South Korea Winter Trip 2015 : Day 7 (Part II) ~ Dongdaemun Ikan Bakar & Bergerak Menuju Haeundae

Sunday, March 06, 2016

South Korea Winter Trip 2015 : Day 7 (Part I) ~ Winter Wonderland @ Namsan Park

Hah, nasiblah ya entry bercampur-campur; sat di Korea, sat lagi di Indonesia. Al-maklumlah jiwa tengah kacau, so blog pun jadi kacau bilau. Nasib saya tak masukkan entry Thai sekali, kalau tidak memang harulah dibuatnya hehehe.

****

Dari Namsan Tower kami bergerak menuju ke Dongdaemun untuk bertemu dengan Anna. Janji pukul 2.00pm tapi 4.30pm baru kami bergerak keluar dari Namsan Tower; janji Melayu sungguhlah haih! Ingatkan kitaorang dah lambat rupanya Anna pun lambat, terlena di guesthouse katanya. Nasiblah, kalau tidak kesian makcik tu lama menunggu. Oh ya, Anna ne sebenarnya bekas officemate saya. Beliau berhenti kerja dan jadi full time guide ke Korea. 

Myeondong Station, Line 4 - Dongdaemun Station, Exit 8

Dari Exit 8 untuk ke kedai ikan bakar, tak jauh mana pun. Pastikan JW Marriot berada di sebelah kanan dan Pyoung Hwa Clothing Market. Kalau nak detail perjalanan boleh singgah di blog nanyfadhly (malas nak explain panjang lebar). 
Ok dah sampai! Tergoda aihh 

Kelaparan dan kesejukan. Masuk-masuk je terus cari table dan minta menu. Giler kegelojohan melanda hehehe. Ikut nafsu semua bendalah nak try tapi bila congak-congak balik, err can not lah. Won pun tinggal nyawa-nyawa ikan. Haruslah berjimat cermat, jadinya kami ambil makarel bakar, stif-fried octopus dan spicy tofu. 
Akak berjaket oren tu pun orang kita. Asalnya akak tu sesat dan terserempak dengan budak lelaki berdua bertentangan dengannya tu. Tukar-tukar cerita then terus follow budak berdua tu sepanjang di Korea. Bagus begitu, sapa kata rakyat Msia sombong-sombong belaka waktu di over-the-sea hehehe.
Sila pilih mana yang berkenan di hati & sila jangan tamak hehehe

Dalam dok hu-ha-hu-ha dengan Anna, makanan pun sampai. Fuhh, mengancam jiwa sungguh! Tak pandang kiri kanan dah, terus belasah. Yummyyyy, giler sedap!! Lebih-lebih lagi dalam cuaca sejuk beku makanan makanan pedas giler nak mati; memang berpeluh dibuatnya. Patutlah ramai yang suka lepak sini, serius memang sedap! Harga pun berbaloi-baloi sebab satu set kami share bertiga (walaupun kena jeling dengan ahjumma). 
Semuanya sedap kecuali kimchi (maaf memang tak boleh masuk dengan rasanya)
 Spicy tofu (5,000 won) - bukan air mata je meleleh, air hidung semua keluar. Giler pedas tapi sedap.
 Ini fav kitaorang, stir-fried octupus (5,000 won). Tak cukup kot satu mangkuk ne, nak tambah err takut budget lari hehehe
Makarel bakar (7,000 won) - beli seekor percuma sebelah hehehe. Sedap sangat-sangat!

Puas hati! Kami keluar dari kedai dengan perut yang senak dan hati yang gumbira. Lepas muah-muah dengan Anna, kami terus berangkat ke Dong Seoul Bus Terminal. Maklumlah bas akan bergerak jam 6.50pm ke Haeundae. Satu insiden berlaku petang tu, satu tiket bas hilang. Puaslah kami mencari dalam hujan keliling terminal bas untuk tiket tu. Rupa-rupanya tiket tu diterbangkan angin dan berada di bawah bas bersebelahan bas yang bakal kami naiki. Hampeh dan syukur sebab tak perlulah salah seorang dari kami tinggal di Seoul kerana ketiadaan tiket. 

Perjalanan dari Seoul ke Haeundae mengambil masa sekitar 5 1/2jam. Perhentian terakhir adalah di hadapan Haeundae Station. Malangnya, subway dah tak beroperasi. Nak tak nak kenalah ambil teksi menuju ke Kim's Guesthouse di Namgu. Kalau ikutkan dari Haeundae ke Kim's Guesthouse ne takdelah jauh mana tapi berkali-kali sesat, emm redha ajelah. Tambang teksi itu malam itu adalah 11,000 won huhuhu.

Settle check in, kami bantai berborak sampai pukul 3.00am. Hari yang panjang...

You Might Also Like

3 comments

  1. Replies
    1. aku pula dok teringat2 keenakan octopus tu huhuhu

      Delete
  2. Ikan bakar tu memang sedap betul kan! Teringinnya Zilla!

    ReplyDelete

Subscribe