Tasik Cermin, Ipoh

Thursday, January 28, 2016

Dah lama teringin nak ke sini, akhirnya sampai juga. Pertama kali tengok lake ini memang "wow". Keren bangat! Tak sangka di Malaysia ada tempat indah dan tersorok seperti ini. Dalam dok "wow..wooow..wooowww" tu terselit rasa kekecewaan melihatkan keadaannya yang tidak terpelihara. Mungkin lokasinya terletak di kawasan persendirian namun dari segi komersial saya rasa kalau tempat ini dipelihara pasti akan dapat menarik pelancong untuk singgah ke sini. Sayang sangat-sangat, lebih-lebih lagi bila melihatkan longgokan sampah di satu sudut. Kenapalah orang kita ne susah sangat nak bawa keluar sampah yang dibawa masuk ke satu-satu lokasi? 

Buat kekawan yang nak berkunjung ke sini, boleh waze Tasik Cermin . Kalau tetiba dibawa masuk ke kawasan kuari jangan pula takut dan risau, memang itulah jalannya. 

Layan gambar..
Hujung kuari..
Bukit batu kapur di sekitar Gunung Rapat. Tasik Cermin berada di sebaliknya..
Gua yang tembus ke tasik. Gelap dan dingin..
 Waaa cantikkkkk tapi dalam ne panas giler kot! Langsung tak berangin.
Sesuai nak santai-santai lapangkan fikiran

You Might Also Like

18 comments

  1. tak pernah sampai sini lagi..dan banyak lagi jugak tempat kat Malaysia tak sampai2 lagi..hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takper norh..belum terlambat lagi nak p bak kata org tua2 ;)

      Delete
  2. Waaah, tahun lepas jalan-jalan p Ipoh tatau pun tempat ni... Kena p Ipoh lg ni

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. idzwa,

      kalau nk p elok petang sikit..biar redup so reflection blh jelas kelihatan..lagi cantik kot time tu

      Delete
  4. kampung halaman... xtau pn ade tasik cantik ni. byk momok x tmpt ni??

    ReplyDelete
  5. Aduhaii Zilla..hedek nekcik..jap kat korea..jap lagi kat Ipoh pulak..waduh bekfes kat korea lunch kat ipoh gamaknya

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Tak pernah tahu pun tentang Tasik Cermin ni walaupun beberapa kali pergi Ipoh. Insya-Allah boleh buat trip ke sana. Sesuai sangat dengan jiwa hijau saya. Apa pun terima kasih atas info ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..

      Mungkin kerana kawasan ini terletak di private area tu yang kurang dikunjungi orang ramai...apa pun, harap info ini membantu saudara :)

      Delete
  7. walaupun pernah duk ipoh bertahun-tahun. tak tau plak ada tasik cermin. cantik pemandangan nya.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik..sesuai kalau nak cari ketenangan..cuma kalau perempuan tak saran p sendiri, agak bahaya..

      Delete

Subscribe