Rinjani 2015 : Day 2 ~ Selamat Pagi Pergasingan!

Tuesday, July 14, 2015


Kami bangun awal pagi ni sebabnya jam 6.00am kami dah perlu turun dari Bukit Pergasingan untuk memulakan pendakian ke Pelawangan Sembalun, Rinjani seawal yang mungkin. Selesai solat kami hanya lepak-lepak sambil menantikan saat matahari terbit. Yang pasti, keadaan pagi ini tidak seperti semalam. Awan tebal di sana-sini.
Rinjani seawal jam 5.++am. Tengok awan hitam tu; tebal sungguh! Janganlah hujan hari ini huhuhu.
Keadaan dah semakin cerah, puncak pula semakin ditutupi awan. 

Untuk melihat matahari terbit sebenarnya kami perlu naik ke tempat yang lebih tinggi tapi tak kuasalah kot nak panjat-memanjat lagi. Simpan tenaga yang ada. Ambil dari jauh ajelah itu tak berapa nak kelihatan sebabnya keadaan yang tak berapa nak mengizinkan. Jadilah dari takde, kan?
Sunrise yang tak berapa nak menjadi. Daratan yang kelihatan dari kejauhan, itulah Sumbawa.

Selesai sarapan (lempeng pisang dan minuman 'energy'), kami minta izin dari Pak Madil untuk turun dahulu tanpa beliau. Maklumlah beliau perlu mengemas segala peralatan perkhemahan dan kami sendiri dah tak sabar nak turun kot. Itu pun siap janji akan jaga diri bebaik. Bermulalah perjalanan turun dari Pergasingan. Kalau naik terasa macam nak mati sebab tak cukup nafas, turun pula rasa nak tercabut lutut sebab asyik kena pacak 'kekuda' untuk elakkan diri dari tergelincir sebabnya kami berlari turun. Dua orang didepan, memang entah di manalah; tak tengok langsung orang belakang. JM di belakang sekali dan saya sendirian berlari di tengah-tengah antara budak berdua tu dan JM. Itu pun, sesekali perlu berhenti untuk pastikan kelibat JM tidak hilang terus dari pandangan mata saya (risau juga apa-apa jadi padanya). 

Tiba di pertengahan perjalanan, entah macam mana sedang enak berlari sekali "bedebukkkk" tergelincir dan jatuh. Yang syoknya, kaki kanan boleh pula terlipat ke belakang dan terasa seperti lutut 'meletup' sedikit. Dah risau dah saat ini sebabnya lutut saya memang dah 'rabak' sekian lama. Tak sangka pula dalam hati-hati boleh jadi juga perkara yang memang nak dielakkan sangat-sangat. Tengok belakang dan jerit nama JM, takde sahutan. Mana pula perginya? Tengok orang depan memang tak nampak bayang langsunglah. Mujur jugalah ada tongkat. Saya benam tongkat dalam-dalam untuk paksa diri untuk bangun. Mulai dari situ lutut dah terasa sakit, urat pun terasa menegang. Kalau berjalan makin terasa sakitnya, nak tak nak memang kena berlari turun jugalah cuma kali ini saya terpaksa kurangkan kelajuan. Mujur tak lama selepas itu, bapak porter muncul di belakang saya. Saya tanya mana JM dan Pak Madil rupanya mereka ikut trek yang berbeza. Takpelah, sekurangnya saya tahu JM baik-baik aje bersama Pak Madil. Saya sendiri saat itu memang ikut rentak bapak porter.
Dalam dok jatuh terpelecot tu pun sempat lagi keluarkan kamera untuk gambar ini.
Cantikkan?

Trek semakin ke bawah semakin licin sebab struktur tanahnya yang berbatu. Memang beberapa kali tergelincir sebab susah nak kawal diri. Sejam berlari, akhirnya saya tiba juga di bawah. Tak sangka, jadi orang terakhir yang tiba hehehe. Dari pintu gerbang dah ada lori pickup menanti kami. Kami singgah di Rinjani Information Center (RIC) untuk pendaftaran dan membuat pembayaran masuk untuk Rinjani. Selesai semuanya kami kembali ke rumah Pak Madil untuk membuat persiapan terakhir sebelum memulakan pendakian Rinjani.

* bersambung

You Might Also Like

20 comments

  1. SubhanaAllah, cantiknya Zilla pemandangan sawah padi tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sendiri pun jatuh cinta dengan pemandangan tu, nasa..cantik sgt2..

      Delete
  2. halo zilla, salam kenal.
    ini view dari bukit pergasingan kah? apa hendak rencana mendaki rinjani juga? semangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello theresia

      salam perkenalan juga dair saya..ia, pemandangan ini dari bkt pergasingan..turun dari pergasingan kami langsung ke rinjani..capeknya, tuhan aja yang tahu :D

      Delete
  3. minta maaf zilla.. ku tinggalkan kamu di belakang...

    kalau org indonesia... pasti takkan tinggalkan ahli2nya.. tp susah nk gerak sama2 kalau kelajuan lain2. haha. biasanya lelaki yg take charge supaya jalan sama2.. masalahnya lelaki dlm grup kita pula yg tak begitu. ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki dalam group kita tu mmg hampeh ahaha...patutnya dia yg jaga kita ini sebaliknya, kita yang risaukan dia yang entah di mana beradanya..laju menonong tak ingat dah ahli lain..

      Delete
    2. tak baik mengumpat dia... kesian acap. oppsss. hahahaha

      Delete
    3. opppsss, ampun acat hahaha...lusa aku jumpa dia Jard..nanti aku bebel2 kat dia balik..aritu tak sempat nak bebel, penat :D

      Delete
  4. sian Zilla....jatuh sorang2..JM lak slow tertinggal di belakang..pastu salah trek pulak...sepatutnya ikut trek yg Zilla lalu tu tetapi dan terlepas ke depan..punya lah susah trek yg JM lalu tu....berbatu, curam....nasib baik pak Madil ada bersama...then dia ckp trek ni lebih mudah dari hari datang (*rupanya kata-kata semangat supaya JM x down). Pastu dia tanya..Zila mana? nampak Zilla? JM jawab..dia dh ke depan..kemudian kami berdua jerit nama Zilla maybe Zilla x dgr...pak Madil jengah2 cari Zilla dari atas..pastu dia nampak kelibat Zilla baru rasa lega...ehh..panjang pulak komen dh boleh up 1 entri hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak2 dah lebih dari 1000 patah perkataan tak ne JM? ahahah..

      sebenarnya saya ada nampak JM dengan Pak Madil di trek bertentangan..bila dah nampak tu hilang sikit kerisauan sebab tau Pak Madil akan jaga JM bebaik..

      Delete
  5. cantik gila.....jatuh cinta dengan pemandangan yang menakjubkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. En. Khai, moh try daki di Lombok pula.serius, sekali pergi pasti hati nak pergi lagi dan lagi dan lagi dan lagi ekekeke

      Delete
  6. Petak2 sawah tu cantik skali.....dpt termenung 30 min. Pun tk cukup tu....tak pe raya ni aku gi sawah
    ring je kat muar tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat me'memenung' kan diri di Muar ya encik hahaha!

      Delete
  7. waduh, Kalau jalan terpisah pisah gitu bagaimana kalo tersesat ?

    beruntung mbak Zilla hanya kecelakaan kecil. Kalo sampai ngak bisa jalan, nangis sendiri di situ..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang jalan harus terpisah mas gunadi..konsepnya memang begitu cuma perlu pastikan jangan hilang terus dari pandangan teman2 di hadapan dan juga dibelakang...

      Delete
  8. Ya allah cantiknya ..alangkah indah kalau dapat kesempatan menikmati keindahan alam semulajadi mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. manatau satu hari nanti Amanda bisa kesini untuk nikmati keindahan yang ada..yang penting, jangan berhenti bermimpi :-)

      Delete

Subscribe