Sumut 2016 : Kembali ke Tangkahan
Tuesday, October 25, 2016
Kunjungan kedua saya di Tangkahan (untuk kunjungan pertama boleh baca di sini Tangkahan 2015. Ini salah satu destinasi kegemaran saya di Sumatera Utara kerana ketenangan dan keindahan yang ditawarkan di sini. Cuma satu yang saya tak tahan, akses jalan untuk tiba ke sini yang cedera parah bak kata orang di sana atau dalam bahasa yang paling mudah rosak teruk! Kalau setakat 10-20 minit terpaksa 'bumping' dalam kenderaan, itu takde masalah tapi berjam lamanya memang sakit-sakit badan dibuatnya. Tapi percayalah, kepayahan yang perlu kita tempuhi untuk tiba di Tangkahan berbaloi-baloi dengan apa yang disajikan di sini. Bila melihatkan kehijauan alam sekeliling lupa terus sakit di sana-sini-sinun!
Guesthouse dan restoran yang menghiasi pinggiran sungai di Tangkahan
Berkenaan dengan transport untuk ke sini, saya tak ada info mengenai public transport kerana kedua-dua kunjungan saya menggunakan private transport dengan kos Rp650,000/day. Satu tips yang ingin saya kongsikan, sila survey segala pakej aktiviti yang ditawarkan di Tangkahan. Pada saya tak perlu booking lebih awal, lakukan survey waktu di hari kejadian. Bukan apa, pada awalnya kami ditawarkan Rp200,000/person untuk ke lokasi air panas. Katanya kami perlu trekking jauh ke dalam hutan dan perlu naik ban/tayar untuk ke lokasi air panas yang mana pada kami kos itu super-duper-giler mahal nak mati. Setelah kami melakukan survey, kami ditawarkan Rp100,000 sahaja untuk trekking dan ban ke lokasi air panas, tubing dan trekking ke air terjun Gelugur dan perlu tambah Rp50,000 jika mahu jungle lunch. Memang jauh lebih murah dari pakej yang ditawarkan dari awal. Jadinya, pepandailah kawan-kawan mencari harga termurah untuk pelbagai aktiviti di Tangkahan ini.
Suka dengan kabus disekelilingnya
Saya ke lokasi ini waktu awal pagi dan kerana itulah suasananya kelihatan sunyi sepi. Kalau turun ke Tangkahan jangan lupa menapak ke lokasi ini. Serius cantik!
Kalau teringin boleh try buat aksi kuak lentang dari jambatan gantung ini
Jernih giler, kan? Nampak cetek tapi dalam sebenarnya tu.
Salah satu penginapan termewah di sini (ada penginapan atas pokok di sini)
Rindu dengan ketenangannya.
* Kalau saya rajin nanti saya share lokasi air panas dan tubing ya..
8 comments
Saya suka alam Sumut. banyak spot wisata menarik. yang saya ngak suka, orang batak kurang menjaga kebersihan. Sampah merata-rata di mana-mana. Mungkin kalau di tangkahan masih bersih ya Mbak Zilla. Jauh dari pemukiman masyarakat kali ya.
ReplyDeleteMas Gunadi,
DeleteTangkahan masih bebas dari sampah sarap..syukur untk itu...
Akak pun suka suasana macam ni Zilla..
ReplyDeleteHutan2 dan sungai..
Nampak tenang dan damai..
boleh leka dibuatnya, kan kak?
Deletenice sharing...
ReplyDeleteTQ
Deletehi sampai 2x ....ada yg ke 3 ..sya nak ikut.
ReplyDeletetunggu dapat seru, encik..kalau ada nanti saya khabakan :)
Delete