

      Delete

Subscribe