Winter Trip : Day 1 (Part I) ~ Anapji Pond, Gyeongju

Wednesday, February 19, 2014


Dari guesthouse kami menapak menuju ke Anapji Pond. Menurut owner guesthouse, ianya mengambil masa sekitar 20 minit sahaja untuk tiba. Menapaklah dengan berpandukan map yang diberikan tapi entahlah, sesat entah ke mana. Samada kami yang tak reti baca map atau map tu sebenarnya yang tak betul (hehehe) dan dengan bantuan seorang ahjumma kami berjaya mencari jalan utama menuju ke Anapji.
Tak tahulah apa namanya kuih ne tapi rasanya sebiji macam bahulu cuma ianya berintikan kacang merah. Ahjumma yang bagi waktu kami bertanya direction ke Anapji. Bila dapat tahu kami dari Malaysia terus dia masuk ke kedainya dan serahkan kami kuih ini; sebagai bekalan katanya. Layan hehehe (rezeki jangan ditolak, betul tak?)

Dari Daeneungwon Park kami berjalan menyelusurinya hingga ke hujung hingga bertemu signboard untuk Anapji Pond dan Gyerim Forest. Direction, 800m tetapi jaraknya dah macam 2km; jauhnya. Tak larat!!!
 
Bayaran masuk adalah 2,000 won/person. During winter, ianya dibuka dari jam 9.00am hingga 10.00pm. Sila datang waktu sunset untuk view yang superb.

Terus-terang, kami memang teruja untuk masuk Anapji. Kenapa? Sebabnya kami membayangkan setiap sudut kawasan ini akan diselaputi salji tapi keciwanya; apa pun takde hahaha!!(*nangis). Lake pun baru nak membeku. Alahai, agak-agak kena repeat ke??hehehe.
 Sebahagian lake yang baru nak membeku. Terkesima jap di sini sebab inilah pertama kali berhadapan dengan view seperti ini. Lebih terkesima bila melihat ikan-ikan berenang dibawah permukaan yang membeku...Indahnya ciptaan-Nya.. 

"Anapji Pond was built during the 14th year of King Munmu (in power 661-681 AD) of the Silla Kingdom (57 BC-935 AD). The pond was originally built in Wolseung Fortress (erected in 101 AD during the Silla period), but the fortress was destroyed and now lies in ruins. In 1974, an excavation project revealed large spherical shapes (measuring 200 meters in diameter and 180 meters in height) which indicated that 3 islands had been located in the pond"
[source : visit Korea]

Layan beberapa keping gambar.
Kami beredar dari kawasan ini bila dah tak tahan dengan suhu yang semakin drop. Tangan dah tak rasa apa, hidung pun dah start berair; sejuk beku. Dalam kesejukan itu kami kembali ke Gyerim Forest. Kononnya nak masuk 'hutan' tapi bila tengok suasananya memang tak beranilah. Meremang dan agak menyeramkan, jadinya tunggu siang ajelah kalau nak masuk kawasan ini. Kami cuma selusuri kawasan luar Gyerim Forest dan menapak terus ke guesthouse.
Cheomseongdae Observatory - terletak di bahagian luar Gyerim Forest. Shoot dari jauh aje sebab nak cepat-cepat sampai guesthouse. Tiada bayaran masuk dikenakan.
Pokok-pokok yang kelihatan, itulah Gyerim Forest. Sangat sesuai untuk buat photoshoot waktu matahari terpacak atas kepala. Yang kelihatan seperti bukit-bukau tu pula bukannya busut tetapi kubur (next entry saya share info mengenainya)
Suasana di sekitar Observatroy. Memang meriahlah waktu malam. Ada macam-macam aktiviti di sini yang boleh dilakukan.

*bersambung

You Might Also Like

19 comments

  1. dan ms pun terkesima menatap gambar-gambar yang sangat cantik nie!
    apakah kena pergi semua musim ke sana??? huhu mana mau cekau duit bebanyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. mrs.smile, terima kasih..gambar2 tu tak cantik pun (senget-benget) tapi suasana sebenarnya yang cantik...kalau nak repeat semua musim, bankraplah hahaha...

      Delete
  2. canyik cantik gamba Zilla...jom kita repeat winter sonata!!

    ReplyDelete
  3. aduhaii...cantik tul gambar..camera saya sure takleh nak snap gambar secantik ni..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana2 kamera pun boleh, zila..gambar ne subjektif..tak perlu melihat pada berapa mahal atau hebatnya sesebuah kamera tetapi perlu melihat pada outputnya... *cewah, bercakap macam hebat je kan?? hahaha

      Delete
  4. Subahanallah Zilla... cantik sungguh ciptaan Tuhan... kreatif sungguh zilla ambil gambar -gambar ni ye :)

    ReplyDelete
  5. Zila...cantiknya.
    Rasa nak ikut awak pegi travel jer huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..Insyallah, ada rezeki manatau satu hari nanti kita blh travel sesama :-)

      Delete
  6. Lawanya Anapji time malam. Aku gi aritu petang. Niat nak stay sampai malam tapi risau kang sesat nak balik bas terminal satu hal. Berjalan kaki lak tu dari Anapji. Kena repeat! Untuk dapat view pond ni covered ngan snow.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempat tak layan sunset kat situ? kitaorang siap plan nak repeat ke anapji keesokan harinya..tp bila fikir balik kena menapak sikit pun jauh..terus tak sanggup hahaha..

      nak repeat??ikut!!! hehehe

      Delete
  7. Replies
    1. asal pula?? bukan awk juga blh singgah di situ?? ;-)

      Delete
  8. Baik nya ahjuma tu..Apa?..View waktu malan cantik betul penuh ccahaya lampu then Zilla pun pandai cari angle..semua gambar cantik..kalau camtu...biar sampai sana petang boleh layan sunset...pastu tunggu sampai mlm..dlm2 nyk entry ceiter ke korea..tak ramai yg story ke sini..mmg ada kelaian..Zilla pegi tempat yg ramai tak pergi lagi..ni festime JM tahu..rupanya Korea ni byk spot menarik lah..oh Koreaaaa!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. org sana mmg ramah2..bila tahu kita dari msia, siap ckp lagi "msia very good..i**** not good.." kembang jugalah sebab reputasi org2 kita di sana agak baik...

      anapji mmg lokasi utk hunting sunset...but make sure bawa tripod..

      Delete
    2. a ah laa... baiklah ahjuma tu... siap bagi bekalan.. hihi.. rezeki2...

      gamba zilla mmg cantik ok.. pandai betul amik snap.. =)

      Delete

Subscribe