Trip to Mabul : Part I

Wednesday, July 27, 2011

23/07/2011 : LCCT - Tawau - Semporna

Tak pernah terpikir sebenarnya nak ke Mabul ini. Kebetulan tasya offer awal tahun haritu, tix pun ok harganya so saya pun turut serta.

Saya bangun seawal 4.30am untuk bersiap2 ke LCCT memandangkan kami ambil flight awal pagi ke Tawau iaitu jam 7.20am. Hampir2 tak pergi sebenarnya sebab kunci kereta hilang (tah mana adik saya campak pun tak tahulah). Puas dok menyelongkar satu rumah tak jumpa juga, akhirnya call adik saya dan minta ayah p ambil kunci spare darinya. Jadinya dari plan asal nak gerak 5.30am dari rumah terus x jadi. Hampir2 jam 6.00am baru saya gerak. Mujurlah jalan ke LCCT dari Putra Perdana dah pun dibuka kepada kenderaan. Setengah waktu perjalanan dah dapat dijimatkan, kalau tidak tak tahulah apa akan jadi, hai2 bye2lah jawabnya huhuhu~ Saya sampai di LCCT pun dalam 6.20am, jadinya agak terkocoh2lah sebab perlu menyelesaikan beberapa perkara.

Flight berlepas on time. Perjalanan mengambil masa 2jam 45minit dan Alhamdulillah segalanya berjalan lancar tanpa ada apa2 halangan terutamanya dari segi cuaca.

Inilah yang menemani saya sepanjang perjalanan. Milo tu haruslah untuk badan yang sihat dan kuat ;-) dan sebekas roasted chicken sebagai pengalas perut. Bosan membaca saya membuterrr sepuas hati. Nak ajak makcik sebelah saya ne berborak err tak koserlah pulak sebab dia sangat pelik. Yelah, apa saya buat mesti dia pandang dengan pandangan yang semacam. Entahlah, mungkin saya terlebih pakai bedak pagi itu hingga kelihatan begitu pelik di pandangan matanya atau pun saya ini terlalu jelita utk dipandang2 olehnya (ohh pleaselah..sila muntah ok!)

Akhirnya setelah beberapa kali dok terpejam-celik, terpejam-celik, kedengaran pengumuman flight akan mendarat. Lega rasanya (dah tak larat nak membuter)! Selesai urusan di Imigresen (boleh serahkan pasport @ kad pengenalan), kami terus bergerak keluar untuk meneruskan perjalanan ke Semporna pula. Dari info yang diberikan, harga teksi tidak boleh lebih dari RM90 ke Semporna tapi setelah bertanya di kaunter, tambang terkini adalah sebanyak RM95 sehala; kalau ramai, bolehla share sorang sikit tapi kalau travel sorang2 agak kopaklah poket :P. Perjalanan dari airport ke Semporna mengambil masa lebih kurang 1jam bergantung kepada keadaan. Sepanjang perjalanan takde apa pun yang menarik hanya kebun2 kelapa sawit yang mengiringi sepanjang perjalanan (masing2 x sempat nak membuter coz bz melayan uncle taxi b'borak).

Uncle taxi turunkan kami betul2 di Dragon Inn, tatkala kaki melangkah keluar dari taxi (skema giler ayat) wow,cantiknya!! Serius tau, memang cantik. Tak nak buang masa kami terus menapak ke hotel untuk check in. Seperti biasalah dorm menjadi pilihan kami dengan harga RM20/person (murahkan? :D). Sekadar makluman, kalau kawan2 teringin nak bermalam di Dragon Inn  make sure bawalah sekurang2nya kain batik/pelekat sebabnyakan derang tak sediakan selimut (dah ler malam sejuk giler). Towel pun takde (sadis betul), kalau nak kenalah sewa towel tu dengan harga tertentu (lupa nak tanya berapa). Kalau rajin nak bawa ubat nyamuk pun boleh, banyak sangat nyamuknya :P  Tak payahla saya tempek pic dorm tu ye kekawan, sama aje keadaannya di setiap tempat; bilik air diluar, aircond tiada (hanya ada 2 biji kipas), breakfast pun tiada; kiranya keadaan bilik memang basic habislah. Ala tak kisahlahkan bukan nak lepak di situ 24 jam. Cukuplah sekadar boleh melepaskan penat di badan, lain2 tu kita tolak tepi (mcm tak biasa hidup susah). Kami di sini semalaman sahaja kerana keesokan harinya akan berangkat ke Mabul. 

Sekitar kawasan hotel. Jangan ditanya apa bendanya ne sebab saya sendiri pun tak tahu huhuhu~ Jernih giler air laut di kawasan ini, siap boleh nampak lagi ikan2/rumpai2 laut yang ada di dasarnya.

Settle semua urusan berkaitan dengan penginapan kami mengambil kesempatan utk berehat seketika di bilik. Walaupun dah membute sakan dalam flight, penat tetap terasa. Seketika di bilik, akhirnya kami mengambil keputusan untuk bergerak ke Uncle Chang office yang terletak bersebelahan dengan Dragon Inn. Untuk makluman, di Mabul kami bermalam di Uncle Chang, begitu juga dengan snorkelling dan boat transfer juga under Uncle Chang. Jadinya total RM untuk trip kami kali ini hanya RM350 (termasuk makan, tambang teksi, penginapan di Dragon Inn & segala aktiviti di Uncle Chang), murah atau tidak, kawan2 nilaikanlah sendiri :P

Seterusnya kami bergerak ke restoran berdekatan untuk mengisi perut yang sedang menggiler kelaparan, maunya tidak last makan dalam flight belah paginya huhuhu. Sebenarnya kami ada memborong 2 bungkus kerang yang gedabak saiznya dari seorang makcik dengan harga RM3/bungkus. 1st time tau saya tengok kerang bersaiz berganda dari saiz kerang yang biasa di jual di Semenanjung ne (apalah yang dia makan sampai boleh jadi gedabak mcm tu). Jadinya, sementara saya dan tasya menyelesaikan urusan hotel dan lain2  di office Uncle Chang, adik dan yana ke restoran berhampiran bersama2 dengan kerang tersebut untuk direbus. Emm, agak mencekik darah bebenornya sebab derang charge RM10 ke atas kerang2  tersebut. Di sini, kami hanya order nasi goreng ayam (isi ayam dipotong halus2 dan dicelup dgn tepung). Harga memang mencekik darahla sebab total utk 4 orang makan RM46.90 (nak cepat naik haji gamaknya huhuhu) termasuk upah rebus kerang (kerang over cook, sampai liat isinya huhuhu).

Pasar basah di pekan Semporna

Aktiviti seterusnya, jalan2 pekan Semporna. Kecil aje pekannya tapi sangat bz dengan pergerakan penduduknya. Walaupun dah lewat petang, tapi semuanya nampak meriah. Di laut, bz dengan boat2 penumpang, di jeti pula bz dengan mereka2 yang turun/naik dari boat. Manakala di pasar bz dengan aktiviti jual beli. Isshh, memang meriahlah. Kami singgah terlebih dahulu di Giant utk membeli roti utk diberikan pada ikan2 time snorkelling dan mineral water. Harga barangan di sini emm agak tinggi berbanding di Semenanjung jadinya kalau nak shopping sakan tu patut fikir 10x. Seterusnya, pusing2 di kawasan sekitar sebelum berpatah balik ke hotel.
Sian makcik ne, penat sangat sampai terlelap.

Pemandangan di sekitar Jambatan Causeway, Semporna.

Aktiviti seterusnya ke akuarium yang terletak berdekatan dengan hotel. Kami tidak dikenakan apa2 bayaran masuk disebabkan kami menginap di Dragon Inn. Jalan2, haih bayang akuarium pun tak nampak tau hehehe~ Rupa2nya yang ada cuma sangkar ikan. Ishh teruja weiii, ikan2 yang ada giler agresif. Tiap kali roti dicampak tiap kali jugaklah ikan2 tu mencanak berebut2 utk mendapatkan roti2 tu, issh seronok jadinya melihat aksi ikan2 yang ada hehehe (habis sebuku roti di sini kalo tak silap saya). Serius bestla kawan2 :D.

Puas melihat gelagat ikan2, kami berpatah balik ke bilik utk membersihkan diri dan berehat seketika sambil menunggu Maghrib. Alhamdulillah, settle semunya kami keluar semula kali ini utk dinner (makan lagi, haih!). Kami ambil keputusan utk lepak di Anjung Paghalian, cekononnya nak makan2 sambil menghirup udara laut tapi ampehhhlah. Service memang teruk giler sampai kitaorang terpaksa ke dapur utk order makanan. Bila minta udang katanya takde (walhal ada je pelanggan lain tengah melantak udang), ikan pun takde (yg ada tah ikan apa2), minta kailan pun takde (yang ada cuma sawi @ sayur campur aje) haih, kalo dah semuanya takde baik tutup aje kedai huhuhu~ Akhirnya, setelah dok ada-xde, kami berjaya jugalah order daging sambal, sayur campur dan tom yam ayam.  Bila dah order, nak tunggu makanan tu sampai punyalah berjanggut hoh!! Ishh memang kena pangkah la kedai ne..Lain kali kalo turun sini jangan haraplah nak mencekik di sini huhuhu~ Dengan service yang tahapa2, makanan yang biasa2 aje rasanya kami perlu membayar RM32 emmm (rasa nak cekik aje...)

Jangan makan di sini, service macam @#!$#%#%..

Perut dah kenyang, mana lagi nak p selain dari patah balik ke hotel dan zzzzzzzz (x blh tidur, manyak nyamuk huhuhu)

You Might Also Like

11 comments

  1. lawa nye .. mesti nak pegi snorkeling ni kannn

    ReplyDelete
  2. lawanye view... g sn x snorkeling..tak sah la kan..hehe

    ReplyDelete
  3. bestnyaaa zilla!!!
    kwn saya ada pegi jgk aritu. Ya Allah...sgt2 lawa...

    ReplyDelete
  4. alamakkkk lamanya tak mandi air lauttttttttttt...best2! cantik gile kan?

    ReplyDelete
  5. kemang : yupp memang nak p snorklg ;-)

    hanie : sana memang cantikla, rasa macam nak rakam setiap saat yang ada tapi tak mampula pulak..saya takut laut jadi tak minat nk b'snklg hehehe

    bdk2 : one day turunlah mabul..giler cantik ko!! rasa nak nangis tgk keindahan ciptaan tuhan :D (nangis dlm hati ajelah)

    biqque : yupp mujur tak gile aje dgn kecantikan yang ada hahaha~

    ReplyDelete
  6. tak singgah pulau sipadan ke? or just pegi mabul je?

    kene singgah ni 1 hari nnt. tp kene tggu tix murah dlu laa dr AA pegi tawau

    ReplyDelete
  7. ko duduk dorm ke weh? nape tak amik bilik? kalau bilik aku rasa takde nyamuk sbb aritu aku tak kena geget. haha...restoran tu mmg cam gampit sikit...slow mcm siput vavi...tp dah lapar punya pasal tunggu jela.

    ReplyDelete
  8. dormla..boleh jimat sikit.lagi pun kalo boleh tak boleh sumbat 4org sekaligus..nyamuk tu saja, nak menggatal..sebab malam ke2 kat situ, ok je pulak..

    aku rasa siput vavi pun laju..ne macam apatah..issh!!

    ReplyDelete
  9. brader, boleh bagi contact orang mabul tu?

    ReplyDelete
  10. eh. silap, panggil brader pulak. cik kak. ehe.

    ReplyDelete
  11. katak >> hehehe nasib baik ada pembetulan..maksudnya org tu sapa?uncle chang kah? kalau uncle chang boleh masuk sini http://www.ucsipadan.com/rooms

    ne no tel nya; pilih aje mn yg berkenan hehehe

    +6 017 895 0002 (hp)
    +6 089 781 002 (o)
    +6 089 786 988 (o(24 hours))
    +6 089 784 002 (f)

    ReplyDelete

Subscribe