Day 9 : Taman Nasional Komodo ~ Bermalam di Pulau Kalong (Part III)

Monday, November 11, 2013

Previous entry di sini -> Day 9 (Part II)

Masih lagi di hari ke-9


Saya memang dah alert tentang situasi di mana kami mungkin akan dipukul ombak besar di perairan taman negara ini. Rata-rata blog yang saya baca menceritakan perkara yang sama cuma saya berdoa moga nasib kami lebih baik tanpa perlu melalui keadaan itu.


"Laut, kadangkala boleh menjadi sahabat dan kadangkala ianya mampu berubah menjadi musuh.."

Mimpi ngeri buat saya dan teman-teman saat perlu melalui pengalaman dipukul ombak besar. Kalau selama ini hanya menonton keadaan ini di televisyen nah sekarang saya perlu melaluinya dengan doa yang tanpa henti agar tiada perkara buruk berlaku di atas kami. Daratan entah di mana.

Hampir menitis air mata gara-gara ketakutan yang amat sangat. Terasa diri ini kerdil-sekerdilnya. Pak Amin cuba menenangkan kami. Saya tak tahu berapa lama kami menempuhi saat ini kerana saya tertidur melawan ketakutan diri. 2 orang teman saya juga turut tewas dengan keadaan laut yang mengganas petang itu. Sedar-sedar, kami berada di perairan yang tenang. Terasa seperti tiba di satu dunia yang baru kerana pemandangan yang terbentang di hadapan kami sangat-sangat memukau.

Boleh lihat rakaman keadaan laut petang itu di blog Syathebackpacker.


Welcome to Kalong Island..

Saya tidak tahu macam mana mahu menterjemahkan keindahannya menerusi tulisan saya ini. Nun di barat, matahari sedang galak menyembunyikan dirinya. Pada masa yang sama, di sudut yang bertentangan bulan penuh sedang galak menunjukkan dirinya. Tak tahu mana satu moment yang perlu kami perhatikan; sunset atau rembulan.

 
Dalam gambar ini kelihatan salah seorang penduduk Kg. Komodo yang menjual souvenir dari kapal ke kapal. Memang menyentuh jiwa melihatkan keadaannya. Jadinya, kalau kawan-kawan berhajat ke sini bawalah pakaian atau bekalan makanan untuk disedekahkan kepada mereka-mereka ini.

Malam ini kami akan bermalam di atas kapal di perairan Pulau Kalong; sebuah pulau kecil yang didiami dengan ribuan kalong atau kelawar dan jaraknya tidak jauh dari Kg. Komodo. Keindahan malam kami nikmati dengan bertemankan dinner yang simple tetapi enak hingga menjilat jari sambil melayan keindahan alam.


Saya, tasyha dan dot malam ini memilih untuk tidur di atas dek kapal (err tak tahulah betul ke tidak istilah ini). Konon nak layan bintang, tapi belum sempat nak layan semua dah ke laut melayan mimpi hehehe. Anne pula memilih untuk tidur di dalam dek kapal manakala Zainur, mana boleh tidur di situlah beliau tidur hehehe.

 
Inilah tempat tidur kami bertiga..cuma beratapkan kanvas...sejuk beku ok!!

* bersambung untuk hari ke-10

You Might Also Like

10 comments

  1. Subahanallah cantiknya permandangan disitu zila... Ombak besar umpama kehidupan yg sedsng bergelora... kesabaran pasangannya ;-)

    ReplyDelete
  2. hahaha... org penakut macam saya kena tidur kat bawah, tak berani nak tidur kat atas tu.. silap2 terjaga dah ada dlm laut [punyalah imaginasi melampau]. risau kot2 gelombang kuat macam siangnya..

    ReplyDelete
  3. wah tidur atas dek kapal...menarik tu!
    dah tengok video tu ...Ya-Allah mmg bergelora sungguh, kalau ms memang dah lama tewas

    ReplyDelete
    Replies
    1. giler besarkan ombak tu, ms.smile? syukur semuanya selamat..wpun ketakutan, saya kira itu antara pengalaman berharga buat saya :)

      Delete
  4. rindunya malam2 tu tiba2 angin kuat. haha.rindu sangat nk tido kat dek atas tu.waaa.nk pegi flores lagii :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rindu dgn kenangan tu, dot..Insyallah ada rezeki memang akan repeat Flores cuma tak tau bila. tahun depan dah nak kurangkan jalan2..nak fokus utk sesuatu..huhuhu

      Delete

Subscribe