South Korea Winter Trip 2015 : Day 3 ~ Han River Guesthouse, Seoul (Review)

Thursday, February 11, 2016

Sambungan dari South Korea Winter Trip 2015 : Day 3 ~ Suncheon Bay & Mt. Yongsan

Hujan lebat menyambut ketibaan kami di Dong Seoul Bus Terminal malam itu. Nasiblah dari awal kami dah ingatkan kawan-kawan untuk bawa payung siap-siap dari KL, so takde masalah nak redah hujan untuk ke stesen subway berdekatan (Gangbyeon Station). Seterusnya kami bergerak menuju ke Han River Guesthouse, Mapo-gu

  Gangbyeon Station, Line 2 - transfer to Line 5 at Dongdaemun History & Culture Park Station - Mapo Station

Untuk direction ke hostel, boleh lihat di Han River Guesthouse.

 Kenapa saya memilih untuk menginap di sini?

Alasan utama saya dah tentu perihal dapurnya yang disediakan di setiap bilik. Maksudnya saya tak perlu nak berebut dengan orang lain untuk menggunakan dapur dan paling best bila-bila masa kami boleh masak-masak. Oh ya, lupa nak maklumkan saya sebilik dengan kawan-kawan saya ini.Selain daripada itu, saya suka dengan suasana setiap bilik; apa yang saya lihat di web sama keadaannya di hari kejadian. Kredit untuk itu.

Untuk bilik saya ambil family room with kitchen (6 persons) dengan harga 180,000 won/room/night termasuk breakfast dan kami menginap di sini untuk 4 malam. Dengan kemudahan yang disediakan saya kira harga itu agak berbaloi buat kami. Booking boleh dibuat melalui booking.com atau terus melalui website mereka hanriverguesthouse.com. Jika kawan-kawan bernasib baik, masa check in mereka akan bagi diskaun dari harga asal *wink.
 
Comel je susun aturnya hehehe.

Satu yang kawan-kawan perlu tahu, lokasi guesthouse ini betul-betul atas bukit. Rasanya kalau bawa kerete merangkak-rangkak macam saya ini, kalau nak ke guesthouse ini silap hari, kereta pun akan mengundur ke belakang disebabkan kecurunan bukitnya hahaha! Atas sebab itu, pihak guesthouse buat pick up service setiap hari. Kita boleh pilih samada nak minta mereka hantar atau ambil kita ke/dari subway terdekat (Mapo Station). Untuk turun, memang laju tapi untuk kembali ke guesthouse ini yang tak sanggup (mahu merangkak dibuatnya). Jadinya kami pilih untuk mereka pick up kami setiap hari dari Mapo Station kembali ke guesthouse. Dek kerana itulah, setiap hari juga setiap kali tiba di Mapo Station kami akan call mereka untuk ambil kami. Kredit untuk service mereka yang super laju; biasanya dalam masa 2 minit mereka dah sampai untuk jemput kami.
 Ruangan lepak.
Bilik kami di tingkat 2 - untung sebab ada lif di sini.
 Best! TV, towel, hair dryer dan toiletries juga disediakan di sini.
Bukti kitaorang pergi time winter hehehe - winter jaket beli kat bundle aje pun 7,000 won/sehelai hehehe
 Pemandangan Han River dari rooftop
Bangunan di sekitar Mapo

You Might Also Like

6 comments

  1. Replies
    1. Ia Encik..moga perkongsian ne boleh pelbagai pilihan penginapan yang ada di sekitar Seoul

      Delete
  2. Zilla mesti 6 orang jer ke yg ada private kitchen tu...bilik bilik lain pun ada kitchen juhgak ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. nekcik, semua bilik ada private kitchen kecuali dorm sahaja yang takde...nekcik blh tgk kat sini

      http://www.hanriverguesthouse.com/?page_id=10

      Delete

Subscribe