Sumut 2015 (V2.0) : Tangkahan - The Hidden Paradise (Part I)

Monday, August 17, 2015

 Sumut 2015 (V2.0) : Itinerary & Budget

"Tak ubah seperti percutian orang ada-ada dah kita ne.." 

Nyantai atas tayar sambil berdebar, janganlah ada jeram di hadapan.

***

Sungguh saya tak pernah membayangkan betapa santainya percutian kami kali ini. Perjalanan yang memakan masa sekitar 5 jam dari Kota Medan untuk tiba di Tangkahan sangat melelehkan. Satu badan sakit-sakit gara-gara kondisi jalan yang memang rosak teruk dan agak membosankan kerana di kiri kanan pemandangan adalah ladang kelapa sawit. Jadinya, dengan keindahan Tangkahan dan aktiviti yang kami lakukan pada petang itu boleh dianggap sebagai satu terapi buat kami semua.

Jambatan Gantung Atau Rakit
Kejutan demi kejutan menanti kami saat mobil mulai memasuki Tangkahan. Awalnya kami dikejutkan dengan 2 kali bayaran yang perlu dilunaskan; sekali untuk bayaran masuk dan parking mobil. Oklahkan? Rasanya ini perkara normalkan? Yang tak syoknya, waktu kami ingin meninggalkan Tangkahan untuk menuju ke destinasi berikutnya, mobil kami ditahan dan kami diminta untuk membayar sekali lagi wang parking. Alasan yang diberikan kerana kami bermalam di Tangkahan? Errk, apakejadahnya? Memang bertekaklah Yovie dengan sipeminta wang tambahan untuk parking. Dah bayar nak bayar lagi? Memang tak puas hatilah bab ini. Rasanya derang perlu ada satu sistem agar tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas pengunjung di sini.

Lupakan perihal parking.

Seterusnya kami perlu bergerak menuju penginapan kami malam itu, Mega Inn. Kebanyakan penginapan memerlukan pengunjung untuk menyeberang Sungai Tangkahan. Ada 2 cara penyeberangan:

a) Jambatan Gantung
Memang tergantung sungguh jambatannya hehehe.  Jambatan ini sepanjang 100 meter dengan ketinggian 20 kaki dari permukaan sungai. Nasib tak gayat kali ini cuma yang tak syoknya, tahap kelendutannya memang tak boleh blah. Gigil jugalah kaki ne nak ambil langkah hehehe. Bayaran, Rp10,000 dikenakan untuk pengunjung yang ingin melalui jambatan ini. Lepas bayaran dah dibuat, suka hatilah nak lalu lalang atas jambatan ini; takkan ada yang kisah.
Bayar jangan tak bayar
Ada cara nak melangkah atas jambatan ini untuk kurangkan goyangannya.
Terbaik!

b) Rakit
Untuk rakit pula bayaran dikenakan adalah sebanyak Rp5,000. Nanti akan ada orang tarik rakit tu untuk ke seberang, maksudnya kita tak perlu nak susahkan diri. Cuma yang tak syoknya, awal lagi dah basah. Bukan apa, lepas turun dari rakit tu kita perlu harungi sungai untuk ke seberang nak memanjat anak tangga untuk ke penginapan. 
Rakit atau gethek

Tubing di Sei Batangan Serangan
Ini antara aktiviti wajib yang perlu dilakukan di Tangkahan selain menyaksikan gajah Sumatra dan trekking di Taman Nasional Gunung Leuser (biasanya untuk trekking menjadi pilihan bule atau pelancong luar negara). Untuk aktiviti di Tangakhan ini, kawan-kawan WAJIB mengambil pakej yang ditawarkan oleh penduduk tempatan. Untuk kali ini kami cuma mengambil pakej tubing sahaja. Harga memang dah termasuk dalam pakej yang ditawarkan oleh Yovie.

Tubing kali ini katanya kurang mencabar kerana paras air sungai di Sei Batangan Serangan agak cetek kerana musim kemarau di Sumatera. Walaupun cetek, aliran airnya agak deras dan beberapa kali ban/tayar yang kami naiki tersangkut di celah batu. Tubing kali ini adalah sejauh 3km dan menurut Yovie, sungai ini akan mengalir terus ke kota Medan. Untuk kamera memang dari awal lagi kami diminta menyimpan dan membungkus kamera masing-masing dalam plastik beg yang disediakan. Begitu juga dengan selipar, kami diminta untuk tanggalkan dan diikat pada ban.
 Starting point berdekatan rakit tu.
 Jom hanyutkan diri. 
Percutian orang ada-ada katanya huhuhu. Untung jadi orang kurus, siap boleh duduk santai atas ban. Untuk orang yang tak berapa nak kurus macam saya ne err memang tak mampulah nak duduk seperti itu, mau terbalik ban dibuatnya hehehe.
 Nyasar - ne kalau dah dekat-dekat dengan jeram atau tersasar di tempat yang agak cetek perlulah guna 'dayung' semulajadi untuk menyelamatkan diri. Biasanya arahan akan diberikan oleh guide arah mana yang perlu kami ambil.
Penat weii - ini guide kami untuk tubing.

* bersambung untuk Air Terjun Gelugur dan jungle lunch

You Might Also Like

4 comments

  1. Replies
    1. yovie tak bagilah lah jard..kalau dapat nanti aku forward kat semua...

      Delete
  2. Untung cuaca menyebelahi
    Uishh jenoh tu dayung guna tangan, naik darat mesti kejang tengkok

    ~zellyn hazel~

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuaca ok zellyn tapi jerebu agak teruk di Tangkahan..langit kelam habis huhuhu.....

      dayung tu sesekali je tapi tiap kali dayung tk penah pegi pun ban kami,...memanjang kena tarik dengan guide hehehe

      Delete

Subscribe