South Korea Winter Trip 2015 : Day 2 ~ Goindol Park & Songgwangsa Temple

Friday, February 05, 2016

Dari Naganeupsong Village kami bergerak menuju ke Dolmen Park. Time ne hujan dah mula turun dan suhu makin drop. Sejuk kot! Perjalanan lebih kurang sejam lebih jugalah nak sampai ke taman ini.

Goindol Park
Goindol Park atau dikenali juga sebagai Dolmen Park ini letaknya dekat dengan Juam Lake. Tak singgah pun tasik tu, sekadar jamu mata dari atas bas. Kawasan ini lebih kurang macam himpunan batuan dari zaman pra-sejarah yang dipindahkan dari Juam Lake waktu pembinaan empangan di situ. Katanya ada lebih kurang 140 bahan sejarah dihimpunkan di sini tapi dek kerana kami cuma diberi masa tak sampai 30 minit pun untuk cuci-cuci mata, rasanya tak berapa nak menghayati sangat apa yang ada di sini.

Info tambahan:
Bayaran masuk : 1,000 won (adult) dan 800 won (children)
Waktu Operasi : 9.00am - 5.00pm
Bas : Ambil bas no.63 di Suncheon Intercity Bus Terminal.
Peta kawasan Goindol Park
Tak ramai pengunjung di sini. Snow pun dah sikit-sikit ada di sini - sedikit teruja 
 Batu setongkol tak tau dari zaman mana - penerangan semua dalam bahasa mereka. Sekali lagi nganga tak faham apa...
Lagi batu seketul..
 Saki-baki autumn di sini. Ranum sungguh warnanya..

Songgwangsa Temple
Hah, ne kes tersilap naik bas. Patutnya nak pergi ke Seonamsa Temple. Apa pun dah alang-alang sampai kita enjoy ajelah walaupun tersilap lokasi hehehe. 

Dari parking lot ke temple ne kena menapak dalam 1km. Agak jauh tapi dah niat dalam hati memang nak nikmati pemandangan yang ada tu yang tak terasa sangat jauhnya. Di sini snow memang memutih di sesetengah tempat, happy bila tengok rakan-rakan lain teruja. Saya start jalan sendirian memasuki kawasan temple bila kawan-kawan yang lain ambil keputusan untuk stop di satu lokasi untuk bermain dengan snow. Emm, belasah ajelah. Lagi pun, kami diberi masa hampir 1.5jam di sini. Nak patah balik ke bas pun rasa macam tak berbaloi; lama lagi kot nak menunggu.
 Pintu masuk ke Songgwangsa Temple.
Tak tahulah apa maksudnya.
Lelah menapak dalam keadaan sejuk beku begini huhuu
Parit pun nampak bersih..
Waktu kami di sini banyak kawasan yang ditutup kepada umum untuk renovation.
Bangsal...

Dari Songgwangsa kami bergerak kembali ke pekan Suncheon. Hari yang panjang dengan macam-macam aktiviti.

* bersambung untuk hari baru.

You Might Also Like

0 comments

Subscribe