Day 2 (Part I) : Kanchanaburi Tour ~ Erawan Waterfall

Friday, January 10, 2014


8.00am kami diminta bersedia untuk tour di sekitar Kanchanaburi. Dalam 7.30am lagi kami dah bergerak keluar ke cafe guesthouse untuk breakfast. Simple breakfast, milo cicah dengan roti. Jadilah dari takde kan? Tepat 8.30am, kami bergerak menuju ke destinasi dengan Mui menjadi guide kami sepanjang hari ini.
 View dari cafe guesthouse. Tenang sangat-sangat.

Sebenarnya memang takde plan pun nak ambil tour tapi bila kami lihat broucher untuk tour yang ada kami jadi tertarik. Ke Erawan, Death Railway dan beberapa tempat lain baru 790baht; murah sangatlah tu.. Kenapa saya kata begitu? Meh sini saya cerita kenapa.

Saya memang dah buat research untuk Erawan ini selain daripada Sai Yok Noi Waterfall. Awalnya bayaran masuk untuk Erawan ini adalah 200baht tetapi baru-baru ini pihak yang menguruskan taman negara di Thailand telah menaikkan bayaran masuk kepada 500baht untuk semua taman negara yang ada di Thailand. RM50 untuk air terjun (merujuk kepada Erawan dan Sai Yok Noi)?? Sangat merepeklah. Kalau kawan-kawan masuk website yang berkenaan, ramai tourism asing dan local yang tak puas hati dengan kenaikan harga ini kerana sangat tak munasabah. Walaupun kenaikan ini telah diwar-warkan tetapi ada tourism yang perlu membayar harga yang berbeza-beza. Pendek kata, ikut nasib. Ada yang perlu membayar hanya 200baht, ada 400baht dan ada juga 500baht. Jadinya, yang mana satu betul? Kalau 500baht, terus-terang kami tak nak bayar sebab terlalu mahal. Bila dah ada tour yang dah include bayaran masuk, ticket train dan lunch, tak ke itu dah di kira berbaloi? Cuma bab kepuasan tu memang tak boleh nak buat apalah.
Buat kawan-kawan yang merancang untuk mengambil public transport, saya sharekan info mengenainya.

Direction
Dari terminal bas Kanchanaburi ambil bas nombor 8170. Bas paling awal menuju ke Erawan adalah jam 8.00am dan last bus jam 5.20pm. Manakala bas terakhir bergerak dari Erawan kembali ke Kanchanaburi adalah jam 4.00pm. So, sila alert bab waktu sebab kalau terlepas bas memang payahlah nak dapat transport untuk bergerak keluar dari kawasan taman negara ini.
Perjalanan kami ke Erawan memakan masa sejam jugalah. Tiba di sana kami digabungkan dengan group lain dan diiringi oleh 2 orang guide. Namun mereka ini hanya akan mengiringi sehingga ke level pertama sahaja dan selepas itu kami bebas menuju ke level berikutnya. 4 jam diberikan di sini, namun bagi saya 4 jam tu memang tak cukuplah. Tempat cantik, semua tempat nak berhenti untuk ambil gambar huhuhu.
Ini di level 0.1 (err sendiri bagi nama)

"The 7 levels of this stunning waterfall drops 1,500m down steep-sided cliffs. It is surrounded by beautiful forest with many types of trees and orchids. There is a trails as far as the 6th level and from there ya have to scramble up the cliff to reach the 7th level. The climb is well worth the effort for the sight of tumbling water, spraying off the boulders into the deep pool below. This fall resembles the head of the Erawan Elephant-the 3-headed elephant from Hindu Mythology, which gives the whole waterfall its name" [Erawan National Park]

Di sini kawasannya memang terpelihara. Sampah-sarap memang tak kelihatan. Trek untuk pengunjung pun berada di dalam keadaan yang baik; ada part landai dan kadangkala perlu memanjat anak-anak tangga. Ada juga bahagian di mana pengunjung perlu memanjat anak-anak batu. Jadinya, berhati-hati agar tak berlaku kejadian yang tak diingini.
 
Agak seram sebenarnya tiap kali bertembung dengan beberapa pokok yang dihiasi seperti ini - saya terbayangkan cerita Nang Nak.

Dalam itinerary memang dah tertulis nak singgah di Erawan tapi entah macam mana tripod boleh tak bawa. Memang menyesal sepanjang waktulah. Tiap kali nak ambil gambar jenuhlah cari batu yang rata ataupun batang-batang pokok yang boleh dijadikan sandaran. Gambar yang gegar lebih banyak dari gambar yang ok. Tapi kira oklah dari takde huhuhu. Jadinya, jangan lupa bawa tripod kalau merancang singgah di Erawan.
 
 Level 2, kot. Entah - kalau salah, maaflah ya.
 
 
Level 4
 
Pada saya view paling cantik adalah di level 4.5 (err level ini saya dan pijah yang bagi nama). Treknya betul-betul selepas level 4. Air terjun di sini bertingkat-tingkat dengan juntaian akar pokok memperindahkan landskapnya. Orang pun takde di sini mungkin ini bukanlah level utama. Lucky sebab berjalan berdua, kalau jalan sorang-sorang memang tak beranilah nak turun ke tempat yang tiada orang huhuhu. 
 
Level 4.5
 Tak tahu di level berapa.
 
Level 5
 Takde idea ini level berapa..

Saya agak teragak-agak untuk meneruskan perjalanan ke level 6. Takut tak cukup masa tetapi bila Nik maklumkan kepada kami jarak antara level 5 dan 6 tidaklah terlalu jauh dan Pijah sendiri pun setuju untuk meneruskan perjalanan, oklah cubalah. Ternyata keputusan itu betul sebabnya view di level 6 ini memang cantik.
 Level 5.5 err sebelum perlu memanjat anak tangga kayu menuju ke level 6
 Level 6. Di sini kawasannya agak luas, jadinya perlu redah air untuk ke bahagian yang lain.
 Juga di level 6

Mereka kata untuk ke level 7 hanya mengambil masa 15 minit sahaja tetapi treknya tidak rata seperti sebelumnya. Melihatkan treknya memang sah tak sempat sebabnya kami perlu berkumpul semula di bawah jam 1.30pm. Tak mengapalah, lain kali aje. Lagi pun, tour guide ada memaklumkan kepada kami level 7 akan lebih cantik bila musim hujan kerana aliran air akan deras (nak sedapkan hati sebab tak sampai ehehe). Apa yang saya lihat ini pun dah lebih dari cukup. Ternyata Erawan memang wajib dikunjungi kalau berhajat untuk singgah di Kanchanaburi.

Kami tiba di tempat berkumpul (gerai no. 5, kalau tak silap) untuk lunch. Memang saya dah maklumkan kepada mereka yang kami ini vegetarian, so nasi yang diberikan kepada kami memang penuh dengan sayur sampai tak lalu nak makan. Saya makan, sekadar untuk mengalas perut dan dalam 2.30pm kami bergerak menuju ke Death Railway.

Untuk detail setiap level air terjun di sini, boleh baca di Erawan.

*bersambung untuk Death Railway & train ride.

You Might Also Like

21 comments

  1. nama tour guide tu Niu ke ? kedai no. 6 tempat makan haritu...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya lah kot...entah tak berapa nak ingat...owhh ok, tq utk no gerai makannya ;-)

      Delete
  2. subhanallah....cantiknya...
    memang syok kalau dapat jumpa ni
    malaysia mana ada air sungai jernih biru mcm ni

    ReplyDelete
  3. sukeeee sgt tgk waterfall tuh..mabelessss..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak terkata keindahannya, agip...awk patut ke sini satu hari nanti dan rasai sendiri auranya..

      Delete
  4. Ni pakai filter eh, kalau guna filter dia jadi lagi smooth ek. Lawo2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp, pijah..rasanya ada sebut haritu pasal filter ne, ND8 hehehe...

      Delete
  5. Ya ampun cantik betul kat sc ni sejuk mata memandang pandai betul zilla cari angle cantik sgttt b

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, JM...nak kata pandai tu tidaklah..main belasah aje asal ada tmpt rata utk letak kamera...

      Delete
  6. ya-Allah subhanallah cantiknya air terjun nie!

    ReplyDelete
  7. Seronok baca travelogue awak! Gambar pon cantik. Subhanallah :)

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Bagus gambarnya, sangat informatip bisa jadi rujukan kalaw kesana, thank's zilla., ditunggu sambungannya.:)

    ReplyDelete
  10. Informasinya bagus, thank's zilla bisa jadi rujukan ni ke khancanabury., gambarny juga bagus...

    ReplyDelete

Subscribe