10D 9N Thailand Trip : Jalan-jalan sekitar Khao Kho, Petchabun

Monday, April 11, 2016

10D 9N Thailand Trip : Menahan Kesejukan di Khao Kho, Petchabun 

Khao Kho . Sri Dit Waterfall . Thung Salaeng Luang

Hari baru. Celik aje mata yang terlintas dalam kepala adalah sunrise. Terus buka pintu khemah dan jenguk keluar, ok langit dah mula bertukar warna. Cantik sungguh tapi mana lautan kabus yang saya dok aim seperti yang terpampang di blog-blog? Waaa, rupanya launtan kabus ne pun ada musim-musimnya juga. Cehh, ada sedikit kecewa di situ huhuhu. Sebelum bergerak keluar, sms Pijah katanya beliau dah pun tiba di terminal bas Petchabun.

Lepas bersihkan diri, saya dan Izza kami bergerak menuju ke main road untuk buru sunrise. Sayangnya, kawasan ini dikelilingi gunung-ganang. Yang dapat dillihat serakan warnanya aja sedangkan mataharinya sampai hujung dunia (konon) kami berjalan tetap tidak kelihatan. Jadinya, layan ajalah apa yang ada saat itu. Tengok ada local sedang berkumpul di satu lokasi kami pun menuju ke lokasi yang sama. 
SubhanaAllah, cantik sangat warnanya.
Romantis sangat rasanya suasana saat ini ;-)

Hari yang dah semakin cerah.

Puas bersunrise, kami kembali ke khemah dah prepare breakfast. Sambil tu minta Pak Long p ambil Pijah di terminal bas Petchabun. Sayangnya Pak Long ne dalam kategori ketegaq dan sikit-sikit, duit-duit-duit. Kalau tak hulur duit, ko tadahlah telinga dengar dia membebel. Berbeza sangatlah dengan Pak Ngah yang cool habis dan tak berkira langsung huhuhu. Pak Long kata dia tak nak pergi pick up Pijah so dia arrangekan kereta dari owner tempat kami khemah. Nak tahu berapa dia minta? 4500baht/return! Gila mahal macam nak tempah keranda emas! Saya contact Pijah dan akhirnya Pijah ambil keputusan untuk ambil bas sahaja. Itu pun, bukannya bas ke Khao Kho tau! Bas menuju Pittsanulok kalau tak silap saya dan Pijah perlu turun di satu lokasi (lupa namanya) dan kami akan pick up Pijah di sana. Nak jemput Pijah ne pun Pak Long tetap buat drama "you need to pay me!". Sikit-sikit duit, aduhai berkira sungguhlah orang tua ne huhuhu! Mendidih darah dibuatnya dan memang saya bertekak dengan Pak Long pagi tu. Sakit hati sungguh! Akhirnya Pak Long decide tak mahu jemput Pijah dan minta Pak Ngah bawa saya itu dengan bersyarat, saya perlu bayar 2000baht pada Pak Ngah. Haih, pejam mata dan keluarkan duit. Apa pun jadi, Pijah perlu dijemput. Pijah dijangka tiba di lokasi-tak-tahu-nama sekitar jam 11.00am, masa yang ada kami dibawa untuk jalan-jalan di Khao Kho.
Pemandangan dari tapak khemah


Sunflower field, Khao Kho
Nak kata ladang tu tidaklah sebab kawasannya cinonet je dan terbiar. Kena redah semak untuk tiba ke ladang bunga matahari ini. Apa pun, saya memang excited giler tak ingat dunia di sini. Bunga di sini, besar giler. Lebih besar dari muka saya ini. Daunnya aje pun dah boleh buat payung sebab lebar sungguh. Pokok pun tinggi menyapu awan; dengan ketinggian yang tak berapa nak ada ne memang tak tergapai dek tangan untuk capai bunga-bunga yang ada. 

Strawberry Farm
Satu kawasan dengan ladang matahari. Masuk percuma tapi kalau nak petik strawberry memang ada bayaran yang dikenakan dan saya tak pasti berapa sebab tak berminat. 
Kecil je kawasannya
Tak sempat pun nak rasa strawberry di sini
Tak tahulah ini bunga apa, banyak ditanam di sini
Ini pula resort/guesthouse yang ada di sekitar Khao Kho. Apa yang pasti setiap resort/guesthouse memang ada disediakan tapak perkhemahan untuk disewa.
Semak pun nampak cantik..

*bersambung untuk Sri Dit Waterfall

You Might Also Like

8 comments

  1. Cantiknya gambar2 k.zilla snap..eja punya ke laut semua hehe, ada kebarangkalian repeat tak trip nih? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa aje gambar2 tu eja..teringin nak repeat Tung Salaeng Luang hehehe

      Delete
  2. cantiknya bentuk guesthouse kat bawah tu. btw view memang sangat cantik. Subahanallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. mommy,

      guesthouse di Thai memang comel2 belaka..makin comel keadaannya, makin comel duit yang perlu dikeluarkan ;)

      Delete
  3. Satu hari nanti sila ajar saya ambil gambar cantik macam Zilla :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus ke lautlah gambar2 tu nanti, kay :D

      Delete
  4. hi , zilla ... Best baca trip zilla ke thailand . Subhanallah cantik view . Tapi NiA tak baca dari day one zilla ke thailand . Jadi nak tanya . Zilla pergi seorang ke ? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Nia

      Terima kasih sudi singgah sini..utk trip thai ini, 17 org kesemuanya

      Delete

Subscribe