Day 10 : Gamcheon Culture Village, Busan

Friday, January 03, 2014


Hari-hari terakhir di South Korea. Esok dah nak balik KL dengan flight AA jam 4.20pm. Dari Seoul kami kembali ke Busan dengan KTX jam 7.00am. Sepanjang perjalanan memang tidur ajelah. Maklumlah dah berapa hari tidur tak tentu hala. Pantang ada peluang, kerja saya memang tidur, tidur, tidur huhuhu. Perjalanan ke Busan ambil masa dalam 2 jam lebih jugalah. 

Tiba di station Busan. Simpan beg dan kami bergerak menuju ke Gamcheon Culture Village. 
Direction:
Busan Station, Line 1 - Toseong Station, Exit 8. Follow the road until reach bus shelter in front of PNU Cancer Center. Take mini bus no. 2 or 2-2 and get off at Gamcheon Elementary School.

Tambang bas adalah 900 won.
PNU Cancer Center

Awalnya memang risaulah sebab tak tahu nak turun di mana. Elementary School tu pun tak tahu ceruk mana letaknya. Namun, ramai aje yang menolong dalam bas tu bila tengok kami ala-ala blur hehehe.
 Ini pemandangan pertama yang menyambut kami. Memang cantiklah cuma yang tak cantiknya, cuaca. Mendung dan malap. Mood pun automatik menjadi malap huhuhu.

Kawasan ini tersangatlah luas. Map boleh di beli di Visitor Center dengan harga 2,000 won tetapi kami ambil keputusan untuk redah ajelah. Tak payah nak bermap bagai. Lagi pun, masing-masing memang dah lesu gara-gara kurang rehat. Memang tak mampulah nak tawaf habis kawasan ini. Sekadar mengikut kami melangkah..
  
Jom jalan-jalan di balik lorong yang ada. Kita tengok apa yang ada.
Kalau ikut anak panah yang disediakan, Insyallah takkan tersesat.
  Hah, jangan pula ikut anak panah yang bercelaru ne..sure sesat-barat jadinya nanti hehehe 
Ada juga beberapa ruangan pameran..
  
 
Cafe pun bersepah di sekitar kawasan ini. Boleh lah berehat sat. Sambil pekena kopi boleh lihat view yang indah sekitar perkampungan ini.
    
Tak sampai separuh pun kami explore kawasan ini, kami ambil keputusan untuk kembali ke Busan Station untuk ambil bag dan terus ke The New Day Hostel di Haeundae. Oleh kerana kami memang tak tahan dengan keadaan subway yang agak berbau di Busan kami sepakat untuk menggunakan bas ke Heaundae. Ingatkan keputusan itu tepat tetapi lebih parah keadaannya. Dengan corak pemanduan seperti memandu di litar Sepang, dengan keadaan bas yang super-duper padat, dengan udara yang terkepuk, ada di antara kami yang hampir tewas. . Ada seorang ahjussi yang pitam gara-gara tak tahan dengan keadaan bas.
 
Bas no.#1003 dengan tambang 1,800 won boleh diambil diluar Busan Station. 

Kami berhenti tidak jauh dari The New Day Hostel. Macam biasalah check in hostel, brekfast merangkap dinner dan lunch dan saya ambil keputusan untuk rehat sahaja di hostel. Manakala kawan-kawan yang lain pusing-pusing sekitar Haeundae untuk shopping. Mujur jugalah tak keluar sebab hujan turun sepanjang malam. 

*bersambung untuk last day di South Korea.

You Might Also Like

3 comments

  1. Replies
    1. betul tu nana..kalau singgah di busan, try lah ke sini..sure rasa macam tak nak balik :D

      Delete
  2. nampak satu rumah bercat dalmatian.
    adoi! bila ai nak sampai korea nih??? tengok pic santek anda amat menggugat jiwa.....

    ReplyDelete

Subscribe