Ramadhan - Syawal

Wednesday, August 22, 2012


Hari keempat di bulan Syawal rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat semua. Macam mana raya tahun ne, meriah? Bagi saya sekeluarga segala-galanya agak sepi tahun ini. Mungkin kehilangan nenek masih dirasai dan ditambah pula adik-adik pakat beraya di rumah mertua masing-masing; haih memang agak sendulah sambutan Syawal tahun ini. Apa pun, tak kisahlah yang penting sekarang bagaimana penghayatan kita sepanjang bulan Syawal ini, betul tak?  :)

Oklah, nak bawa mengimbas sedikit kenangan di bulan Ramadhan yang sudah pun berlalu. Syukur Alhamdulillah, rezeki bertambah tahun ini. Saya agak busy dengan tempahan hamper, tempahan biskut raya dan seperti biasa travel ke negara jiran - Singapore dan Indonesia bersama dua teman saya tasyha dan faiz. Saya tak nak bercerita mengenai tempahan yang saya terima tetapi saya ingin bercerita mengenai pengalaman saya berpuasa di 2 negara jiran tetangga kita ini.

Mungkin ada yang mengetahui, 1st Ramadhan saya sambut di Surabaya. Dari Lombok saya lanjutkan perjalanan saya hingga ke tanah Jawa. Agak sayu apabila berada jauh dari keluarga di hari pertama Ramadhan. Kalau biasanya, hari pertama bersahur akan disambut meriah dengan seluruh ahli keluarga tetapi kali ini saya sambut bersama-sama adik saya di dalam train dengan berbekalkan nasi goreng sejuk dan segelas teh o panas. Kebetulan waktu itu kami ingin menuju ke Gubeng dari Jember. Haih, tak lalu pun nak telan nasi sebab asyik teringatkan rumah. Akibatnya, memang lembiklah tetapi mahu atau tidak, perjalanan tetap perlu diteruskan. Takan 1st day puasa dah nak ponteng, betul tak? hehehe. Petang itu, kami berbuka di bandara sahaja. Haih, pengalaman juga ini. Bila bertanya pada local people waktu berbuka sekitar jam setengah enam. Aduhh, pusing gue. Jam berapa itu? Kami beranggapan jam 6.30pm, waktu berbukanya. Jadinya sekitar jam 6.00, kami bergerak menuju ke salah satu restoran fast food yang ada,  masuk aje kami tengok masing-masing sedang enak menyantap. Err tak puasa ke apa sebab rata-rata yang sedang santap itu bertudung. Bila bertanya pada minah di kaunter, lorrr rupa-rupanya udah lepas waktu berbuka. Jadinya apa lagi, pulun lah hehehe.

"Zi, mahu jadi guide saya di Singapore? Saya mahu ketemu sama Habih Noh..". Antara keinginan dan impian saya jadi tidak sampai hati untuk menolak. So, berlepaslah saya ke Singapore dengan menaiki Tiger Airways. Mungkin juga rezeki saya bisa mendapatkan tambang hanya RM33 ke Singapore. "Zi, saya capek.." Ya, saya tahu tempoh waktu berpuasa di negara kita dan Singapore agak lebih panjang berbanding negaranya, teman saya ini perlukan waktu untuk menyesuaikan diri. Jadinya, sebagai rakan hanya kata-kata semangat sahaja yang mampu kami kongsikan untuk memastikan kami berdua tetap mampu bertahan hingga ke petang. Antara peristiwa yang tidak boleh saya lupakan adalah waktu bersahur. Ko pandang aku-aku pandang ko :D. Bersahur dengan murtabak lebihan berbuka dan 2 biji croissant - haih terasa macam telan batu sebab tak lalu huhuhu. Ada satu pengalaman misteri/menakutkan yang saya lalui tetapi tak tahulah samada wajar atau tidak saya kongsikan di sini. Satu perkara yang saya suka di Singapore, suasana waktu berbuka di Masjid Sultan; sangat meriah, terasa seperti di tempat sendiri lebih-lebih lagi dengan keramahan masyarakat setempat.


"Pak, di sini jam berapa berbuka, ya? Maghribnya jam berapa..."
"Ya, nantikan kedengaran azannya.." Erkk!! - mungkin kami bertanya pada orang yang salah...

"Mbak, maaf bertanya di sini Maghribnya jam berapa"
"Err, enam lebih sedikit.."
"Maksudnya?"
"Tak tahu deh..." Sekali lagi, erkkk??!! - kali ini kami yakin kami bertanya pada orang yang tepat tetapi entahlah..mungkin kami tersilap membuat penilaian hanya berdasarkan ciri-ciri luaran yang ada...

Ini hanya sebahagian dari rentetan pengalaman saya dan tasyha di Jakarta. 2 hari di sini, darah asyik menyirap aje hehehe. Macet tak usah cakaplah, lagi dasyat dari Kuala Lumpur. Cuaca panas dan berdebu mencabar sanubari apatah lagi dengan keadaan sekeliling yang terlalu padat dan bersesak; isshh sabar, sabar - kesabaran memang teruji huhuhu walaupun kadangkala terlepas jugalah kata-kata yang tidak sewajarnya. Satu yang kami saya suka di sini, barangan kamera tersangatlah murah. Haaih, kalau punya duit memang kami saya borong kesemuanya tetapi poket tidak membenarkan; sempatlah sambar dua-tiga benda untuk camera ini kalau tak gojes gambar lepas ne tak tahulah nak kata apa keh3.

Apa pun, benarlah kata orang "hujan emas di negara orang...negara sendiri tetap terbaik". Sekali lagi buat teman-teman, Selamat Hari Raya Aidilfitri...


Tak pernah terfikir untuk berbuka puasa dengan instant noodle tetapi bila dah berada di tempat orang, apa jua memungkinkan...

Saya sempat bertemu dengan blogger, Febry Fawzy di Jakarta untuk poskad yang indah ini. Buat teman-teman yang ingin memiliki poskad hasil lensa beliau, boleh melihatnya di sini -> patw


Chiow...

You Might Also Like

8 comments

  1. selamat hari raya zilla! maaf zahir batin. ;)

    ReplyDelete
  2. seru ya ka... banyak hikmah di balik perjalanan.

    ReplyDelete
  3. selamat hari rayaa zilaa......cepat sikit keluarkan entri puasa di rantauan

    PENJEJAK AWAN

    ReplyDelete
  4. PA, I'Allah akan diusahakan..cepat atau lambat,s emuanya bergantung kepada mood :)

    ReplyDelete

Subscribe