10D 9N Thailand Trip : Jalan-jalan di Wang Nam Khiao

Thursday, June 23, 2016

10D 9N Thailand Trip : Red Lotus Lake (Talay Buadaeng), Kumphawapi

Wang Nam Khio terletak kira-kira 1.5jam perjalanan dari Khao Yai. Jika dari Bangkok pula, perjalanan mengambil masa kira-kira 3jam perjalanan. Lokasi ini digelar sebagai 'Switzerland of Isan' kerana bentuk muka buminya yang bergunung-ganang dengan suhu yang sejuk-dingin-beku bak Switzerland - katanyalah.

a) Toscana Valley
Pejam mata dan pasang angan-angan suatu hari nanti nak masuk di sini. Bukan apa, bukan sebarangan orang yang boleh masuk di sini kecuali duit berkepuk-kepuk. Dipendekan cerita, Toscana Valley ini kawasan perumahan elit dan terdapat juga hotel berbintang-bintang di sini. Kami? Hanya mampu tangkap gambar dari luar pagar ajelah sebabnya nak masuk kena melepasi kawalan keselamatan  terlebih dahulu. Opps, bukan kitaorang aje yang dok tanggap gambar dari luar pagar, ramai je pelancong tempatan yang turut merakamkan keindahan tempat ini dari luar.
Kawasan yang terjaga rapi...
Mampu telan air liur ajelah melihatkan rumah-rumah mewah ini.
 
Gigih tau kami panjat pagar sebab nak tengok pemandangan ini 

b) Flora Park
Mabuk bunga! Rasa macam nak baring-baring je atas bunga-bungaan yang ada..

Dari Toscana Valley ke Flora Park ini tak jauh mana. Err hampir sejam perjalanan turun/naik bukit. Bayaran masuk 100baht/person (harga 2015). Dibuka setiap hari dari jam 8.00am hingga 6.00pm tapi saya tak pasti samada tempat ini dibuka sepanjang tahun atau hanya dibuka pada waktu-waktu tertentu (sila google, saya malas). Tempat ini takdelah seluas Jim Thompson Farm tapi yang menariknya tempat ini penuh dengan keunikannya. Paling best, takdelah sepadat dan sepanas di JTF tu!

Satu perkara yang saya nak kongsikan, kalau nak solat memang takde surau disediakan di sini. Tapi kawan-kawan boleh minta izin dari petugas yang ada dan solat di kawasan bersebelahan dengan toilet perempuan. InsyaAllah mereka akan izinkan untuk guna ruang yang ada untuk solat walaupun dalam keadaan yang terbuka.
 
Bungaan pelbagai warna
 
Dari jauh ingatkan lavendar tapi bukan.Tak kisahlah apa pun bunganya, yang penting cantik!
 
Bunga lagi..
 
Labu pun ada di sini

c) The Bloom
Tempat ini sama seperti taman bunga yang lain cumanya mungkin ianya masih baru jadinya masa kami singgah di sini banyak benda yang tak berapa nak siap lagi. Bayaran masuk 100baht/person. Emm, tak tahu nak kata apa pasal tempat ini cuma pada saya ianya kurang menarik mungkin kerana saya dah tengok taman bunga yang jauh lebih menarik dari The Bloom ini. Jalan tak berapa nak ikhlas lepas tu terus cari bangku dan lepak di situ sambil tunggu kawan-kawan yang lain selesai pusing taman ini.
 
Mulanya ingatkan ini bunga betul, teruja juga dibuatnya sekali p dekat err bunga plastik. 
Merata tempat penuh dengan bungaan
Untuk pasangan bercinta sesuailah kot p tempat-tempat macam ni! Hoh!

Selain dari 3 tempat ini, kami singgah juga di Primo Piazza dan Jim Thompson Farm tapi dek kerana laptop saya dah jahanam dengan gambar-gambar yang ada dalam tu pun turut sama lebur huhuhu.

Untuk kawan-kawan yang berhajat singgah di Khao Yai, selain dari tempat-tempat yang saya senaraikan ini kekawan juga boleh singgah di Khao Yai National Park yang luas giler tu, PB Valley, Chok Chai Farm dan sebagainya. Banyak giler kot tempat-tempat menarik di sekitar Khao Yai dan paling best kalau nak singgah di sini adalah hujung tahun kerana cuacanya yang sejuk.

You Might Also Like

6 comments

  1. Replies
    1. itu aje yang menarik minat saya di The Bloom, MC :D

      Delete
  2. Lawa tempat-tempat Zilla pergi ni, tak macam Thailand langsung :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kay,

      Thai byk tempat2 sebegini tau..cuma yang tak laratnya, semuanya berbayar huhuhu

      Delete
  3. cantiknya ttempat..tak sangka ada di Thailand.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik, area Pak Chong/Khao Yai byk tmpt2 begini..mungkin kerana cuacanya yang dingin...

      Delete

Subscribe