Jogja Kuliner : Bakso Klenger Depot Ratu Sari ~ Baksonya sebesar saiz bola boling!

Wednesday, May 18, 2016

Idea dari Hera untuk berkunjung ke warung bakso. Katanya "sedang ngetop" di Jogja. Kami bergerak berempat ke sini dengan 2 buah motor. Dari rumah kost Hera ke sini tak jauh mana pun, cilok sana-sini tau-tau dah pun sampai. Diluarnya aja penuh dengan dereten motor, belum lagi saat masuk ke dalam semua meja terisi. Kami perlu tunggu beberapa minit untuk mendapatkan meja yang masih kosong.
Dalamannya yang begitu meriah.

Melihatkan menu (maaflah saya memang segan giler nak keluarkan kamera di sini), bakso terbesar bersaiz 5kg dengan harga mencecah Rp300.000. Bayangkan, macam mana nak perabihkan bakso sebesar itu.Untuk pilihan menu, saya serahkan pada Hera dan rakan-rakannya untuk membuat keputusan dan akhirya kami sepakat untuk ambil bakso seberat 1kg dengan harga Rp75,000, mee dan pangsit.

Dalam 10 minit menunggu akhirnya makanan kami pun tiba. Tercengang masing-masing melihatkan saiz bakso yang ada di hadapan kami. Err, dah macam saiz bola boling dan kepala saya sendiri pun rasanya tak sebesar bakso ini hehehe. Memang tak tunggu lama, Andika ambil peranan untuk 'membedah' bakso tersebut. Dalamnya? Ada telur ayam dan urat/daging. Terus terang, walaupun dah dibahagi 4 tapi kami semua tak mampu nak menghabiskannya. Akhirnya, kami tapau dan serahkan pada Andika untuk jadikan kudapan bila lapar di malam hari. Rasa bakso ini? Emm, entah kenapa saya rasa tak puas. Rasa yang biasa-biasa aja (selera masing-masing, kan?).
Bakso seberat 1kg.
Kalau berhajat untuk singgah di sini, sila hadir dengan perut kosong.

Apa pun, kalau ke Jogja dan inginkan kelainan bolehlah singgah di sini. Mana tahu, ianya mampu memenuhi citarasa kawan-kawan dan apa yang pasti, harganya memang berpatutan!

Alamat :
Bakso Ratu Sari
Jl. Nologaten, No. 296
Jogjakarta

You Might Also Like

9 comments

  1. haih... untunglah tak rushing pulang ke tanah air. blh #pusing2dahsampai untuk kuliner jogja. utk next trip kena spend seminggu dua buat list kuliner siap2. hahaha

    ReplyDelete
  2. besarnyaaa macam bolaaa . and and beratt

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan rasanya sgt padat..tidak seperti bakso biasa yang pernah saya makan

      Delete
  3. Saja je post pasal makanan time-time lemau ni kan T_T
    Mana saya nak cari bakso malam ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ddisengajakan, kay..tapi saya tengah stress tahap max dah ne...salah satu cara nak alih perasaan adalah update blog...skurang2nya blh ubat hati yang sedang merintih :(

      Delete
  4. Betul besar nieee! Kalau makan, pasti kena berkongsi.. Jauhnya nak p makan, tengok gambar jela :)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Subscribe