Vietnam : Part I

Wednesday, February 15, 2012

26.01.2012 : Saigon

Previous entry Cambodia  

Hari baru di bumi Saigon. Masih pening memikirkan kemungkinan plan ke Mui Ne terpaksa dibatalkan kerana masih belum berjaya mendapat penginapan murah di sana; mana yang ada semuanya full kerana public holiday. Plan B, balik hari walaupun hakikatnya kami sedar kepenatan yang akan kami rasai tapi tak salahkan mencuba? Kami cuba untuk mendapatkan bus malam ke sana; bermalam di dalam bus sahaja, tiba di Mui Ne sekitar 2.30-3.30am, jalan-jalan kawasan sekitar dan kembali semula ke Saigon. Harga bus ke Mui Ne sekitar USD8 - USD10; bergantung kepada company. So, survey betul-betul. Banyak bus ke Mui Ne ditawarkan oleh travel agent di sekitar Pham Ngu Lao Street. Paling murah yang kami perolehi USD8, manakala USD9 (kalau tak silap saya) untuk sleeper bus, bertolak jam 8.00 pm dan tiba di Mui Ne sekitar 2.30 - 3.30 am. Bus dah dapat untuk malamnya; ngam-ngam ada 3 kekosongan sayangnya mungkin memang dah tiada rezeki kami untuk singgah ke sana; kami tidak berjaya mendapatkan any contact yang boleh pick up kami sebaik sahaja tiba di sana. Apa yang menariknya di Mui Ne hingga kami terlalu ingin ke sana? Sila google ajelah, malas nak cerita. Untuk sewa kereta ke Mui Ne, harga yang ditawarkan sangat diluar kemampuan kami. Takpelah, ini bermakna kami perlu kembali ke Vietnam untuk ke Mui Ne.  Jadinya, plan dah berubah dari yang telah dirancangkan. Ke mana kita? Emm, menghabiskan masa di sekitar Saigon sahaja untuk beberapa hari kerana kami hanya akan bergerak ke Danang pada 29.01.2012. Pada saya, tiada apa yang menarik pun di Saigon...

Mui Ne cancel maknanya kami ada extra sehari. Apa yang ingin dilakukan agar masa tidak terbuang begitu sahaja? Ok, setelah berbincang sesama sendiri kami membuat keputusan untuk mengikuti tour ke Cu Chi Tunnel dan Cao Dai Temple USD10 (asalnya USD8 sahaja tetapi disebabkan public holiday di sana, harga pun naik huhuhu). Tour ke Mekong River memang kami tidak berminat. Booking tour dengan owner hotel dan kami bergerak menuju ke Bien Thanh Market untuk cuci mata (jalan kaki aje dari hotel). Melangkah masuk ke Bien Thanh, errr tak suka. Penjual di sana sangat agresif, kiri kanan tangan ditarik mujur tak tercabut aje huhuhu. Kawan saya siap dipukul ditangan sebab tak nak beli hasil jualan mereka. Kejap aje pun dalam tu sebelum kami mengambil keputusan untuk melangkah keluar dari situ dan berjalan-jalan di kawasan market. Singgah di kedai menjual beg; saya sambar beg Deuter 20L, rain coat untuk beg saya dan topi dengan harga 230,000 Dong. Jadilah tu; itu aje yang menarik minat saya.

Seterusnya, kami bergerak pula ke sudut yang berbeza. Di sini penuh dengan gerai-gerai buah2an dan bunga2an. Takdelah beli pun bunga2an yang ada tapi kami singgah di gerai buah2an mencari durian. Alalala, durian (150,000 Dong) yang dijual memang nampak menarik; bila dibelah pun tetap nampak menyelerakan tetapi bila try makan errr durian tu keras; macam durian peram aje huhuhu. Jadinya, kalau nak try durian di sini hati2lah dan pandai2lah memilih. Sebelum kembali ke hotel untuk berehat sebentar, tukar duit dahulu kerana USD dan Dong semakin susut. Bila dah kembali 'bernafas' perjalanan ke hotel diteruskan dan kami singgah terlebih dahulu di Taj Mahal Restaurant (restoran pakistan) yang terletak beberapa depa sahaja dari hotel untuk mencari nasi (lapar nasi). Harga agak berbaloi dengan size makanan yang dihidangkan kepada kami. Sangat lega ok dapat pekena briyani ayam (kalau singgah di sini, order satu pinggan ajelah sebab kuantitinya boleh dimakan oleh 2-3 orang). Perut dah kenyang, pulang ke hotel untuk berehat sebelum aktiviti seterusnya iaitu menonton Puppet Show di Golden Dragon Water Puppet Theatre dengan menaiki teksi (40,000 Dong).

Layan.....

Bien Thanh Market di sudut yang berbeza. Jalanraya agak lenggang kerana public holiday namun kerisauan tetap ada tiap kali ingin melintas jalan.

Kopi dan kekacang...

Cenderamata (tak tahulah murah atau mahal, tak tanya)

Atas: Buah nona, guava, limau mandarin dan ciku (besar sungguh saiznya)

Tipah tertipu huhuhu

Air tebu (wajib cuba). Harga secawan sekitar 30,000 Dong




Lunch merangkap dinner (sekali sehari aje makan) di Taj Mahal Restoran. Untuk menu di atas harga sekali makan 280,000 Dong x 3 hari berturut-turut.

Perut dah kenyang, lepak di bilik layan sunset sebelum bergerak menuju ke Puppet Theatre.

Nyaris-nyaris tak dapat tiket sebenarnya ini. Kalau siapa-siapa yang berminat nak layan puppet, better beli tiket awal-awal. Kami dapat tiket for last show, 7.45pm dengan harga USD6/person. Show mengambil masa 45 minit.

Sangat berbakat. Mereka inilah yang memainkan alat muzik, mereka-mereka inilah yang 'menghidupkan' puppet.
Kami dapat seat di kedudukan 2 yang terakhir. Orang ketawa, kami pun ketawa tapi hakikatnya apa benda pun tak faham hehehe. Apa pun show yang bagus, enjoy sangat-sangat. Mat saleh belakang kitaorang boleh bantai tidur lagi.

Ada 17 persembahan, so kalau rasa tak boleh nak tangkap apa yang sedang dipersembahkan cepat2lah rujuk balik senarai persembahan yang diberikan.

Antara yang ada di pesta bunga

45 minit berlalu kami bergerak menuju ke pesta bunga yang diadakan bersebelahan dengan theatre. 20,000 Dong/person dikenakan untuk setiap pengunjung. Emm, tak menarik pun. Best lagi pesta flora Putrajaya. Kami pusing2 aje kawasan ini dan kembali ke hotel dengan berjalan kaki aje. Masa untuk tidur...

Golden Dragon Water Puppet Theatre
55B, Nguyen Thi Minh Khai Street
Tel : 84839302196 / 0989370873
Show Time : 5.00pm, 6.30pm, 7.45pm

*bersambung

You Might Also Like

7 comments

  1. Wah ka ternyata vietnam hampir sama dengan indo, buah-biahannya sama ka... mita punya di rumah. Hayoo kapan kk kerumah mita?

    ReplyDelete
  2. ngeri kan nak melintas jalan kat sana..aku rasa aku penat giler jalan kat sana..sbb every time melintas jalan, aku lari pecuttttt sehabis daya...haha..

    ReplyDelete
  3. Putri Biru,iya.kalau begitu pos aje buah2an kemari agar tidak perlu saya ke sana hehehe..

    Yantie, bab melintas tu memang aku setuju sgt2lah.kaki berlari, mulut menjerit; fuhh mujur tiada sebarang accident ketika di sana :D

    ReplyDelete
  4. hehe bab melintas memang kelakar, saya sampai balik malaysia pun terbawak-bawak melintas style vietnam main sondol sajer... dah terlupa kat malaysia kena tunggu sampai kereta takde baru boleh melintas...

    ReplyDelete
  5. wew ka.... bagusnya kaka kesini biar terasa buah segarnya....

    ReplyDelete
  6. putri biru, keh3..bijak2..kirim aje ke ayuknya (err betulkan istilah ini)next week hehehe.

    ReplyDelete
  7. Niza Zainal, hahaha.memang kelakar la kalau ingat bab melintas tu..pandang kiri-kanan-kiri-kanan, ingatkan dah clear, sekali *tetttt*, aduhh lama2 di situ boleh gugur jantung dibuatnya hahaaha

    ReplyDelete

Subscribe