Samosir - Medan : Last Day (Total Expenses)

Wednesday, March 27, 2013

Medan : Day 1
Medan : Day 2
Samosir : Day I (Part I)
Samosir : Day 1 (Part II)
Samosir : Day 2
Samosir : Day 3

Hari terakhir di Samosir. Kami bergerak menuju Parapat sekitar jam 11.00 pagi dengan feri. Dari Parapat sekali lagi kami akan menaiki van menghantar koran untuk kembali ke kota Medan. Van hanya akan tiba sekitar jam 1.++pm kerana waktu itu mereka sedang berada di Balige untuk penghantar suratkhabar lama. Masa yang ada, kami habiskan dengan melepak di kawasan lapang berdekatan Masjid Parapat. Nak pusing-pusing town Parapat? Emm, malas.

Oleh kerana dah masuk tengahari, perut pun dah kebuluran kami hanya menapau nasi kosong sahaja. Itu pun cuma dapat 2 pinggan yang dikongsi bersama. Lauk? Mujurlah ada saki-baki serunding dan tuna. Itu ajelah juadah kami tengahari itu. Simple tetapi sedapppp!!

"beb, kalau kat Malaysia ne jangan harap saya nak makan lauk macam ne..nasi dengan tuna, sungguhlah tak sesuai..tapi kat sini, giler sedap pula rasanya..."

"hahaha..."

Betul tak apa yang kitaorang katakan tu? Kalau kat rumah, emm bukan main demand. Itu tak makan, ini tak makan. Dah tu pula, kalau lauk yang dimasak tak kena tekak sanggup tu start enjin kereta dan makan di kedai. Bila dah ada di tempat orang, baru tahu betapa beruntungnya dengan apa yang kita ada selama ini. Makanan diluar kebiasaan pun boleh kita telan untuk kelangsungan hidup, betul tak? Untuk trip ini, berat saya turun hampir 3kg (seminggu lepas tu, naik 4kg, macam mana tu?hahaha) - opps, cukuplah membebel, tu kan?

Sekitar jam 1.++pm, van menghampiri dan kami terus berangkat menuju ke kota Medan. Traffic agak lancar dan kami tiba di Kota Medan sekitar jam 5.++pm. Syikin dan Iffah request untuk mencari Ambon Zulaikha, so melilaulah kami dibawa Ridu untuk memenuhi hasrat mereka berdua. Saya? Emm saya tak beli apa-apa pun. Kuih-kuih seperti ini memang tak laku di rumah huhuhu. Dari Zulaikha, kami meminta Ridu menghantar kami terus ke Masjid Raya untuk bertemu dengan Irdi. Boleh pula tu request nak pekena bakso walhal masa dah suntuk huhuhu.

8.30pm, kami masih lagi berada di pinggir jalan untuk mencari teksi ke bandara. 8.45pm, baru berangkat dan tiba di bandara 10 minit kemudian. Tambang teksi Rp30,000. Setelah mengucapkan selamat tinggal pada Irdhi terus berlari ke kaunter untuk check in. Mujurlah mamat dikaunter tu tak banyak soal. Semua urusan berjalan lancar. Begitu juga di imigresen. On time, kami berlepas ke Kuala Lumpur.

Selamat tinggal Sumatera Utara.

***

Total Expenses (Medan - Samosir)

Medan : Day 1
Becak airport ke Masjid Raya : Rp20,000
Standard room @ Residence Hotel : Rp70,000
Breakfast (nasi goreng + teh panas) : Rp20,000
Becak keliling kota : Rp50,000
Muzium Sumatera Utara : Rp750
Tjong A Fie Mansion : Rp30,000
Becak Medan Plaza - Masjid Raya : Rp10,000
Lain-lain (simcard, mineral dsbnya) : Rp30,000
Total : Rp230,750

Medan : Day 2
Angkot Masjid Raya - Kantor Pos : Rp2,000
Poskad + Setem : Rp8,000
Novel @ Gramedia : Rp70,000
Standard Room @ Residence Hotel (Rp120,000/room) : Rp40,000
Jajan : Rp50,000
Total : Rp170,000

Medan - Samosir : Day 1
Backpacker package @ Ridu (3days 3nights) : Rp600,000
Total : Rp600,000

Samosir : Day 2
Durian (4biji * Rp10,000) : Rp14,000
Jajan : Rp10,000
Total : Rp24,000

Samosir : Day 3
Basikal : Rp25,000
Breakfast : Rp18,000
Jajan : Rp10,000
T-shirt @ Tomok : Rp35,000
Total : Rp88,000

Samosir - Medan : Last Day
Makan (bakso dsbnya) : Rp25,000
Teksi ke bandara (Rp30,000) : Rp10,000
Airport tax : Rp75,000
Total : Rp110,000

Grand Total (Zilla) : Rp1,222,750 ~ RM391

Grand Total (Syikin + Iffa) : Rp912,000 ~ Rp292

Rp1juta : RM320

* Gambar untuk last day memang takde..

You Might Also Like

8 comments

  1. Jelez ngan Zilla...selalu pegi ngan Budget Trip..tak sampai pun RM500 tue :-)

    Nak try lah nanti..follow cara Zilla :-)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Hi Zilla,
    Tumpang tanya, kalau backpacker package tu, is it through travel agency atau mcmana ye? Ada email/contact person tak? Thank you in advance

    Maria

    ReplyDelete
  4. Hi Zilla,
    Tumpang tny. Backpacker package by rudy, is it through travel agency or freelance? Ada tak contact num/email? Thank you in advance :)

    Maria

    ReplyDelete
  5. Hi Maria

    Namanya Ridu bukan Rudy hehehe..mamat ne freelance dan memang keturunan batak so selok belok samsosir memang dia tau..awak boleh sms dia +6281396654380..bgth aje awak kawan saya..moga membantu ya :)

    ReplyDelete

Subscribe