Sepetang di Cherating, Pahang
Tuesday, October 18, 2016
Saya bukanlah pecinta lautan tetapi apabila menyebut tentang Cherating, ianya sentiasa membuatkan saya teruja untuk kembali dan terus kembali untuk menikmati keindahannya. Lokasinya yang tidak jauh dari bandar Kuantan agak memudahkan kerana tak perlu nak meredah ombak untuk tiba ke pantainya fobia sungguhlah dengan ombak!
Saya singgah di Cherating bersama adik-adik; satu moment yang paling saya rindukan apatah lagi bila masing-masing sudah mendirikan rumahtangga dan harus memberi tumpuan pada keluarga masing-masing. Bila ada peluang seperti ini memang saya happy sangat-sangat walaupun mereka merungut harus mengikut rentak saya (nasiblah korang ada kakak seperti ini!).
Apa pun kisah disebaliknya, Cherating masih seperti dulu. Cantik dan terjaga dari sampah-sarap.
12 comments
cantiknyaaaa <3
ReplyDeleteMommy, mmg cantik sesangat..sesuai sgt2 utk budak2 mommy kerna pantainya yg landai
DeleteSajahtera sekeluarga. Anda adalah pencita Alan semesta termasuk lautan, gunung, sungai2nya, daratan menjelajah terus menapak, tanpa jemu memuja"All Khaliq" maha penciptanya. SubhanAllah.
ReplyDeleteSalam Pak Lah,
DeleteMoga kita terus diberi kesempatan berterusan utk menyaksikan 'keindahan' itu..
Zilla ...
ReplyDeleteDari dulu teringin nak cuba CLUB MED ... tapi mahal nau!!!
Samalah kita..hanya mampu tgk dari jauh aje huhuhh
Deletemasih dulu-dulu.
ReplyDeletemaksudnya?
Deletezilla kalu amik pic.tu suma nampak cantik la
ReplyDeleteTerima kasih, Encik AB walaupun saya rasa gmbr2 tu biasa aje..
Deletenampak tenang nyer pantai cherating.. sebab tak ramai org.. ke mmg takde org ?? huhuu.. :D
ReplyDeleteada je orang..pelancong asing pun ramai..cuma mungkin waktu tu matahari tengah terpacak atas kepala masing2 dok lepak bawah pokok..berapa kerat je yang sanggup menapak ke tengah untuk berendam dan bersadai..
Delete