Sumut 2015 (V2.0) : Tangkahan - The Hidden Paradise (Part III)

Wednesday, August 26, 2015

Sumut 2015 (V2.0) : Tangkahan - The Hidden Paradise (Part II)

Hari baru di Tangkahan. Bangun je tidur masing-masing bercerita dengan kejadian malam tadi. Persoalannya sekarang siapa yang main cakar-cakar dinding bilik kami? Syikin kata ayam. Err, mungkinlah ayam kot (positif ajelah!).

Aktiviti utama pagi ne nak tengok gajah di Sei Batangan Serangan. Tengok ajelah, nak naik memang tak mampu. Kos bersosial dengan gajah-gajah untuk mancanegara adalah Rp290,000/person. Giler mahal ok! Hampir nak cecah RM100. Itu pun setelah diskaun, kalau belum diskaun tak tahulah berapa huhuhu. Kalau teringin sangat nak naik, ada yang murah. Kosnya Rp50,000 tapi dapat naik cuma 15 minit sahaja. Berbaloi atau tidak, nilailah sendiri.Intai-intai poket, kami ambil keputusan untuk melihat dari jauh aje; percuma punya pasal. 

Katanya 8.30am, gajah akan melintas di Sei Batangan Serangan. Jadinya, kami bergerak meninggal bilik masing-masing dalam pukul 8.00am jugalah. Tak jauh mana pun sungai tu, turun anak tangga dah pun sampai. Dari 8.30am berganjak ke 9.30am; bayang gajah tak juga kelihatan. Kami dah resah sebenarnya, kotlah takde siapa yang ambil pakej bersosial dengan gajah-gajah yang ada. Jam berganjak ke 10.00am tetap juga takde. Jadinya, masa yang terluang kami isi dengan aktiviti santai. Bergambar sana-sini. Mujurlah air sungai cuma paras buku lali, senanglah sikit nak menyeberang walaupun aliran air agak deras. 

Layan.
 Mereka ini peniaga kecil-kecilan di pingir sungai dengan menjual jajan dan menyediakan perkhidmatan tandas bergerak.
Bahagianya jadi anak-anak.
 Ini pula aktiviti Yovie dan Azra; susun batu. Tapi sampai ke sudah tak berjaya pun menyusun tinggi-tinggi hehehe. 
 Matahari dah semakin tinggi, gajahnya masih tak tau di mana.
 Di sini memang banyak giler pepatung dengan pelbagai warna; geram menengoknya.
 Khemah biru itu adalah warung menjual jajan, manakala disebelahnya itu pula (kanvas hitam) adalah toilet untuk menyalin pakaian. 

Oleh kerana masing-masing dah keboringan tahap maksima, Yovie bagi cadangan untuk trekking sedikit ke dalam hutan untuk melihat air terjun. Katanya laluan itu juga merupakan laluan gajah-gajah ini juga. Jadinya, jomlah masuk hutan. Tak lama pun trekking, dalam 10 minit dah pun sampai ke air terjun tak bernama.
 Trekking masuk hutan untuk mencari air terjun.

Air terjun tak bernama ini pada saya memang cantik walaupun airnya tak sederas mana. Cuma satu je yang tak cantik, sampah-sarap dan baki makanan (nasi terutamanya) ditinggalkan begitu aje. Dalam kepala otak saya ne cuma  terfikir satu ajelah, kencing tikus. Tak takut ke?
 Air terjun tak bernama dan dilokasi yang agak tersembunyi
 Kawasan ini agak gelap kerana tumbuhan di sini agak rapat kedudukannya.

Sedang enak ambil gambar air terjun, Awan datang memaklumkan pada kami gajah dah pun tiba dan sedang menyeberangi Sei Batangan. Memang tak tunggu lamalah, terus kami berlari ke lokasi yang dimaksudkan. 

Terkesima seketika, besar giler rupanya gajah-gajah ni. Maklumlah sebelum ini selalu tengok dalam tv aje, bila dah ada depan mata memang rasa terujanya mengalahkan budak-budak hehehe. Sempatlah tengok gajah-gajah tu menyeberang dan paling best baru beberapa keping gambar diambil, kamera saya buat perangai lagi. Nangis, rasa nak campak je kamera dalam sungai tu hahaha! Dah takde kamera, duduk tepi diam-diam sambil memerhatikan aksi-aksi gajah ini. *Keciwa!!
Gagah sungguh gajah-gajah ini menyeberang sungai.
 Namapk aje kecil tapi sebenarnya besar giler! Ini sebenarnya sebahagian dari gajah sumatra yang dipindahkan ke Tangkahan bagi mengelakkan kepupusan. Sayangnya, gajah-gajah ini dapat 'job baru'; hiburkan tetamu huhuhu.

Misi terlaksana, jadinya kami harus ucapkan selamat tinggal pada Tangkahan. Destinasi utama kami seterusnya adalah Sibolangit untuk Air Terjun Dwi Warna. Perjalanan dijangka mengambil masa sekitar 4jam.

*bersambung

You Might Also Like

12 comments

  1. nak tengok tandas bergerak cemana rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang kanvas hitam tulah tandas bergerak kay hehehe.

      Delete
  2. bestnye.. boleh la masok list lepas ni..

    ReplyDelete
  3. Subhanallah cantik betul tempat-tempat Zilla pergi ni, patutlah Zilla ketagih pergi berkali-kali.

    PS: Kenapa tajuk hideen paradise? Ada maksud tertentu kah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kay, InsyaAllah dalam perancangan nak buat Sumut V3.0..tapi tahun depanlah hehehe..

      tajuk tu mmg ada maknanya tapi tulah biarlah rehsia ;-)

      Delete
  4. Rugi ngak naik gajah, Mbak Zilla. Naik gajah di alam bebas mesti terasa jadi tarzan..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeer tak mahulah mas gunadi..tempohari naik di thai, gatal-gatal jadinya...lagipun dengan harga sebesar itu, baik guna untuk makan2..lebih berbaloi hehehe

      Delete
  5. kalau achik smile pun rasanya tak ambik kot package bersosial sama gajah2 tu.....suka view gambar no 6

    ReplyDelete

Subscribe