Rinjani 2015 : Persediaan Awal

Saturday, July 04, 2015

Sementara tengah tak sibuk lagi....

Trip untuk kembali ke Rinjani ni sebenarnya memang dah lama kitaorang plan. Kononnya sebagai persediaan terakhir sebelum ke ABC, Ogos ini. Tapi macam-macam jadi. Kami saja-saja batalkan trip ke Rinjani dan tunda ABC ke tarikh yang lain kerana gempa. Sebagai mengisi slot tarikh itu, ada antara kami yang dah rembat tiket ke Vietnam sebagai ganti Rinjani. Nak dijadikan cerita, salah seorang yang akan turut serta untuk trip Rinjani adalah sepupu saya sendiri, Acat. Sebulan sebelum tarikh ke Rinjani ini, boleh dikatakan hampir setiap hari dia push saya di FB dan call saya merayu untuk teruskan juga. Maklumlah tiket ke Lombok dari tahun lepas dia dah rembat, sayang katanya kalau burn. Nak tak nak kenalah bawa juga sebab rimas...

Oleh kerana kami berdua, dah tentu harga pakej mendaki tu super duper mahal. Nak tak nak saya terpaksa iklankan kat blog saya ini untuk mencari siapa yang berminat nak ikut serta. Dalam yang beremail hanya JM aje yang confirm untuk turut serta. Bermulalah pencarian tiket murah untuk ke Lombok. Manakala Jard, seingat saya beberapa hari sebelum berangkat barulah saya dapat email darinya kata nak follow. Jadinya, berempatlah kami.

Tiket Flight
Bila tengok harga tiket, memang menangislah. Sepupu punya pasal, pejam mata ajelah huhu. Untuk pergi, saya dan JM memang terpaksa turun di Bali (tiket mahal weii!! *nanges!) sebelum melanjutkan perjalanan ke Lombok dengan feri kerana tiket KL-Lombok memang boleh pitam bila melihatnya (mahal giler!). Manakala Acat dan Jard pula ambil penerbangan terus ke Lombok.

KL - Bali (Air Asia) : RM411
Lombok - KL (Air Asia) : RM287

Sebagai tambahan, kami siap beli luggage tu. Sekali timbang beg, berat cuma 5kg sahaja. Waaaa, menyesal beli. 

Pakej Mendaki
Trip kali ini memang kami fokus untuk mendaki sahaja. Agenda utama adalah untuk mendaki Bukit Pergasingan dan Gunung Rinjani. Saya ada hubungi beberapa operator di Lombok berkenaan pakej mendaki kedua tempat tersebut. Macam-macam harga yang ditawarkan kepada saya, dari serendah Rp1.5j hinggalah kepada Rp13juta (bentang karpet merah sampai puncak kot, tu yang mahal giler). Banyak perlu saya ambil kira sebelum membuat keputusan. Setelah puas berfikir, akhirnya saya ambil keputusan untuk kembali ke Pak Madil yang menjadi guide kami 2 tahun lepas. Harga yang ditawarkan adalah Rp2.8j/person; 2D 1N di Bukit Pergasingan dan 3D 2N di Rinjani

Contact no Pak Madil :  +6281907151563
FB : Madil Senaru

Penginapan
Untuk penginapan kami hanya perlu mencari untuk hari terakhir sahaja sebelum berangkat kembali ke Kuala Lumpur. Mulanya ingat nak lepak di Senggigi atau Mataram. Tapi bila tengok peta, tak bolehlah nak lepak di kedua tempat tersebut kerana jaraknya sekitar 1.5jam (bergantung pada macet) untuk ke airport. Tanya sana-sini, akhirnya saya ambil keputusan untuk mencari penginapan di Kuta kerana jaraknya yang hanya memakan masa sekitar 20 minit sahaja untuk ke airport. Sekurangnya, kami boleh jalan-jalan sekitar pantai Kuta sebelum berangkat pulang.

Baca review sana-sini, saya memilih untuk book penginapan di Krishna Homestay dengan harga Rp280,000 (banglo) melalui booking.com untuk kami bertiga (sebenarnya kami book double room tapi mereka upgrade ke banglo bila kami request untuk extra bed).

Lain-lain
Oleh kerana 5 hari kami peruntukan untuk mendaki, jadinya kami perlu memberi tumpuan terhadap banyak benda. Nasib dah ada pengalaman sebelum ini, kan? Perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah ubat-ubatan dan pakaian untuk melindungi diri dari kesejukan melampau di Rinjani. Bab makan memang tak perlu nak fikir banyak sebab dah termasuk dalam pakej, tapi kami bawa jugalah sesuatu untuk bagi kami tenaga sepanjang pendakian.

Satu perkara lagi yang ingin saya kongsikan, sepanjang 5 hari tersebut memang kami takkan mandi (nak ambil air kat mana pulakan). Di situ sebenarnya dah menjimatkan ruang sebab kami tak perlu nak angkut pakaian yang banyak untuk naik gunung. Saya kongsikan apa yang kami bawa:

- Sepasang long john
- 2 helai track suit (satu nipis untuk mendaki & satu tebal untuk tidur malam)
- 3 helai t-shirt
- 1 helai fleece,
- 1windbreaker
- 1 helai jaket tebal (Acat bawa winter jacket)
- 3 helai stokin tebal
- topi
- 1 helai tudung
- sarung tangan & 'organ' dalaman (sendiri pahamlah apa benda ne)
- wet tissue (yang ne memang kena bawa banyak)
- kamera
- trekking pole (ini saya minta Pak Madil sediakan)
- selipar & hiking shoes
- makanan seperti kurma dan coklat untuk energy
- ubatan seperti panadol, muscle relax, minyak angin, ubat ciri-birit dan sembelit
- knee guard (maklumlah dah tua)
- toiletries (wpun tak boleh mandi tapi masih boleh gosok gigi & cuci muka)
- botol air
- plastik hitam/sampah untuk bungkus pakaian
- head lamp

* bersambung

You Might Also Like

11 comments

  1. yeayy...misi mendaki dah bermula....tabik spring kerana Zilla dapat update secara konsisten....
    Lately ni JM malas tul nak update....minta sikit aura rajin Zilla tu hihih

    ReplyDelete
  2. Zilla update cpt le....rasa rugi pulak tak ikut tempohari....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu persatu lah encik..ne pun dah start sibuk dgn projek biskut raya

      Delete
  3. setiap harga memang sesuai lah dengan fasilitasnya. Kalau terlalu mahal tak kuat bayar. kalau terlalu rendah fasilitas takut tidak maksimal. memang paling aman paket yang moderat. saya pun suka begitu Mbak Zilla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar tu, mas gunadi...saya paling risau jika ada hidden cost..

      Delete
  4. harga tu utk pengasingan dan rinjiani ke? mcm agak murah dari tgk pakej2 lain. complete persedian zilla:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp, itu harga utk kedua tmpt tu..biasanya kalau lagi ramai (5 org ke atas) kosnya akan jadi lebih murah....kalau nak daki Pergasingan sahaja, kosnya adalah Rp1.5juta/all in..

      Delete
  5. Boleh tahan murah bagi saya harga yang zilla dapat. hehehe. macam best je Pergasingan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajla, satu tips utk dpt harga murah di Rinjani awak kena direct contact guide di sana dan jangan melalui orang tengah atau agen..bkt pergasingan? wajib try nanti, ok? hehehe...

      Delete
  6. great post and story, the picure is amazing.
    thank you somuch for visit our place especialy Moun Rinjani.

    ReplyDelete

Subscribe