Cambodia : Edisi bye bye

Monday, February 13, 2012

25.01.2012 : Phnom Penh - Ho Chi Minh City


Last day kami di Phnom Penh. Rasa berbaur-baur; macam-macam yang kami perolehi sepanjang percutian kali ini. Ada rezeki, I'Allah sure akan kembali lagi.

Dari Velkommen kami menaiki tuk tuk menuju The King Angkor Hotel seawal jam 7.00am dan singgah sebentar di Halal Restoran untuk membeli bekalan. Pick up transport yang akan membawa kami ke station bus akan tiba jam 8.00am tetapi ishh memanglah... Sehingga jam 8.15am, baru kami dihantar ke station bus; kalaulah terlepas bas pagi itu, saya tak boleh nak bayangkan apa akan jadi. Bus bertolak jam 8.30am dan kami antara penumpang yang terakhir menaiki kenderaan tersebut. Kami menaiki bus Virak-Buntham Express dengan tambang sebanyak USD15/person. Bus double decker dengan toilet di dalamnya; agak bagus untuk perjalanan yang akan memakan masa lebih kurang 7-8jam bergantung kepada kondisi jalan.

Memang tiada apa yang boleh dilakukan di dalam bus selain dari tidur-makan-tidur. Bus memang penuh dengan penumpang yang ingin menyambung percutian ke Saigon. Keadaan traffic pagi itu sangat-sangat bagus (kami dimaklumkan akan berlaku kesesakan di border kerana public holiday tetapi sebaliknya berlaku). 2 jam perjalanan (entah berapa kali terlena pun saya tak pasti), kami tiba di Kampong Phum dan bus perlu menaiki feri untuk menyeberangi Sg. Mekong menuju ke pekan Neak Loeung memandangkan jambatan yang menghubung kedua-dua tempat ini masih belum siap sepenuhnya. Ketika ini, passport akan dipegang oleh wakil syarikat bus dan perjalanan menyeberangi sungai mengambil masa lebih kurang 15 minit.

Perjalanan diteruskan kembali dan mengambil masa 2 jam lebih sebelum semua penumpang diminta turun untuk urusan di kaunter imigresen Cambodia. Emm, maaflah dan sejujurnya pegawai di sini agak kurang ajar. Selesai urusan di imigresen, perjalanan diteruskan semula lebih kurang sejam sebelum kami diminta sekali lagi turun dari bas dan semua beg perlu dibawa bersama untuk pemeriksaan imigresen Vietnam. Sebelum tiba di sini, passport akan dikumpulkan sekali lagi untuk urusan imigresen dan nama akan dipanggil seorang demi seorang untuk mengambil passport masing-masing dan beg akan discan/diperiksa (prosedur biasa ini). Semua settle, perjalanan diteruskan kembali lebih kurang 2 1/2 -3 jam perjalanan sebelum tiba di last station, Pham Ngu Lao Street, Saigon (kami tiba lebih kurang jam 3.30pm).

Di Saigon kami tinggal di Diep Anh Guesthouse, 5 minit perjalanan dari Pham Ngu Lao Street dengan kadar USD30/night. Keadaan bilik memang sangat memuaskan hati, free internet, fridge dan tv. Ownernya pula tersangat-sangat peramah dan sangat membantulah. Rehatkan diri seketika sebelum kembali ke Pham Ngu Lao Street untuk survey tiket bus ke Mui Ne dan pusing-pusing kawasan sekitar. Memang tidak ada sebarang aktiviti yang dilakukan pada hari ini; masa yang ada lebih kepada untuk bersantai-santai.

Di atas feri.

 Sg. Mekong

Bilik kami di Diep Anh, Saigon

Pemandangan biasa di sana..

Bien Thanh Market

*bersambung untuk hari baru di Vietnam

You Might Also Like

4 comments

  1. berapa harga triple room tu?

    Bila lah agaknya aku dpt jejak saigon yg ko ckp best tu haih.

    ReplyDelete
  2. USD30/night.

    ada ke aku ckp saigon best?lupalah.hotel yang best tu rasanya adalah.huhuhu

    ReplyDelete
  3. Zilla bilik 2 aku nmpak mcm SEJUK, x mcm kat PP hri 2 , tgk gmbr blik pun dh rsa semacam dh..

    PENJEJAK AWAN

    ReplyDelete
  4. penjejak awan, awak pun boleh rasa ye?hehee.bilik tu memang best, terasa seperti berada di rumah (dan memang kami buat macam rumah sendiri pun hehehe)

    ReplyDelete

Subscribe