XPDC Nuang : Part I

Monday, July 04, 2011

25 June 2011

Dah beberapa hari berhajat nak post entry mengenai Nuang tapi tiada kekuatan. Macam2 jadi di sana membuatkan saya menjadi fobio; entahlah, saya tak tahu macam mana nak share :P. Dalam tempoh itu, kamera yang saya gunakan pun saya tak berani nak pegang apatah lagi nak tgk pic2 di dalamnya. Alhamdulillah, keadaan semakin ok (mudah2an), saya cubalah share pengalaman saya di sana walaupun saya tahu saya ini tidaklah pandai sangat untuk mengarang. Apa pun yang jadi, saya jadikan peringatan/iktibar dan menjadi pengalaman berharga buat saya untuk dikenang pada masa depan.

Sebenarnya saya tak tahu pun opis saya menganjurkan xpdc mendaki ke nuang ne. Biasalah, dah berkali2  saya tekankan di sini, saya hidup dalam dunia saya. Urusan2 yang saya rasa kurang menarik dan kebiasaannya melibatkan opismate memang saya takan ambil tahu. Kenapa? Biarlah saya simpan reason ini kemas2 tak perlu saya share di sini. 1st day masuk keje lepas balik dari NZ tempohari, my fren pelawa saya untuk turut serta ke nuang, alahai malas sebenarnya sebab saya tahu kemampuan saya tapi setelah difikir2kan kasihanla pulak sebab ini bukan kali pertama kawan saya itu mempelawa saya; dah banyak kali tapi saya tolak mentah2. Bukan memang dah rezeki saya untuk kembali ke Nuang setelah hampir 6 tahun tidak menjejakkan kaki ke sana. Risau memanglah risau tapi takpelah saya tolak tepi kerisauan itu. Lagi pun saya perlu buat sesuatu yang agak 'gila' untuk melepaskan apa yang terbuku di hati dan nahhh ini peluang terbaik untuk saya lepaskan ia (alhamdulillah, saya rasa saya berjaya).

2-3 hari sebelum program, sempatlah saya menghadiri last meeting yang mereka anjurkan dan oooohhh barulah saya kenal muka2 yang akan turut serta hehehe. Muka2 yang dah biasa saya tengok tapi tidak ketahui namanya :D. Tiba hari yang nanti, kami bertolak dari office dalam 10.55am. Saya tak tahulah kenapa, tapi saya rasa perjalanan teramatlah jauhnya sedangkan jarak antara Putrajaya - Pangsun takdelah sejauh mana pun huhuhu~ Kami singgah sat makan di sebuah gerai di tepi sg area Hulu Langat untuk lunch. Perghh lembab gilerlah servicenya. 45minit diperlukan utk dapatkan sepinggan nasi goreng kg. Hebatkan? hehehe

Beg oren tulah beg saya..dalam kosong tapi jenuh dok memikulnya sebab dok ikat cerek dan khemah disisi beg..huhuhu~ Sian, walaupun ramai jejaka2 tampan dan macho yang turut serta tapi takde sorang pun yang meng'offer'kan diri untuk memikul khemah saya tu (ikut hati nak je tinggal kat mana2 :D).

Kami tiba di parking lot kaki gunung nuang dalam 1.30pm, terus ke surau dan toilet berdekatan untuk menunaikan hajat masing2. Bayaran RM1/person dikenakan untuk setiap pendaki + jangan lupa tulis nama dalam buku yang disediakan. Orang kata 'malang tidak berbau', so apa2 jadi adalah nama kita tercatat kat situ.

Keadaan di persekitaran kaki gunung nuang pun dah semakin indah tak macam dulu2. Siap ada pintu pagar, tu yang tak boleh tahan ;-)

Settle semua urusan, dalam 2.00pm dengan diiringi doa mudah2an perjalanan kami diberkati, kami pun memulakan perjalanan ke kem lolo untuk bermalam di sana sebelum memulakan pendakian ke puncak keesokan paginya (yeayyy, mengimbau kenangan lama :D).

kiri, kanan, kiri - penatnya macam nak mampuih hehehe..orang sedap2 berulit kat rumah, kitaorang sedap2 dok seksa diri ;-)

Dah lama tak aktif, semput dibuatnya. Tak sampai setengah perjalanan pun saya dah pancit huhuhu~ Takpelah, bak kata kawan2 yang lain kena kuatkan semangat; set dalam kepala 'aku mampu'. Alhamdulillah, saya berjaya jugak walaupun saya teramat risau dengan keadaan lutut saya. Nak habiskan 2 hari xpdc ne, lutut saya memang goyah giler, haih kalo boleh tukar lutut baru...

Saya tak tahu apa nama tapak kem ini. Kedudukan sebelum sampai lolo lagi. Kitaorang sampai di sini dalam 4.20pm dan dengan nasihat dari ketua kumpulan kami ambil keputusan untuk bermalam di sini. Ehh bukan kat sini, maksud saya di tapak perkhemahan yang disediakan. Tempat ini laluan turun/naik ke lolo, kalo khemah didirikan di sini macam agak menganggu pergerakan pendaki2 yang lain je.

Untuk ke tapak perkhemahan, kami perlu menyeberangi air terjun nie.

Di sinilah kami berkampung. Mujurlah kami tak ambil keputusan utk berkhemah di lolo. Kenapa saya kata begitu? Sebabnya ada beberapa team yang terpaksa berpatah balik sebab tapak di lolo dah pun penuh. Sian derang sebab bukannya dekat tau dari lolo ke tapak tempat kami berkhemah.

Tapak dah ada, jadinya tanpa buang masa kami terus dirikan khemah. Yelah, hari makin gelap so pergerakan akan jadi terbatas. Peserta wanita, 6 orang kesemuanya. Saya bawa khemah utk 6 persons jadinya saya share dengan 3 lagi member  manakala 2 orang lagi bermalam di khemah yang berlainan.

Segalanya sudah sempurna, masing2 ambil keputusan utk mandi dan solat. Opps takdelah mandi campur2 laki dan pompuan ye (ko giler apa!!) huhuhu~ Masing2 ambil giliran masing2 tau! Aktiviti seterusnya, dinner. Badan dah penat, apalah sangat yang mampu dimasak. Dengan kayu api yang basah, bukan mudah untuk menghidupkan api. Mujurlah ada option (dapur gas), kami bergilir menggunakan untuk memasak sesimple yang boleh mengikut group yang terlah diberikan. Menu malam itu agak mewahlah sebab ada yang rajin menapau lauk pauk dari rumah; ayam pedas, ikan goreng dan sambal serta telur asin. Selebihnya kami cuma perlu tanak nasi, goreng telur dadar dan masak air. Sesekali makan beramai2 sebegini memang menyeronokkan. Settle makan, basuh pinggan dan sebagainya saya terus telan panadol sebab kepala giler nak pecah. Seingat sayalah, saya sedar dalam 4am sebab terkejut dengar bunyi mercun, terus tak boleh tido..Apa jadi malam tu saya memang tak tahu menahu sebab pengsan gara2 panadol sebiji..

*bersambung

You Might Also Like

3 comments

  1. kenapa aku terasa sesuatu ye bila tgk beberapa keping gmbr dlm ni...err, aku dah kansel kan water raft tu. so aku rasa pasni kita plan lain la k..time yg sume org bole commit

    ReplyDelete
  2. kemang : apa yang best? hehehe

    fatt : cuba ko bgth apa yang ko rasa? aku pn tak berani nk tgk pic2 tu lama2, nape ekk? ko tak rasa mcm ada sesuatu ke? plan apa pulak ne? jgn yg bukan2 udah hehehe

    ReplyDelete

Subscribe