Tips menjaga perut...

Friday, November 29, 2013

Terpanggil untuk berkongsi tips dari Gaviscon ini di blog. Moga kita semua akan mendapat manfaat daripadanya.

Kalau dilihat pada tips yang diberi, 5 daripadanya memang dah menjadi tabiat saya hehehe. Tak terkejut pun bila diserang sebu perut/cirit-birit/muntah-muntah waktu melancong gara-gara corak pemakanan yang tak menentu. Makan bila ada masa untuk makan. Selebihnya, leka dengan pelbagai aktiviti.

Sebut pasal makanan, nak share satu cerita. Kejadian ini berlaku sewaktu kami di Tonle Sap. Bot yang kami naiki singgah di salah satu floating restaurant yang ada. Dipendekan cerita, oleh kerana kelaparan tahap tak tahu nak cerita macam mana, kami ambil keputusan untuk order steam rice, telur dadar dan cili api untuk dibuat sambal kicap (siap bawa botol kicap lagi tu hehehe). Tak tahulah kenapa (mungkin kami yang terlalu lapar atau ada sebab lain, tak pasti) apa yang kami makan petang itu terasa sangat sedap. Siap order nasi tambah. Settle makan, terus kami ambil sampan untuk ke kawasan paya bakau. Tiba di bahagian belakang restoran yang kami menjamu selera sebentar tadi, kelihatan mereka membasuh segala perkakasan memasak dan pinggang mangkuk terus ke dalam air tasik. Kalau airnya jernih, ya tak apa. Ini warnanya, dah macam teh tarik. Tu belum masuk bab, adanya reban ayam, reban varvi dan sebagainya yang dibina secara terapung di sekitar tasik ini. Errkkkk!! Rasa nak je jolok anak tekak untuk muntahkan balik semua makanan yang masuk ke dalam perut. Mujurlah kami tak diserang cirit-birit pada hari tersebut huhuhu.

*mencegah itu lebih baik dari merawat...ambil tahu apa yang anda makan sebelum semuanya terlewat tidak kiralah di mana jua kita berada....

You Might Also Like

5 comments

  1. OK...terima kasih infonya..walaupun agak musykil : tips bepergian di ASEAN untuk orang ASEAN...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada fasa khusus yg menyebut utk org ASEAN, irdhi...sebenarnya, tips ini boleh terpakai di mana sahaja dan bukan saat utk travel sahaja..

      *sekadar berkongsi info..

      Delete
  2. erkkk..skeri tul insiden tonle sap tu. hehe

    ReplyDelete
  3. Terima kasih untuk tips ini. Saya selalu sakit perut bila travel sebab perut kodi hihihi.

    ReplyDelete

Subscribe