10D 9N Thailand Trip : Best Tom Yam in Town @ Chatuchak Market, Bangkok

Monday, June 27, 2016


Kali ini nak share satu tempat makan yang best giler, murah giler dan sedap giler hingga menjilat pinggan di Chatuchak Market. Kebetulan kami bertemu dengan warung ini secara tidak sengaja waktu pusing-pusing di Chatuchak sebelum berangkat ke Southern Bus Terminal untuk ke Hatyai. 

Jangan tanya apa nama warung ini sebab tak berjumpa pula dengan namanya. Apa yang pasti memang halal dan walaupun warungnya terletak di antara lorong di Chatuchak Market tu kemudahan surau yang lengkap disediakan. Cumanya bab nak ambil air sembahyang tu masalah sikit sebabnya berada di kawasan terbuka. Terserahlah nak ambil air solat di situ atau pun nak cari tandas; pikirlah sendiri mana yang terbaik.
Alamat warung tersebut. Cari ajelah sampai dapat ye. Nak cerita lebih-lebih pun tak pandai sebab kami jumpa warung ini secara tidak sengaja.
 Warungnya yang selorong dengan kedai-kedai ini.

Perihal menu.

Di warung ini kalau nak pekena nasi campur pun boleh atau pun nak order makanan panas pun boleh. Terserah kalian lah. Oleh kerana kami dah beberapa hari tak pekena makanan dalam erti kata sebenar jadinya bila tengok menu memang nafsu tetiba membuak-buak naiknya; semuanya kalau boleh kami nak rasa. Apa yang pasti setelah berbincang, akhirnya kami ambil tomyam campur dengan santan, pulut mangga, meehon sup dan telur dadar yang dalamnya ditambah daging (atau kalau tak makan daging boleh pilih ayam). 
 
Tom yam campur, meehon sup dan telur dadar

Apa yang pasti semuanya sedap giler! Tetiba terasa indahnya nikmat donia! Tom yam dia, fuhhh inilah tom yam paling sedap yang pernah saya rasa seumur hidup *punyalah over ayatnya!hehehe. Serius ok. Sampai kami rasa nak bawa balik tukang masak dan buka kedai tom yam di KL *confirm boleh kaya! Telur dadar pun sedap sebab ditambah daging di dalamnya. Memang satu kelainan buat kami. Begitu juga pulut mangganya, ini antara pulut mangga paling enak yang pernah saya rasa. Serba-serbi cukup rasanya.
 Yummy!!!
 Kusyuk menjamu selera sampai lupa nak pandang kiri/kanan dah. Nampak tak kipas tu? Hah, surau berada di balik pintu kaca di belakang kipas itu.

Untuk kesemua menu yang kami pekena pagi itu bercampur jajanan yang lain, harga makanan tak sampai pun RM50, memang murah. Jadinya, kalau kawan-kawan singgah di Chatuchak Market jangan lupa singgah di kedai makcik ini ya... 

* Semua gambar ihsan dari Syaza.

You Might Also Like

2 comments

  1. haha..zilla nye excitement sgtla placebo...mesti lama sgt x makan nasik neh.

    ReplyDelete
  2. Saya suka tomyam. Waktu ke bangkok saya hari hari makan tomyam. Dan semuanya sangat enak mbak Zilla. Tomyam asli Thailand memang best. Jadi pengen nyoba deh tomyam di chatuchak itu.

    ReplyDelete

Subscribe