Info : Chuncheon, Yongpyong & YHA Hostel @ South Korea
Thursday, January 02, 2014
Entry pertama di tahun 2014 hehehe. Untuk sambungan perjalanan saya di South Korea, nanti-nantilah ye. Le ne tengok pening kepala nak menyusun itinerary untuk winter trip ke South Korea. Dah berapa kali rombak..rombak dan rombak lagi..Akhirnya, diri sendiri yang pening sebab budget dah lari dari yang sepatutnya hihihi.
Saya tak nak share itinerary saya di sini. Cuma saya ingin berkongsi beberapa info yang saya perolehi untuk trip saya ini.
Gigih scan map dari buku LP hehehe
Chuncheon
Pernah dengar tentang tempat ini? Hah, jangan pula cakap tidak sebabnya Nami tu pun sebahagian daripadanya. Cuma untuk ke Nami perlu turun di stesen Gapyeong manakala untuk ke Chuncheon itu sendiri perlu turun di stesen Chuncheon. Tempat ini terkenal dengan empangannya dan Uiam Lake selain daripada local food, ayam masak tak ingat namanya. Selain daripada itu, sewaktu winter lokasi ini menjadi tumpuan 'kaki kamera' untuk merakam keindahan Soyang River.
Sebut pasal Soyang River, inilah sebenarnya yang ingin saya kongsikan di sini. Sayangnya, info mengenainya sangat terhad. Oleh kerana saya memang berhasrat untuk singgah di lokasi ini, jadinya saya try pm WinK (Where In Korea) dan Korea Tourism Organization (KTO) di FB meminta bantuan mereka mencari di mana sebenarnya lokasi yang dimaksudkan. Alhamdulillah, saya dapat respon yang baik dari kedua-duanya.
Soyang River [credit : markjuhn.com]
Direction:
From Chuncheon Station, take bus #11, 12 or 13 and get off at Cheongjeon3-ri bus stop.
Arahan seterusnya, sila klik pada link yang saya sharekan di bawah.
Arahan seterusnya, sila klik pada link yang saya sharekan di bawah.
SOYANG RIVER -> klik ajelah..
YongPyong
Untuk kawan-kawan yang berhajat singgah di Yongpyong pula dan tercari-cari budget hostel di situ, serius memang takde info mengenainya di internet. Satu-satunya info yang ada adalah di tripadvisor. Saya try pm pihak berkenaan dan sekali lagi syukur dapat respon yang baik.
Untuk kawan-kawan yang berhajat singgah di Yongpyong pula dan tercari-cari budget hostel di situ, serius memang takde info mengenainya di internet. Satu-satunya info yang ada adalah di tripadvisor. Saya try pm pihak berkenaan dan sekali lagi syukur dapat respon yang baik.
Kawan-kawan boleh berhubung terus dengan winterfriend.com. Mereka boleh tolong arrangekan bas, book penginapan di Youth Hostel, menyediakan kemudahan sewa winter jacket dan pakej untuk ski dengan kadar yang lebih murah dari biasa.
Untuk pertolongan dari mereka, boleh email di sini -> info@winterfriend.com.
KYHA (Korea Youth Hostel Association)
Serius tak tahu pun pasal YHA di Korea. Last time menginap di hostel under YHA waktu di NZ dan sangat berpuas hatilah. Buat yang telah pun menjadi member YHA, memang untung sebabnya boleh dapat harga diskaun untuk penginapan di hostel yang berdaftar dengan YHA ini.
Itu websitenya, klik sini -> KYHA
Satu yang perlu kawan-kawan tahu, list hostel yang dipaparkan di website KYHA adalah hostel-hostel yang mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Namun, ada option lain terutamanya buat kawan-kawan yang berhajat untuk keluar dari main city di mana kebanyakan hostel/hotel/guesthouse tidak mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Untuk itu kawan-kawan perlu email KYHA dann maklumkan kepada mereka mana tempat yang kawan-kawan ingin pergi, berapa person (male? female?) dan date. Selebihnya, mereka yang akan carikan bagi pihak kita termasuklah membuat tempahan dorm bagi kita. Contohnya, semalam saya email mereka untuk carikan saya penginapan di mana-mana hostel sekitar Chuncheon. Pagi ini, mereka reply email saya dan memberi cadangan untuk menginap di Chuncheon Youth Traveler's House. Walapun hostel ini tidak berdaftar dengan YHA mereka tetap akan membantu kita mencarikan hostel yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Email address ada dalam website nya, tak perlulah saya sharekan di sini ya.
Moga entry kali ini dapat membantu kawan-kawan yang berhajat untuk singgah di South Korea.
Adios...
* harap-harap ada berita baik pula untuk Cheorwon
* harap-harap ada berita baik pula untuk Cheorwon
2 comments
Cer tgk ni.
ReplyDeleteInje Icefish Festival (인제빙어축제)
http://english.visitkorea.or.kr/enu/SI/SI_EN_3_2_1.jsp?cid=685127
fieda,
Deletetq sudi share..dah tgk, menarik tapi date tu ada kat gyeongju lagi..taebaek snow festival pun tak sempat nak p huhuhu