Selamat tinggal 2011, selamat datang 2012

Tuesday, December 27, 2011

Hanya tinggal 4 hari lagi sebelum tirai 2011 dilabuhkan. Saya kira ini posting saya yang terakhir untuk tahun ini memandangkan graf mood saya sangatlah merundum di saat ini. Saya tak tahu di mana saya dipenghujung tahun ini kerana saya ada 2 hari cuti gantian yang perlu dihabiskan kerana ianya tidak boleh di carry forward ke tahun depan.

2011, terlalu banyak dugaan yang saya hadapi. Saat ini tiada apa yang saya mampu lafazkan selain dari rasa syukur yang tak terhingga kepada Allah kerana dianugerahkan kecekalan ini walau kadangkala saya terasa lemah sangat-sangat untuk bertahan. Terima kasih tak terhingga buat Faiz yang sentiasa mentarbiah saya, terima kasih juga buat Azriana (wpun hanya sekadar mengenalinya melalui lewat tulisan-tulisannya) yang sentiasa membuatkan saya menitiskan air mata melalui coretan-coretan indahnya. Terima kasih sahabat..

Kisah hati yang tragis; bercinta tidak semestinya memiliki. Inilah yang saya belajar sepanjang tahun 2011 ini. Bertahun bertemankannya, bertahun juga memegang status tunangan orang bukan jaminan untuk mengakhirinya dengan ikatan yang sah. Seharusnya saya tidak membuka pekung di dadakan? Tetapi inilah keputusan yang saya ambil kerana saya dah tak larat nak menjawab persoalan dari teman-teman. Biarlah ianya berakhir di sini, cukup2lah bertanya kerana betapa sedihnya saya tiap kali diajukan soalan yang sama. Jangan nak salahkan ikatan yang terjalin kerana kita harus sedar hidup-mati-jodoh-pertemuan semuanya telah tercatat. Kita hanya mampu merancang, Allah lebih mengetahui mana yang terbaik. Kita sebagai manusia, belajarlah untuk pasrah dan redha dengan apa jua yang berlaku. Buat dia, saya tetap mendoakan yang terbaik dan untuk diri saya sendiri hanya doa yang mampu dititipkan agar dipertemukan dengan seseorang yang mencintai saya kerana Allah bukan kerana siapa saya atau apa yang saya miliki.

Sepanjang tahun ini juga, kesihatan saya amat-amatlah merosot. Saya kira hospital dan klinik dah menjadi rumah kedua buat saya. Selagi terhembus nafas ini, selagi itulah Allah akan menguji kita. Ini bahagian saya; walaupun payah, walaupun perit, walaupun terseksa hanya Allah yang tahu jawapannya untuk setiap dugaan yang diberikan kepada saya. Jika sakit ini mampu membasuh dosa-dosa saya serta mampu membasuh jiwa saya yang lemah ini, ya saya terima. Parut yang kekal hingga ke hari ini moga akan menjadi satu tanda untuk saya terus bermuhasabah di bumi Allah ini…

Persahabatan, emm apa yang kita faham mengenainya? Sepanjang tahun ini, persahabatan saya sentiasa diuji; sentiasa ada pasang dan surutnya. Pada saya, dalam berkawan perlu ada sikap 'give and take' dan saling menghormati antara satu sama lain. Kawan yang baik adalah apabila mana mampu menyedarkan kita dengan setiap perangai buruk kita dan bukan hanya mampu berada di sisi kita saat susah dan senang. Saya hilang beberapa orang teman tetapi dalam masa yang sama Allah anugerahkan saya teman-teman yang terbaik.  Terima kasih tak terhingga buat kalian.

2011 membawa lembaran baru buat saya. Langkah kaki saya tidak terhenti di sini. Alhamdulillah, Allah bukakan pintu rezeki untuk saya terus mengembara mencari diri di bumi indah ciptaan-Nya ini. Hampir setiap bulan saya travel dan kenangan terindah yang sentiasa saya rindukan adalah trip ke New Zealand. Keindahan NZ tidak mampu saya lafazkan tetapi di sinilah saya belajar untuk lebih mengenali kemampuan diri dan belajar erti tanggungjawab bukan sahaja terhadap terdiri tetapi terhadap Allah. Saya ke sana waktu saya menghadapi krisis dengan family; hampir setiap waktu tanpa disedari teman-teman air mata saya menitis memikirkannya. Alhamdulillah, 10 hari di sana saya temui apa yang saya cari; baik-buruk, saya sedar family saya adalah segalanya buat saya dan saya tidak bersedia untuk menghadapi saat-saat kehilangan mereka. Mak, ayah, adik-adik; merekalah nyawa saya. Merekalah semangat saya. Merekalah kehidupan saya. Buat teman-teman yang ada sepanjang trip ini, terima kasih banyak-banyak untuk 'pelajaran' yang diberikan.

Harapan 2012
Tiada yang lebih baik yang saya impikan dari ingin menjadi yang lebih baik dari 2011. I'Allah jika Allah masih meminjamkan nyawa ini buat saya. Family tetap menjadi keutamaan saya. Untuk masa depan, I'Allah saya akan kembali menyambung pengajian yang tertangguh April tahun depan dan ada beberapa trip yang telah pun confirm, menunggu masa untuk direalisasikan.

Travel Trip
1. Vietnam – Cambodia
Trip ini I’Allah akan dilaksanakan pada awal tahun 2012. Bermula di Phnom Penh dan akan berakhir di Da Nang sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur. I’Allah akan mengambil masa 10 hari perjalanan, moga banyak yang akan kami pelajari dalam trip ini.

2. Palembang
Plan last minute ini. Tak pernah terfikir mahu ke Palembang dalam masa yang terdekat tetapi saya ke sana kerana seorang teman.

3. Gunung Semeru
Saya pun tak sure macam mana boleh terjebak dalam xpdc ini. Saya blogwalking di backpacker M’sia dan di situlah bermula semuanya. I’Allah, ada rezeki sure puncak semeru akan saya tawan, cuma tak berani untuk terlalu mengharap kerana lutut dan betis saya sudah tidak seperti dahulu.

4. India
Saya cintakan warna-warni India yang tidak terdapat di tempat lain. I’Allah, ada rezeki sampailah saya. Kononnya Delhi – Agra- Jaipur – Jodhpur - Delhi (ini yang saya tahu tetapi tak sure apa plan sebenarnya) tetapi saya terfikir untuk turun lebih awal untuk try route Calcutta – Darjeeling – Delhi – Agra – Jaipur – Jodhpur – Delhi. Moga impian jadi nyata, I’Allah.

5. Trans Java
Sejak pulang dari trip Trans-Java April lepas memang kami dah berura-ura untuk kembali. I’Allah akan menyusul dengan perjalanan mengambil masa 10 hari. Bermula di Surabaya, I'Allah untuk kembali ke Bromo dengan mencuba trek yang berbeza dan Kawah Ijen sebelum bergerak ke Jogja. I’Allah di Jogja kami ingin mencuba aktiviti yang lebih ekstrem berbanding sebelum ini dan masa akan dihabiskan di sekitar Gunungkidul (tak koser dah nak lawat temple2 yang ada) dan trip ini akan berakhir di Bandung.

6. Umrah
I’Allah, doakan saya ye kawan2. Inilah impian terbesar saya sebelum menutup mata.

7. Mount Kinabalu.
After raya, I’Allah. Satu aje persoalan, mampukah saya menawan puncaknya?

8. Jakarta (ok tasyha, dah masukkan..tq kerana ingatkan hehe)
Keje separa giler ne; p hari ini esoknya balik. Cekonon nak buat kuak kupu-kupu diudara ye, tapi kita tengok ajelah nanti sapa jadi kupu-kupu siapa tidak..

9. Amsterdam (impian aje ini)
Saya tak tahu kenapa 2-3 menjak ini hati meronta2 ingin ke sini. Haih!!! Adakah memang telah terpanggil untuk saya ke sini? Tunggu dan lihat kerana saya ini teramat sukar untuk dijangka...

10. Masjid Hopping
Impian ini telah tertanam sejak 2-3 tahun selepas pulang dari mengunjungi Bandung tetapi tidak tertunai hingga saat ini kerana ketiadaan travel partner. Baru-baru ini saya berbual dengan seseorang di ym mengenai impian dan harapan dan nahhh, I'Allah saya akan berjaya mendapatkan travel partner jika saya berjaya menyenaraikan 1000 buah masjid yang saya impikan untuk disinggahi. Masyallah, banyak itu (tak terfikir pun nak buat buat masjid hopping hingga 1000 buah) tetapi saya cuba ajelah, I'Allah. Mudah-mudahan impian saya ini akan tercapai walaupun ianya akan memakan masa yang lama.

Banyak sebenarnya impian saya untuk tahun 2012; tak tersenarai rasanya. Apa pun, moga saya akan dikurniakan dengan kesihatan yang baik untuk merealisasikan impian saya ini. Doakan yang terbaik buat saya. Buat teman-teman jika tanpa sedar saya terlanjur kata, terlanjur kelakuan dan sebagainya saya mohon maaf. Berikanlah teguran agar saya mampu memperbaiki diri dan bukannya bercakap-cakap dibelakang saya....

Jumpa lagi, I'Allah

You Might Also Like

15 comments

  1. Amin...semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang! Welcoming 2012!!!

    ReplyDelete
  2. Amin..mudah mudahan smua impian awk tcapai.

    Sakit,sedih dan kehilangan itu bt kita blajar kan.. ada sebab atas smua tu. Sy pcaya Tuhan hilangkan 'dia' sbb dia nak beri yang lebih baik pd awak. Ingatan utk diri sy sendiri. Syukur atas smua ujian tu..sbb kerana nya kita kuat dan lebih sabar.

    Be strong sis..
    mas..

    ReplyDelete
  3. Ehem.. Jakarta dah lupe ke cheq? kate nk buat kuak kupu2 di udara? N dive kat Sipadan? kkekkee..

    Hope for the best in 2012. N yang paling penting, travel n travel lagi.. Yey!!!

    InsyAllah..

    ReplyDelete
  4. Didoakan semoga segala impian tercapai..dan segalanya perlu berserah kepada Allah...Berbanyak syukur atas segala ujian yang dberikan..Hanya dia yang maha mengetahui

    Good Luck in everything!

    ReplyDelete
  5. aku doakan yg terbaik buat kau zila. redha lah dengan ketentuanNya.

    kuatkan semangat k, apapun aku kagum betul dgn kau ni.. dlm keadaan tak berapa sihat, macam2 aktiviti kau ye.

    tapi.. kesihatan tu kene jaga la ye, take care ;) <3

    ReplyDelete
  6. sabar atas ketentuan...jodoh belum sampai tetapi nikmat lain yang datang...
    jodoh aku dah sampai tapi..nikmat travel macm ko lum sampai lagi...kalu aku bujang mesti aku nk terbang sekali ngan ko travel sana sini... apapu yang berlaku kita harus bersyukur atas nikmat yang Allah berikan. Insyaallah 2012 ada sinar bahagia yang menanti...Amin...

    ReplyDelete
  7. good luck on your quest. especially on umrah.

    ReplyDelete
  8. Janggel, ye terima kasih byk & selamat tahun baru :)


    mas,tqvm.utk awak juga saya doakan yg terbaik.apa yang jadi,inilah yang dinamakan pengalaman;kita belajar dari pengalaman utk menjadi yg lebih baik I'Allah.(sama2 kita ingat-mengingati ya?)


    tasyha,hahaha.kuak kupu2 diudara ye?mlm tadi layan video mereka2 yang berkenaan terbang diudara, menggigil kepala lutut aku, beb :D.seriau!!teringin nak buat tapi satu je persoalan mampukah aku mengatasi ketakutan ini?hehehe

    sipadan?boleh aje tapi aku tunggu ataih boat la ye sementara korang menduyungkan diri di dasarnya :D

    travel dan travel lagi?bila mau kawin hehehe


    nil,terima kasih byk.buat awak juga semoga apa yg diimpikan akan menjadi nyata :)


    rose,kenapa perlu ada ddc diblakangnya?hehe.nostalgia2.I'Allah aku redha dgn apa yang jadi.meratap tu tidaklah, aku happy aje cuma kesedihan itu hadir bila org disekeliling memberikan tekanan.takpelah, bukan mudah nak tutup mulut orang ini.hopefully, derang akan faham satu hari nanti.

    tak payah kagum dengan aku ne;takde apa yang boleh dibanggakan.cuma kadangkala kita harus sedar, hidup kita ini hanya sekali jadinya ambil peluang sebaiknya untuk menikmati hidup kita dengan sebaiknya.aku rasa ko dah cukup kenal aku ne macam manakan? ;)

    *trima kasih rose utk semangat itu.sgt aku hargai.hopefully, satu hari nanti kita akan dapat duduk semeja dengan teman2 yang lain;mus,riey & lain2, I'Allah.


    mus@are, ya I'Allah dan terima kasih.sperti yg aku dah katakan kita ada bhgn masing2 mus, jadinya yang kecewa dengan apa yg ko ada saat ini.I'Allah ada rezeki ko pun boleh p sana-sini wpun dah berkeluarga.aku doakan impian kau ini tercapai ye?

    ReplyDelete
  9. lily, terima kasih.mudah2an impian saya akan jadi nyata, I'Allah :)

    ReplyDelete
  10. hb, nak ikut gi india..haha
    psss kau dapat tiket berapa rm? -nenas

    ReplyDelete
  11. nenas, masjid india hang tak nak ikut?hehehe

    ReplyDelete
  12. Uncle juga doakan Zilla sentiasa dalan peliharaan Allah dan selamat sejahtera...

    Uncle baru je balik dari menunaikan haji tahun ini bersama Auntie.

    Lama sgt tak jengok Zilla.

    Apa apa pun tahun 2012 ni merupakan tahun yg terbaik buat Zilla...InsyaAllah.

    ReplyDelete
  13. Uncle dannyl, terima kasih byk kerana sudi menjengok saya ini. saya juga turut mendoakan yang terbaik buat uncle sekeluarga, I'Allah...

    Alhamdulillah, uncle dan auntie selamat pergi dan pulang.sungguh, saya tak tahu uncle berpeluang menunaikan haji tahun ini; patut lame menghilang...

    ReplyDelete
  14. aminn..semoga yg dirancang dapat di laksanakan.. ^^


    zilla..nak email buleh? nak tanya pasal bukittinggi.. ;p

    ReplyDelete
  15. hanie, terima kasih..mudah2an, aminnnn :)

    ini email saya -> adzillah79@yahoo.com

    ReplyDelete

Subscribe