Cambodia : Part III

Monday, February 06, 2012

23.01.2012 : Siem Reap - Phnom Penh


2 malam di Siem Reap. Seterusnya kami perlu kembali ke Phnom Penh untuk meneruskan perjalanan  kami yang seterusnya.. Jika sebelum ini kami memilih bus ekspress untuk ke Siem Reap, kali ini kami memilih minibus (van sebenarnya) pula untuk kembali ke Phnom Penh dengan harga USD15/person. Kononnya ingin bergerak awal pagi tetapi tiket pula dah sold out, yang ada pun hanya jam 2.30pm; apa nak dikata, dah tiada pilihan, rembat ajelah skurang-kurangnya kami punyai waktu untuk explore pekan Siem Reap.

Hari masih awal pagi jadinya kami ambil keputusan untuk ke Old Market untuk mencari sedikit souvenir. Kali ini kami mengambil keputusan untuk menggunakan basikal yang telah disediakan oleh pihak hostel, free (kalau nak sewa diluar kosnya USD1/day). Sekian lama tidak mengayuh basikal, tertonggeng jugalah mencium tanah sebelum  kembali menyesuaikan diri (sebenarnya basikal tu yang rosak  :D).  Pengalaman pertama ini berbasikal di tempat orang lebih-lebih dikawasan yang agak busy; saya agak cuak. Alhamdulillah, walaupun jalanraya di sana agak busy tetapi mereka sangat menghormati pengguna jalanraya yang lain, cuma berhati-hati ajelah kerana malang tidak berbau. Santai aje pagi itu menikmati keadan sekeliling. Tiba di Old Market,  banyak kedai yang tidak beroperasi kerana Chinese New Year.  Kami singgah di kedai menjual lukisan; oleh kerana kami pelanggan pertama bodek-bodek dapatlah harga yang murah untuk sebuah lukisan. Saya sambar 2 keping lukisan (oil painting) dengan harga entah tak ingat (yang pasti bawah USD10)  kalau mahal sure saya tak beli punyalah. Ingat nak cari Lonely Planet di sini tetapi tak banyak pilihan, pusing-pusing Old Market dan sejujurnya kebanyakan peniaga di sana agak kurang ajar dan  harga yang ditawarkan terlalu tinggi (jadinya jangan beli kat situ). Kami  bergerak ke money changer kerana saya kehabisan dollar (hanya berbekalkan USD120 dari Msia) dan memerlukan sedikit Dong  kerana kami akan bergerak terus ke Vietnam. Berpusing-pusing juga sebab public holiday di sana dan Alhamdulillah, ada sebuah bank yang beroperasi pada hari tersebut. Settle urusan kami kembali ke Old Market dan  kali ini segenggam cili padi yang kami beli untuk bekalan di masa depan.

Kami bergerak kembali ke hotel, singgah di mart untuk mencari sedikit makanan tetapi semua tidak boleh dimakan, pos poskad dan sambar 2 buah LP dengan harga USD6.  Hari masih awal, jadinya kami ambil keputusan untuk ke Royal Palace yang terletak tidak jauh dari hostel. Parking basikal pun kena bayar  (3,000 riel). Berjalan-jalan  dikawasan sekeliling, satu pun tak menarik minat. Royal Palace tidak kami jejaki kerana kami membayangkan keadaannya sure hampir sama dengan Royal Palace di Bangkok. Picture memang  tak banyak yang berjaya dirakamkan pada hari ini, maklumlah dah nama pun berbasikal time bila pula nak pegang kamera. 

Dalam banyak-banyak benda di sekitar Royal Palace, inilah saja yang berjaya menarik minat saya utk dirakamkan. Kura-kura ini dijual dan kemudiannya akan dilepaskan ke dalam kolam. Motif? Tak tahu, lupa nak tanya

Lebih kurang jam 12.00pm kami kembali ke hostel untuk check out. Sementara menunggu waktu Zohor kami ke cafe hostel untuk mencari nasi (lapar huhuhu). Kali ini kami order nasi goreng vege dan jus yang dimakan bersama-sama menu istimewa kami iaitu sambal ikan bilis, serunding daging dan sambal kicap, Alhamdulillah.

Terbaik dari ladang hehehe. Dalam plastik tu pula rendang daging

Terangkat!!!hehehe

Perut dah kenyang, kembali ke hostel dan kami diberikan sebuah bilik untuk solat dan berehat seketika sementara menunggu tuk tuk yang akan membawa kami ke company bus. Alhamdulillah. Tepat jam 2.00pm kami terus bergerak dan masanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada SR. Minibus yang kami naiki ini mampu memuatkan hingga 15 orang penumpang dalam satu-satu masa dan keadaan didalamnya agak sempit tetapi kalau dibandingkan dengan bus yang kami naiki sebelum ini, kiranya minibus ini agak selesa jugalah. Dua orang terpaksa duduk di sebelah pemandu manakala seorang lagi di belakang bersama-sama penumpang yang lain. Adoiii, kecut perut tau melihatkan gaya pemanduannya; 120km/j, lubang ke apa ke, semua dia belasah; haih, bergelodak perut dan kepala dibuatnya. Bayangkanlah, dalam masa 5 jam kami berjaya sampai ke PP tak ke giler laju namanya tu. Telan pil muntah pun tak berapa nak berjaya (mujur ajelah tak muntah).

Rupa minibus sama seperti di dalam gambar. Free mineral water seorang sebotol..

Alhamdulillah, selamat tiba di PP. Dari company minibus kami dijemput oleh wakil  The King Hotel. Alamak, bermulalah malam penuh misteri buat kitaorang hingga terpaksa cabut ke hotel lain. Orang-orang di sini sangat menakutkan, sekali lihat seperti gayanya tak ubah seperti samseng. Silap kami kerana membuat pembayaran untuk 2 malam di situ, sepatutnya stay dahulu untuk 1 malam dan kalau ok baru bayar untuk malam yang berikutnya. Tapi benda dah jadi, belajar ajelah dari kesilapan. USD15/night for 3 person. Agak murah sebenarnya kerana hotel di PP agak boleh tahan juga harganya. Lokasi The King tidak jauh dari Central Market dan bangunan sekeliling merupakan bangunan lama dan kawasan sekitar agak meriah. Selesai urusan bilik dan tiket bus ke Saigon, kami dibawa ke bilik untuk berehat. Anak tangga pertama dipihak, hati saya tiba-tiba berdegup kuat; yupp saya yakin ada yang tak kena dengan tempat itu tetapi saya diamkan aje. Hinggalah kami masuk ke dalam bilik hati saya semakin tak sedap. Saya amat yakin dengan naluri saya. Walau pada mata kasar bilik itu bersih tetapi saya dapat rasakan bilik itu 'kotor', tak sanggup nak berlama dalam bilik tersebut. Saya pandang keliling; di kepala katil ada sehelai lukisan kanak-kanak ditampal dan terdapat satu picture kepercayaan mereka. Kami memandang sesama sendiri, terdiam dan termenung seketika. 

Saya tak sure siapa yang membuka mulut untuk keluar dari situ untuk mencari saza (forumer cari yang kami kenali waktu trip ke Bangkok) di hotelnya (lupa hotel apa). Apa lagi, cabutlah. Alhamdulillah, memang rezeki kami untuk berjumpa saza dan geng2 yang lain walaupun sebenarnya kitaorang dah nak angkat kaki dari situ kerana receptionist hotel berkenaan tidak mahu memberikan kerjasama. Sembang2 dengan saza dan kemudiannya kami ambil keputusan untuk ke Restoran Malaysia yang saya perasan kewujudannya waktu minibus menuju ke company mereka. Mujur driver tuk tuk tahu di mana letaknya (itu pun nak kelentong kami, jaraknya dekat sahaja tapi diminta USD3, kami berkeras dapatlah USD1.500) Alalala, makanan sedap, USD11 untuk 3 orang dan ada beberapa adegan yang kami tidak gemari berlaku di sini (diganggu oleh seseorang tapi biarlah tak sanggup saya nak cerita di sini). Selesai makan, ambil tuk tuk untuk kembali ke hotel (USD2). Masuk aje bilik, err tiba-tiba kami terperasan ada rotan pula di balik pintu. Err dari mana munculnya? Masing-masing dah tertanya-tanya. Start dari situlah, masing-masing membuka mulut melahirkan rasa tidak sedap hati yang dirasai. Akhirnya, kami ambil keputusan untuk menukar bilik dan Alhamdulillah berjaya mendapatkan bilik baru tetapi masalah tidak juga selesai. 

Malam yang penuh ketakutan. Serius ok. Ada something yang tak kena sebab kami berdua tak boleh nak pandang wajah teman kami yang seorang itu. Saya nampak  hitam sahaja. Teman saya  memperdengarkan bacaan surah Al-Mukminun dan surah Yasin tetapi saya rasa lain, panas (mujur tiada apa-apa yang berlaku). Masyallah, dugaan buat kami. Waktu solat, 2 kali saya terdengar jeritan nyaring seorang wanita; sungguh tak kusyuk dibuatnya. Suara siapakah itu?? Akhirnya kerana tak tertahan dengan apa yang dilalui kami nekad untuk berpindah ke hotel yang lain dan try untuk dapatkan kembali duit kami. Memang panaslah malam itu, mereka tidak mahu memberikan kerjasama sedangkan kami berkeras untuk mendapatkan kembali wang kami  untuk keluar dari situ. Kami berusaha mencari tuk tuk untuk ke hotel yang lain tetapi tah macam mana susahnya  untuk mendapatkan tuk tuk pada malam tersebut. Lama kami bertapa di atas tangga di pintu masuk hotel tetapi tidak dilayan dan suasana memang sangat tegang. Akhirnya setelah sekian lama, kami mengaku kalah dan kembali ke bilik dengan penuh rasa tawakal kepada Allah.  Tidur berhimpit  malam itu. Macam-macam yang saya dengari; bunyi orang merengus di sebelah telinga saya, bunyi  tapak kaki mundar-mandir di luar bilik dan macam-macam lagi hingga saya terpaksa ambil sebiji panadol untuk memastikan saya dapat lena pada malam itu tetapi tidak juga berjaya.  Asyik terkejut sahaja.  Kawan saya kata, tv pun 'dimainkan' pada malam itu. Masyallah!! Malam yang sangat panjang, berjaya juga kami tempuhi, Alhamdulillah. Walaupun tidak mendapat tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya kami selamat. Sayangnya teman saya yang seorang lagi tidak dapat tidur sepanjang malam kerana dihimpit (errr!!).

 1st bilik sebelum bertukar kepada bilik yang lain (2nd bilik tiada picture).

Nasi goreng daging, sedap sangat daging goreng kering itu (rasanya sama seperti dendeng yang saya makan di Bali tempohari)

Wajib try ini, sangat sedap..

Moral of the story, percaya pada naluri dan jangan suka-suka nak ubah plan yang telah dibuat hehehe. Another thing, make sure walau di mana kita melangkah bawalah sekurang2nya Al-Mathurat di dalam purse/beg atau kalau malas sangat pun save bacaan ayat Al-Quran ke dalam hp; Surat Al-Mukminun dan Al-Fussilat, I'Allah. Kita tak tahu apa yang menantikan kita...

Restoran Malaysia (boleh berbahasa Melayu)
#57, St.13 Phsar Chas District,
Khan Doun Penh, Phnom Penh
Tel : 0085512254797 (Mariyam)

*bersambung

You Might Also Like

17 comments

  1. momok yang jahat.. dan aku x kan jejakkan kaki kat hotel the king tu lagi..

    ReplyDelete
  2. tasyha, aku baca kat tripadvisor tadi, memang the king tu terukla. silap kita tak cari info dulu hehehe

    ReplyDelete
  3. Mak oii lajunya ko taip entry.
    Aku dah taip siap2 tapi tak publish lg aheheh.

    KU nantikan cerita seterusnya.

    ReplyDelete
  4. Gmbr lukisan knk2 tampal kat kepala katil siap ada pic lg mmg pelik,....zilla try cari buku ustaz sharhan ala yg slalu masuk tanyalah ustaz & al kulliyah 2....dlm 2 dia bg ayat2 ruqyah dlm al quran bleh hafal x pun bca....ayat2 yg pakar perubatan islam selalu baca ...tajuk dia,....BUKU PERUBATAN ISLAM
    MENANGKIS KEJAHATAN MAKHLUK HALUS

    PENJEJAK AWAN

    ReplyDelete
  5. wah, ngeri tuh... thanks for the info, boleh i refer for my pnh trip nanti..

    ReplyDelete
  6. dekdaa, aku punye style tak suka nak tangguh2 buat keje.kalo boleh nak aje aku settlekan semuanya dalam satu hari tapi tak mampulah pulak, byk keje lain menanti :)


    penjejak awan, saya amalkan surah AlMukminun (malam) dan AlFusilat (siang hari),saranan seorang ustaz.Alhamdulillah,memang bagus kalau diamalkan.emm, bab lukisan tu mmg pelik dan lebih pelik bila ada rotan..seolah2 semuanya ada kaitan antara satu sama lain.


    anne, kalau ke PP jgn lah duduk di The King ini, suasananya agak kurang baik. Nanti saya listkan senarai restoran halal di sana.mudah2an dapat membantu kawan2 semua yang ingin ke sana..

    ReplyDelete
  7. Scary nya baca! Awk mmg berani!

    Alhamdulillah stakat ni sy tak pernah mengalami lagi masa g mana-mana. Taknak alami pun & mintak dijauhkanlah..

    ReplyDelete
  8. nil, awk tak tahu hakikatnya, betapa penakutnya saya ini :)

    emm,minta dijauhkan nil.kami ini lain sikit tapi takpelah, anggap aje semuanya kelebihan yang Allah berikan :)

    ReplyDelete
  9. thanks zilla, my trip hujung bln 6 nanti, seram sejuk je nih sbb ni solo trip ke PP... =)

    ReplyDelete
  10. anne, I'Allah semuanya akan ok.PP ok walaupun bergerak sendirian cuma berhati2 ajelah.cari hotel dikawasn riverside sebab di situ happening so kalau gerak sendirian pun tidaklah takut sangat.

    ReplyDelete
  11. haii zilla...nk tya,sy n 2 org lg kwn akn ke PP bln 2jun ni.rncg 3jun pg ke SR.agak2 kt PP tu boleh ke round semua tmpt yg 'wajib pegi' utk satu hari?masa smpi PP sama mcm u smpi.around 8pg kan...pastu kt SR hostel mana u tgl?blh share?sbb sy review popular guest house, mcm ok je.$18-3 person/night.berangan nk naik basikal round SR tp bila baca entry u mcm impossible aa plk.oo lg satu, sehari cukup ke cover SR?
    thanks...

    ReplyDelete
  12. hi encik/cik tak tahu nama :)

    saya cadangkan dari airport tu terus aje pusing PP.ambil tuk tuk for 1/2 day tapi jgn ambil tuk tuk airpot, gerak keluar dari airport,deal dengan derang dptkan harga seminimum yang boleh..

    di SR, saya stay di home sweet home.mgenai popular ghouse itu saya tak tahu macam mana tapi boleh check di tripadvisor, lihat review di sana..kalau ok, oklah kot hehhee..mksdnya nk round town SR atau mahu kayuh hingga ke angkor wat?

    ReplyDelete
  13. alamak nama hotel tu lebih kurang sama dgn hotel yg sye dh book - King Guesthouse. google nama the king hotel xde la. seram ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeng jeng hahaha!!saya google king guesthouse tu, yupp tempat yang sama yang saya maksudkan hehehe

      Delete
  14. serem..tak pernah ada pengalaman macam ni.btw, salam kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal, sai..

      ini pengalaman paling scary yang penah saya kena sepanjang aktif jalan sana-sini hehehe...kalau bagi free pun tk koser nak dok situ..biarlah bayar lebih asal takde momok :D

      Delete
  15. Huiiii ok terus pangkah hotel Raja nih....

    ReplyDelete

Subscribe