China Autumn Trip 2015 : Mt Gongga - Hailuogou Glacier Park (Part II)

Monday, November 23, 2015

Sambungan dari China Autumn Trip 2015 : Mt Gongga - Hailuogou Glacier Park (Part I) 

Turun dari cable car kitaorang terus gerak untuk tengok glacier. Kat sini ada glacier 1 dan glacier 2. Untuk glacier 1 mereka ada sediakan platform dan anak disediakan untuk turun ke bawah tapi masa kami ke sini, mereka tutup laluan anak tangga tu. Untuk glacier 2 pula, takde platform. Hanya perlu dongakkan kepala ke arah bersebelahan dengan glacier 1.
Laluan untuk ke glacier 1.

Glacier 1 : main landscape of Hailuogou Scenic Spot. It is 14.7km in length, 2850m - 6750m above sea level and cover an area of 25.71 square km. It is distributed in the form of three steps high - low; 1st step is Neve Basin, 2nd step is large ice fall and 3rd steep is glacier tongue.
Glacier 1 - memang saujana mata memandang.
Kebetulan waktu kami tiba di sini ada pengunjung tengah foto-foto (tak tahulah pengantin ke apa mereka ini). Kitaorang minta izin untuk rakamkan wajah mereka berdua.
Masih awal pagi tapi kabus dah mulai naik. Jadinya, kalau nak ke sini janganlah lewat sangat, takut kabus tebal menutupi pemandangan.

Keadaan di sini, memang sejuk beku. Kebas kaki/tangan dibuatnya.Gara-gara suhu yang super dingin, perut pun cepatnya berkriuk kelaparan. Dalam 10.++am, kami dah buka bekal nasi lemak dengan sambal ikan bilis. Walaupun nasi dah sejuk beku tapi tetap licin. Lapar punya punya pasal, kan? 
Waktu macam nelah campak apa saja semua jadi sedap hehehe.

Dari glacier 1 kitaorang berpatah balik untuk ke Red Stone Beach. Waktu ne memang terasa perit sangat dada. Setiap langkah yang diambil terasa lelah sangat. Kepala pun semakin berdenyut. Kawan-kawan yang lain pun dah mengadu sakit kepala. Beberapa kali jugalah kitaorang berhenti untuk tenangkan diri.
Glacier 2 dan sebahagian dari Mt. Gongga

Glacier 2 : with lowest altitude of 3640m, it covers an area of 4.9 square km and is 4.8 square km in length. It belongs to valley glacier.
Zoom sikit untuk glacier 2.


Di sini ada temple yang menjadi kunjung pengunjung. Tepi-tepi tu ada bangku-bangku disediakan untuk pengunjung dan ada juga kedai menjual cenderamata/tong oksigen, makan/minuman dan sebagainya. Kitaorang memang berhenti lepak di tepi temple ini untuk rehatkan diri dan ambil nafas. Sempat telan panadol di sini untuk kurangkan sakit kepala tapi tak membantu pun. Memang teruk sangat rasanya saat ini.
Salah satu puncak yang ada dari temple.

Kali ini makin kami bergerak ke atas untuk ke Red Stone Beach, makin teruk keadaan kami. Sekali lagi kami berhenti untuk perbetulkan pernfasan kami. Mana yang larat, memang teruskan perjalanan tanpa kami yang pancit. Tiba-tiba ada satu group local (cun giler minah ne) datang dan offer oksigen pada salah seorang dari kami. 3 kali sedut, barulah beliau ok. Bila lihat dia kembali segar, kami berdua buat muka tak malu nak minta sedikit oksigen dari minah tu. 2x sedut, memang terasa bezanya. Nafas dan kepala kembali menjadi ringan.
Untuk lihat Red Stone Beach, pengunjung perlu mendaki ke atas.
Red Stone Beach yang tak berapa nak merah. Salah timing kitaorang kat sini. Silau cahaya matahari membuatkan warna merah tidak berapa nak kelihatan.
Sebahagian dari batuan yang ada.

Di Red Stone Beach lain pula jadinya. Dalam nak membiasakan diri dengan ketinggian kami saat itu tetiba pula kami di'kejar' dengan pokcik/mokcik mainland dan diminta untuk menjadi model gambar. Bukan sekeping tapi rasanya berpuluh-puluh keping kot gambar yang mereka ambil. Dari berkumpulan sampai sorang-sorang mereka ambil gambar. Ishh sangat tak kuasa. Sampaikan waktu nak buang hajat di toilet pun derang boleh minta kami beraksi. Kat Malaysia pun tak pernah kena serbu macam ne, alih-allih kat tempat orang pula *haih! Tak larat nak layan mereka ini, kami ambil keputusan untuk balik! Cukuplah.
Bas sedang menunggu di campsite 3.

Perjalanan turun secara mendadak membuatkan kepala kami kembali sakit. Kepala macam nak pecah dan tekak pula mula meloyan. Dalam bas, memang dok tahan jelah jangan sampai muntah - malu kot! Pertengahan perjalanan, kami diminta turun dari bas dan diminta menapak turun. Hah, giler betullah! Waktu nelah derang sibuk nak turap jalan. Dengan separuh rela menapak jugalah. Tiba di satu lokasi, bas sedang menunggu kami untuk dibawa turun ke Tourist Information Center. Tiba di destinasi akhir, cari toilet dan selambak muntah! Mulai dari situ jugalah kami muntah-muntah dan sakit kepala hingga tiba di Kanding.

You Might Also Like

16 comments

  1. Replies
    1. Alhamdulillah Encik..puas hati sgt dgn trip kali ini

      Delete
  2. Cantik sungguh cuacanya... Wah glamer sekejap jadi model kat atas gunung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki kami, En. Mie..

      glamer? oh tidak..annoying kot huhuhu

      Delete
  3. Gambar no 3 tu sangat cantik! Saya perasan banyak gambar Zilla style ni...
    Macam mana nak dapatkan gambar macam ni? Zilla rendahkan kamera ke letak kamera atas tanah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar pengantin tu ke kay? em tu paras2 saya je tu...saya cuma rendahkan diri sedikit aje...

      Delete
    2. ohh yang tu..selalunya saya letak je atas tanah & shoot :D

      Delete
    3. OK TQ you Zilla. nanti bolehlah saya try!

      Delete
  4. Keindahan yg benar benar dasyat. Subhanalloh. Ngak kalah dgn pemandangan Yg di entry New Zaeland, mbak Zilla. Keren

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapikan mas gunadi new zealand ttp win ;-)

      Delete
  5. Teruk giler agip..lembik sepanjang hari..muntah tak usah ckplah, berkali2

    ReplyDelete
  6. Cantik nye view πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete

Subscribe