China : Permohonan Visa

Tuesday, November 03, 2015

Banyak sebenarnya blog yang berkongsi kisah untuk permohonan visa ke China ini. Sepanjang proses 4 hari permohonan diserahkan, memang berdebar-debar. Janganlah permohonan saya di reject. Manalah tahukan? 

Untuk apply visa ne sebenarnya terserah pada kita rajin ke tidak untuk turun ke service center di KL nun. Macam saya sendiri, awalnya memang malas giler kot nak pergi. Call beberapa agent di sekitar Putrajaya ne derang bagi harga dari RM135 - RM140 untuk wakilkan mereka untuk settlekan urusan visa ini tapi bila kira-kira balik, lagi murah kalau pergi sendiri. Cuma nak ke KL tu alahai malasnya. 

Untuk borang permohonan, ada beberapa cara sebenarnya boleh kita lakukan. Terserahlah nak pilih yang mana:
  • Download borang permohonan dan isi secara manual -> Download
  • Permohonan secara online ->  Borang Online. Saya guna cara ini sebab malas nak menulis. Bila dah siap semuanya, sila print dan lampir sekali bersama dokumen yang lain.
  • Pergi service center, ambil dan isi borang di situ.
Online form - ikut aje arahan yang diberikan

Selain dari borang permohonan, sila bawa dokumen ini bersama-sama :

  • Passport asal dengan tempoh sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh luput
  • Salinan passport
  • Borang permohonan yang telah diisi
  • Sekeping gambar ukuran passport berlatarkan cerah (putih atau biru)
  • Salinan itinerary
  • Salinan tiket penerbangan pergi dan balik

Bila semua dah ready, permohonan boleh dibuat di Chinese Visa Application Service Center Kuala Lumpur.. Untuk direction ke sini, boleh rujuk di blog En. Khai. Misal kata dalam satu group tu ada ramai ahli jemaah, tak perlulah semuanya turun padang ke KL nun. Wakilkan aje pada seorang untuk submit permohonan.

Harga visa untuk single entry adalah RM88.30 termasuk gst dan mengambil masa 4 hari untuk siap. Bayaran perlu dibuat waktu kita collect visa tu nanti bersama-sama pickup form. Untuk lebih detail untuk kadar bayaran boleh rujuk jadual di  bawah.
Kadar bayaran terkini
Lega, siap tanpa sebarang masalah.


Alamat
Chinese Visa Application Service Center Kuala Lumpur
Level 5 (application) & Level 6 (collection)
Hamsphire Place Office
Jalan Mayang Sari
50450 Kuala Lumpur
Submission : 9.00am - 3.00pm
Collection : 9.00am - 4.00pm

You Might Also Like

11 comments

  1. Aik, bila nak ke China ni? Bukan nak ke Korea kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila Zilla nak ke Korea ya? Saya baru balik dari Seoul, sejuk sangat kat sana *_*

      Delete
    2. InsyaAllah, hujung bulan ne Kay...emm sejuk yang melampau2 ke? harap2 ada harapan nak merasa salji trun kat sana nanti huhuhu

      Delete
    3. Hehe agak melampau sebab hari saya sampai tu suhu dia 0, paling panas pon bawah 10. Baru bulan 10 kot! Ada matahari tapi angin dia sejuk mencucuk, so saya predict (cewah!) tahun ni musim sejuk awal dan lama. Kalau maintain sejuk jee, insyaAllah dapat salji awal bulan 12 nnt :D

      Anyway, have a safe trip to China!

      Delete
    4. fuhhh, autumn pun dah cecah 0 kalau winter macam mana lah tu...mmg harap sgt ada salji, kay...asyik mandi hujan je, sesekali teringin gak nak bermandikan salji hehehe

      Delete
  2. Nyaris selisih dengan Zilla ... saya buat pada 24 Okt... hehe

    ReplyDelete
  3. Bila date nya Zilla? Kot2 terserempak kat airport.
    Nak pinjam Winter coat tak?

    Heheh

    ReplyDelete

Subscribe