Samosir : Day 3

Monday, March 25, 2013

Samosir : Day 2

Maaf entry kali ini memang banyak gambar..

Hari ini takde agenda khusus; ikut kaki mengayuh. Kononnya nak jalan kaki pusing-pusing Samosir tetapi bila ada rayuan cadangan untuk sewa basikal, oklah saya setuju. Maklumlah ongkosnya pun masih berbaki hehehe. Kami sewa 3 buah basikal pagi itu dengan harga Rp25,000 (harga asal Rp30,000).

 
Us [Picture : Syikin]

Sekitar 8.45am, kami bertiga bergerak menuju ke Ambarita untuk singgah di Stone Chair. Singgah dulu di salah satu restoran masakan padang yang ada berdekatan dengan penginapan kami. Maklumlah stok makanan dah semakin berkurangan. Syikin dan Iffa dengan menu soto nasi manakala saya memadai dengan maggi goreng. Total 3 orang makan, Rp52,000 (err macam mahal je bunyinya hehehe)

 Sotonya tak macam soto di Malaysia; kuahnya menggunakan santan dan rasanya surelah berlemak. Ianya dihidangkan dengan sepinggan nasi kosong.

Perut dah kenyang, perjalanan diteruskan semula mengikut kaki mengayuh. Ridu memberi saranan agar singgah di Stone Chair yang terletak di Ambarita. Emm, singgah ajelahkan; dah alang-alang sampai. Bayaran masuk sebanyak Rp3,000/person dikenakan. Melangkah aje masuk, kami dikejar oleh guide yang bersedia memberikan service. Macam-macam harga yang ditawarkan olehnya tetapi sungguhlah kami terlalu penat untuk mendengar orang membebel mengambil kisah dengan apa jua kisah yang bakal disampaikan. Bukan tak nak menyumbang sesuatu kepada mereka tetapi sungguh kami tak larat. Kami tolak dengan baik dan setelah puas bergambar di situ kami terus melangkah keluar.

 
Rumah adat Batak.

 

         
Antara yang dapat disaksikan di Stone Chair. 

Perjalanan perlu diteruskan tetapi ke mana? hehehe

Akhirnya kami membuat keputusan untuk belasah ajelah.  Tiba di hujung jalan; kiri ke Tomok manakala kanannya menuju ke Pangururan, Syikin memberi cadangan untuk membelok ke kanan. Mana tau kali ini kami boleh mengayuh sampai ke Tele hehehe (verangan hehehe).

 
Cuaca yang sangat baik, Alhamdulillah.

Mana ada tempat menarik kami stop dan ambil gambar. Memang itulah kerjanya. Sempat berkenalan dengan mamat dari Yugoslavia yang keliling Samosir dengan berjalan kaki sahaja. Fuhh, memang tabik habislah. Itu pun dah hari ke lima beliau di Samosir dan menurutnya lagi nak extend beberapa hari lagi di situ. Fuhhh, kalaulah saya boleh buat perkara yang sama, bestnya!!! (tak nak fikir pasal kerja huhuhu)


 
Jangan ditanya di mana lokasi tempat ini. Nampak cantik, kitaorang terus redah; tak fikir apa dah..


 Tiba di satu lokasi, berlaku satu insiden..

"I want your camera or you give to me 1,000.. I know you take my picture.."

"nooo...I don't have your picture..loookkk..."

"liar!!!"

Wahhh, ini sudah lebih. Kecil-kecil lagi dah pandai nak menge'pow' orang. Ini antara pengalaman menarik yang berlaku pada saya. Kononnya dah try merakamkan aksi anak-anak pulang dari sekolah tetapi lain pula yang berlaku hehehe. Tak sempat pun nak buat apa, dah kena jerkah. Aduhhh!! Bila beliau cuba untuk memukul saya dengan sesuatu, terus saya blah. Tak pasal-pasal, lain pula jadinya nanti (dengan budak-budak pun boleh kalahkan? hehehe). Kawan saya yang berdua waktu ini dah pun lepas ke depan.

Sampai di satu jalan, lain pula kisahnya. Kena pula kejar dengan anjing. Dahh, terpekik di situ...

"makkkk, tolonnggggg!!" - rasanya kamilah yang paling kecoh pagi itu hahaha.

Betul, anjing itu sangat nakal ok. Dia bukan sekadar menyalak tetapi mengejar. Mujurlah waktu itu kami menuruni bukit kalau tidak, tak surelah basikal ke mana dan saya kemana hehehe.

Gara-gara ikut kaki mengayuh, akhirnya kami tiba di 'port fav'. Macam tak percayalah pula berjaya mengayuh sejauh itu lebih-lebih dengan keadaan cuaca yang panas terik. Dah alang-alang sampai, kami layan perasaan sendu ajelah di situ. Kelaparan ok. Tengahari itu, kami berkelah di situ dengan berbekalkan sebungkus kerepek pisang yang dibuat khas dari Msia hehehe


 Pulau Tao di hadapannya. Awan yang sangat cantik.


Sekitar jam 1.30pm, kami membuat keputusan untuk kembali ke pangkal jalan berpatah balik. Teman saya ingin ke Tomok untuk mencari ole-ole. Terseksa sungguh rasanya perjalanan pulang apatah lagi kami dah kepenatan dan kelaparan. Kami tiba di Tomok sekitar jam 5.++pm. Saya cuma beli sehelai t-shirt untuk kenangan (giler mahal weiii, jenuh dok tawar tapi tak berjaya). Kami di pasar Tomok sekitar 20 minit sahaja dan kembali ke Bagus Bay dengan meredah hujan.

 
View ini disaksikan sepanjang jalan dari Ambarita - Tomok.

Walaupun hujan turun secara tiba-tiba petang itu tetapi kami tetap sempat layan sunset dari penginapan kami. Sedihlah pula rasanya sebab esok kami akan mengucapkan selamat tinggal pada Samosir, pada keindahan dan keramahan warganya. Petang tu memang masing-masing layan sendu. Rasa macam tak nak balik...

Sunset di Danau Toba.

Malamnya sekali lagi pengsan kepenatan..

*bersambung

You Might Also Like

29 comments

  1. uih birunya langit! masa kitorang pegi, nan hado...

    wah dasyat ek main mintak2 duit plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, biqque. 1st time saya ke sini pun tak dpt cuaca sebaik ini...cuaca sgt terik, separuh dari tangan saya hangus dan mengering..muka mmg rentung huhuhu..

      yupp..bukan mereka ini dah dibiasakan dengan tourist..kalau tak minta duit, derang akan minta snack..tapi kalau malas nak layan, buat derk ajelah hehehe

      Delete
  2. Cantik gambar-gambar ini :)

    Oh kena kacau oleh budak-budak sekolah dan kena kejar anjing ? :( Alhamdulillah Zilla selamat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teirma kasih, kak :)

      Alhamdulillah, semuanya ok..saya kira ianya sebagai satu pengalaman berharga..lain tempat, lain kisahnya..bila diingat balik, lawak pun ada..kena buli dgn budak2? haishhh!! :D

      Delete
  3. Tengok gambar awk terasa rindu pulak samosir island..tempat yang amat cantek dan mendamaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat yang bagus kalau nak lari dari hiruk-piruk kota.

      Delete
  4. Supir yang saya pernah guna dulu ada offer saya free kalo nak ke sini lagi sebab saya byk tlg dia dptkan customer..terasa macam nak pegi lagi jer...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadinya, apa tunggu lagi..bukan senang nak dapat offer macam tu hehehe

      Delete
    2. Just check AA..gi balik sorg RM160..buln 9...InsyaAllah nak gi lagi..hehehehe. Tergugat hati tgk gambar2 awk :P

      Delete
    3. jadinya, dah rembat ke belum ne? ikutkan dah murah sangatlah tu hehhee...

      Delete
  5. Assalamu'alaikum Zilla

    Indah sangatlah itu gambar. Hiks hiks...
    Andai Evi bisa ikut saat itu, pasti segar lihat pemandangan itu.
    Bagilah satu gambarnya untuk Evi koleksi ke email ^_^.
    Pengen gambar ke 8 (dengan view air laut, diatasnya ada awan, diujungnya ada bukit hijau). Maulah saya nak koleksi satu gambar itu cantik sekali.
    Makasih ya Zilla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Evi

      terima kasih...Insyallah nanti saya emailkan ya...

      Delete
    2. Terima kasih, Zilla. Wah, jalan-jalan terus kayaknya Zilla nih ya. Banyak tiket murah kahir-akhir nih ^_^

      Delete
  6. Replies
    1. keren or karen??hahahah

      terima kasih mita..ini mana menghilang??tiba2 aje muncul hehehe..sihat?

      Delete
  7. Harap nanti bulan Juni sis boleh bawa banyak teman...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah Irdi..saya pati akan kembali ke Samosir..bila, itu saya tak pasti..Jun, saya ada family trip ke Bandung huhuhu

      Delete
  8. hoho...saya pun 4 hari lepas dari sana nak jadi "tour guide" buat kawan saya dalam trip jakarta-bandung-jogja-jakarta...weh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haih, nampaknya kita dapat tugasan yang sama..bezanya saya bawa family, Irdhi pula sama teman2 hahaha...so, bandung ke mana aje? ada new attraction tak??saya punya budget utk trip bandung ini, RM350 utk 5 hari..ok ke Irdhi?

      Delete
  9. Hahahah..kelakar..nampaknya tak boleh abil gambar sebarangan..heeeee

    Speechless...cantik bangat view kat Paualu tu..pandai Zilla cari port scenary yang santek :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgnlah gelak..malu ai hehehe...

      terima ksih, JM..syukur bila semuanya menyebelahi kami :)

      Delete
  10. next time nak ikot zilla~!!! :D
    sgt jemles melihat anda berbasikal... if kene dengan time and saya boleh cuti, saya akan follow.. inshaAllah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jommm!!tapi nak ke mana tu hehehe

      Delete
    2. hehe.. kan zilla selalu pos ttg nak cari member.. if kene tarikh dan masa, inshaAllah.. nak join~ :)

      Delete
  11. RM 350 tu hanya baki tuk jalan-jalan atau termasuk tambang bus/kereta api/dll , penginapan ?
    Inilah...kawan saya kata nak ke Kawah Putih dan Transstudio...selagi dia di Transstudio, saya pulak nak pusing-pusing Bandung cari sesuatu yang baru...
    sementara, bolehlah sis tunjukkan itinerary sis nanti bila kita jumpa di KL...:)

    btw, ada entri baru di blog saya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. all in tetapi tidak termasuk makan..saya skip trans studio..adik2 saya tak berminat dgn tempat itu, lain2 tempat Insyallah akan saya singgahi..yang pasti bab shopping memang kurang..awal2 lagi saya udah warning mereka hehehe..ok, anything bgth sya ya..jumpa di KL nanti..ehh next week aje kan? hehehe

      Delete
  12. hahahahaahaa kena paw dgn budak2. lawak la. kahkah

    ReplyDelete

Subscribe