China Autumn Trip 2015 : Mugecuo - Xinduqiao - Tagong - Danba

Wednesday, December 16, 2015

China Autumn Trip 2015 : Kanding Love Song - Mugecuo National Park, Ganzi (Part II) 

Nak kata perjalanan hari ini amat panjang, takde pun. Dari Mugecuo ke Danba mengambil masa hanya 4 jam perjalanan sahaja dengan perjalanan yang serius amat memukau. Nak tidur pun tak sanggup sebab cantik sangat.

Kalau ikut pada itinerary dan persetujuan awal, kami akan singgah di Xinduqiao Town untuk ambil gambar tetapi driver kami dah maklumkan dari awal kami tak mampu nak singgah sebab kesuntukan masa (walhal kalau diikutkan masih awal time tu). Oklah, kami setuju ajelah. Malas nak bantah. Lagi pun driver kami ne ada satu 'penyakit'. Agak-agak kalau jam dah menghampiri 5.00pm tu siap sedialah,setan akan mula merasuk dia dan karakter memang akan berubah habis. Muka yang tak pernah manis bertambah masamnya, cakap pun nak marah-marah, bawa van pun sesuka hati dia nak bawa selaju mana. Ishh nak je kitaorang azankan ditelinganya. Setiap hari ok, benda yang sama berlaku. Ishh memang tak boleh nak buat apa. Hanya mampu menikuskan diri ajelah; stresss!! huhuhu.
Kawasan ini bukit bukau dan gunung mulai diliputi ais. Tahap keterujaan tu memang tinggilah di sini hehehe.
Banjaran gunung yang menghiasi wilayah Sinchuan. SubhanaAllah, memang terbuka mata di sana.
Persimpangan jalan antara Kandingqing'ge City dengan Xinduqio
Lapang terbang Kanding berada di bawah tu 

Bila kenderaan mula menghampir Xinduqiao, pemandangan semakin cantik dengan sungai dan yak yang sesuka hati melepak tengah jalan. Memang best giler suasananya.
 Rumah sebiji-sebiji kat sini. Senibinanya memang sama aje, berbentuk 4 segi dan berwarna-warni.
Di kiri-kanan jalan memang dihiasi dengan pokok ginkgo yang dah togel - kalau pertengahan autumn mesti cantik ne kan?
Cantik weiii!!

Kalau kawan-kawan nak tahu, Xinduqiao memang menjadi tumpuan photographer kerana keindahannya. Ikut aje signboard Xinduqiao Photography Paradise untuk ke lokasi yang dimaksudkan. Sayang, driver tak nak singgah walaupun sekejap huhuhu.

Melepasi Tagong Town, kami minta driver berhenti untuk makan. Giler lapar kot! Driver berhenti sekejap di Tagong Golden Temple. Kami tak masuk dan takde keinginan pun nak tengok apa yang ada di dalam temple  ini sebab nak jimat budget. Maklumlah rata-rata tempat di China ne bayaran masuk memang mencekik leher, jadinya sekadar tengok dari luar ajelah. Disini juga ramai yang offer service sewa kuda dan pusing-pusing di kawasan padang rumput. Tak berminat pun nak mencuba; harga tak ingat dah berapa.
 Tagong grassland dan Yala Kamiyama. Ada hiking route sebenarnya untuk ke Yala Kamiyama tu.
 Inilah Tagong Golden Temple. Cuaca yang sangat baik.
Comel budak-budak, pipi macam pakai blusher cumanya satu tak tahan comot sangat. Kesian pun ada melihatnya. Ini pun saya dah minta izin dari maknya untuk ambil gambar anak-anaknya.

Kami stop kerjap sangat di Tagong ini sebab banyak sangat anjing dok kerumun kami makan hehehe. Perjalanan kembali diteruskan menuju ke Danba. Kali ini kami berhenti pula di Queer Village untuk cari toilet hehehe.
 Queer Village ne keadaannya tak ubah macam pekan koboilah cumanya mungkin tempat ini dijadikan tempat persinggahan mereka-mereka yang menuju ke Danba kerana kemudahan awam yang disediaan di sini berada dalam keadaan yang terbaik.
Pakcik ne sebenarnya tengah berehat, kami datang dan minta izin daripadanya untuk ambil gambar beliau. 

Seterusnya kami kembali meneruskan semula perjalanan. Maklumlah dah lewat, takut sampai lewat pula di Danba. Perjalanan kali ini melalui jalan yang agak  mengerikan. Gaung dalam sungguh! Memang sesekali pejam mata jugalah menahan kecutnya perut. 
Line putih celah gunung tulah jalan yang bakal kami lalui untuk ke Danba. Rerama memang berterbangan kengerian dalam perut. Danba City berada di balik gunung.

Danba City terletak dilembah antara gunung. Untuk ke guesthouse kitaorang yang kononnya nak merasa menginap di Tibetan house, perlu pula naik ke atas gunung. Waaah dengan driver yang tengah kerasukan, boleh pula dia pecut melalui jalan bak ular kena palu. Memang menjerit ajelah dalam van sebab ketakutan. Kalau terbabas memang selamat jalan tau! Satu lagi perkara yang menarik, untuk ke perkampungan di mana kami menginap kena bayar entrance fee tau. Kosnya adalah RMB50/person. 

Memang sujud syukur sebab berjaya tiba di guesthouse dengan selamatnya. Lupakan perihal ngeri di jalan, malam itu pula ada kejadian lebih ngeri berlaku pada kami semua. Setiap bilik di'ganggu'. Bilik saya dan Kak Enot, pinggan/mangkuk/periuk yang kami susun dirak tv diusik. Stress sebab berbunyi. Bawah katil, atas syiling macam-macam bunyi.Seolah-olah macam ada acara lumba lari lah pula huhuhu. Bilik Sharul dan Fieda, ada benda cakar pintu bilik manakala bilik Tasyha dan Yana, salah seorang daripada mereka kena 'hempap'. Haih, macam-macam hal! Lupa terus niat nak layan milky way malam tu. Semalaman tak boleh tidur tau!

You Might Also Like

22 comments

  1. Ko punyer trip memang awesome seyhh... next time nak follow boleh ? hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai segan kot nak jalan2 dgn otai ternama hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. mmg cantik kak..setiap tmpt baru yang dibawa seolah berada dlm dunia berbeza..ishh tak tau mcm mana nak ckp..

      Delete
  3. Mmg rare lah tempat2 yang zilla pergi.. hehe.. Sooo awesome. been studying this blog religiously sbb nak pergi Red lotus lake and lopburi early next year. hehehe.. thankksss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih fida..wow, nak pergi red lotus ya? ok, nanti saya share something about it..utk sunflower, actually ada tmpt yang lebih menawan berbanding lopburi..

      Delete
  4. Baru je nak excited dengan gambar cun, sekali last baca kena kacau lagi. Sangat scary >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. kay, yg ini teruk sgt..semalaman tk bole tido..esok paginya dah macam zombie, mood pun kelaut dbuatnya...

      Delete
  5. cantik!!!!!!ini yang buatkan hati nak ke China nih tahun depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, Dayah..moh reramai kita 'serang' China tahun depan hihihi

      Delete
  6. Jadi tak best kalau pemandu pelancong tak bg kerjasama kan? Nak tengok yak! hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah dia Kay..tapi dalam kepala angin dia tu ada juga baiknya hehehe

      gambar yak tak terakam tapi gambar lembu adalah, mau?;)

      Delete
  7. Wow zilla bestnya.....tk nk repeat ke...

    ReplyDelete
  8. Supir itu kelihatannya calon surga membuat para penumpang dzikir dan ingat kematian sepanjang jalan...hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ya betul mas, ingat mati sepanjang jalan..

      Delete
  9. dah semacam trademark pulak kt blog ni. mesti ada selitan criter2 seram kt penghujung post. hehehe.

    ReplyDelete

Subscribe